Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sembang Deras»#SembangDeras: Kenapa Pan Borneo Free, Tapi PLUS Tak Boleh?
Sembang Deras

#SembangDeras: Kenapa Pan Borneo Free, Tapi PLUS Tak Boleh?

Han OthmanBy Han Othman14/10/20188 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEBENARNYA awal dulu lagi abang tak setuju pasal dua perkara dalam manisfesto Pakatan Harapan (PH) yang kini membentuk Kerajaan Malaysia. Pertama, harga minyak RM1.50. Kedua, pemansuhan tol. Dan memang betul, dua perkara itu terbukti memang payah nak dibuat dan sekarang jadi senjata ampuh buat Pembangkang membantai Kerajaan hari ini kerana cakap tak serupa bikin.

Tak kurang pula rakyat yang memang percaya dua benda tu boleh buat. Dan sekarang terpaksa sedapkan hati dengan ucapkan ayat, tak apa kami fahammm… tak apa asalkan bukannn…

Tapi sebab apa abang tak setuju? Bukan saja tak setuju, abang juga tak percaya atau tak mungkin atau cannot bak kata Perdana Menteri kita, Tun Mahathir Mohamad yang disayangi (amboiii…). Sebabnya, hujah subsidi minyak dan penyelesaian tol tu sendiri tak solid. Setakat bercakap boleh dapat duit dengan berjimat sekian-sekian, atau ambil peruntukan daripada belanja sekian-sekian, itu sembang kedai kopi oklah. Nak ambil serius? Mmm…

Situasinya samalah macam kau nasihatkan perokok supaya berhenti merokok, kononnya duit beli  tu selepas 5 tahun boleh buat pergi haji dengan menabung jumlah sekian-sekian. Masalahnya, kita yang tak hisap rokok pun tak pula pergi hajinya. Atau macam mat kereta bajet ‘good-good’ sembang Kancil boleh speed 200kmj semudah pasang enjin 2,000cc.

BACA >>> #SembangDeras: Tidak untuk Teksi Motor! Kerajaan Lepaskan Peluang Kerja Buat Rakyat?

Ok, kita fokus semula pasal isu tak jadi mansuhkan tol. Memang betullah benda tu susah nak buat. Cuma yang kita marah sangat, dah tau tak boleh buat, duk pung pang pung pang cakap boleh hapus tu buat apa? Sebabnya, duit tol tu perlu untuk belanja penyelenggaraan dan macam-macam kos lain.

Ya, tol yang kita bayar tu digunakan semula untuk kos selenggara lebuh raya. Ini termasuk kos operasi macam bayar gaji pekerja, duit printer, duit bonus, claim mileage, bayar servis kereta towing dan macam-macam belanja lain. Kos gaji tu pula kena menaik setiap tahun, serupa macam kita jugalah yang kerja nak gaji naik. Kalau tak naik-naik, mau berbakul mengutuk bos dan terus submit resume ke kompeni lain. Abang tau la, sebab abang pun makan gaji juga. Kahkahkah.

Jadi, sama jugalah staf-staf PLUS tu. Dan soalan abang, duit gaji yang kena menaik tiap-taip tahun tu datang dari mana? Inilah asas kepada inflasi atau pertambahan kos sara hidup. Paham ke idok subjek ekonomi ni? Jangan sampai abang tunjuk result SPM!

Isunya, ada yang tanya duit cukai jalan tu buat apa? Itu jangan tanya abang, tanya Kerajaan. Tapi, disebabkan Kerajaan sekarang pun mengaku tak boleh hapus tol, itu bermakna duit cukai jalan yang kita bayar itu pun tak cukup. Kalau itupun kita tak percaya, kita jadi Kerajaan. Simple.

Ataupun kita memang bersedia bayar cukai jalan lebih untuk tol free? Betullah kata Tun PM kita, kalau kita kena bayar cukai jalan lebih, itu tak adil pula buat rakyat yang tak guna tol. Atau kita memang redha untuk bayar cukai jalan lebih? Misalnya, siapa bawa Myvi kena bayar double RM120 atau triple RM180 setahun (tak termasuk insurans ok)?

Ok ke? Dah berapa bulan miss bayar road tax tu? 😛

KENAPA PAN BORNEO TAK ADA TOL?


Ada yang kecoh kenapa Lebuhraya Pan Borneo boleh pula tak ada tol? Sebenarnya hal lebuh raya tu pernah dihebohkan mantan PM (Datuk Seri Najib Razak) dulu kononnya Kerajaan dia berjaya buat lebuh raya tanpa tol. Sekarang mereka yang menuntut janji Kerajaan baru pun menggunakan hujah sama, kenapa Pan Borneo boleh free? Kenapa PLUS tak boleh buat macam tu?

Sebabnya, status kedua-dua lebuh raya tu (Pan Borneo dan PLUS) berbeza. Nah, abang bagi poin:

  • PLUS – Lebuh raya ekspres capaian terkawal (controlled-access expressway)
  • Pan Borneo – Lebuh raya kembar capaian terhad (limited-access divided highway)

Lebuh raya ekspres capaian terkawal seperti PLUS berada di ranking paling atas dalam hierarki jalan raya sebab ia dibina dengan standard kejuruteraan jalan raya paling power, direka untuk halaju tinggi sampai 120kmj dan dibuat mengikut standard geometri terbaik, dengan cerun selandai mungkin dan radius selekoh sebesar mungkin.

Pembinaan PLUS melibatkan banyak kerja tarahan, tambakan benteng, dan pembinaan struktur jambatan, jejambat dan terowong. Ada juga RNR yang siap dengan tandas free, kedai buah, tempat ngete dan mesin ATM.

Dan bagi mendapatkan tetapan halaju 110kmj pula, semua akses ke rumah, kedai, bangunan, kebun, ladang, tanah orang dan premis hartanah disekat sepenuhnya dengan memasang pengadang atau pagar sepanjang laluan. Akses ke lebuh raya ekspres juga dihadkan untuk lebuh raya lain, jalan persekutuan, dalam negeri dan jalan arteri melalui persimpangan bertingkat berlainan aras yang dihadkan bilangan dan diwartakan.

Tak boleh sesuka hati nak jalan short-cut melainkan bayar dulu tol tu. Setakat sini, clear-kan?

Lebuh raya kembar capaian terhad macam Pan Borneo pula terletak di ranking kedua dalam hierarki jalan raya, duduk di bawah lebuh raya ekspres capaian terkawal. Senang cerita, PLUS nombor satu, Pan Borneo nombor 2.

Pan Borneo boleh saja dibuat sama lebar macam lebuh raya PLUS, tapi statusnya masih boleh ada jalan masuk kecil ke rumah-rumah orang yang dihubungkan ke jalan besar, dan boleh ada banyak persimpangan searas. Perasan tak susur keluar PLUS, kita biasanya kena mendaki ke atas sikit? Ada sebabnya tu, bukan saja-saja!

BACA >>> Mana Boleh Lebuh Raya Tak Ada Tol – Tun M

Sebab itulah Lebuhraya Pan Borneo dikategorikan sebagai lebuh raya kembar capaian terhad dan bukan lebuh raya ekspres capaian terkawal (kata kunci: terhad dan ekspres).

Apapun abang nak ingatkan, hang jangan pula kagum sangat dengan apa abang tulis sebab abang pun korek kat Google saja. Kahkahkah. Tapi kalau nak tau lebih teknikal, hang rajin-rajin klik blog ni: Blog Jalan Raya Malaysia yang memang fokus bersembang pasal hal jalan raya Malaysia secara profesional.

Sambung lagi, ini bermakna PLUS (kalau perasan la) tak boleh ada jalan masuk ke rumah-rumah macam Pan Borneo. Atau kalau nak senang, sekarang hang bayangkan Pan Borneo tu macam jalan raya lebar ala-ala laluan sepanjang Puncak Alam atau lebuh raya Changlon-Hosba sana. Sebab itulah halaju Pan Borneo ditetapkan 90kmj saja dan bukan 110kmj.

PLUS ALTERNATIF, PAN BORNEO JALAN UTAMA

Alasan lain kenapa Pan Borneo free dan PLUS kena bayar ialah lebuh raya PLUS dibina ketika Semenanjung sudah ada jalan utama menghubungkan negeri utara dan selatan. PLUS lebih kepada laluan alternatif. Pan Borneo pula baru hendak jadi ‘tulang belakang’ baharu untuk negeri di Borneo bagi menggantikan jalan raya sedia ada yang berselirat, terputus-putus dan tidak terurus. Mungkin akan datang akan ada pula PLUS versi Borneo yang ekspres dan bertol. Apapun, ingat balik kata kunci: terhad (Pan Borneo) dan ekspres (PLUS).

Jadi, henti-hentikanlah bandingkan PLUS dan Pan Borneo. Mungkin salah satu cara nak free-kan PLUS ialah turunkan ranking sebagai lebuh raya ranking dua selepas Kerajaan mengambil alih PLUS (bayangkan). Jadi akan ada banyak susur keluar merata-rata. Tandas mungkin dikenakan caj dan aspek penyelenggaraan faham-faham sajalah. Hari ni berlubang, mungkin bulan depan baru nak ditampal.

Kualiti servis kemungkinan besar tidak sepantas dan secekap sekarang. Jangan tak tau, dek isu kelembapan dan kerenah birokrasi itulah yang menyebabkan Tun pada era  pemerintahan beliau lama dulu (PM ke-4) beriktikad untuk pro kepada dasar penswastaan. Malah, sampai sekarang pun.

BACA >>> #SembangDeras: Hmmm… Masalah Juga Kalau Ada Nombor Plat Nama Sendiri

Sebaliknya era mantan Najib, beliau melakukan beberapa rombakan ekonomi yang abang fikir agak revolusioner dengan mewujudkan entiti bawah pengaruh Kerajaan seperti Prasarana yang mana sesuatu perkhidmatan awam masih boleh jadi efisien macam kompeni swasta (tetapi murah) walaupun di bawah payung Kerajaan. Tapi itulah, cakap lebih-lebih masa tu, kang dituduh macam-macam. Dedak la. Nasi ayam la. Mmmm…

Tapi bab mantan PM dulu duk buat kenyataan awam yang dia power sebab boleh bagi free untuk Lebuhraya Pan Borneo tu lebih kepada ucapan politik. Padahal kos Pan Borneo itu memang dalam bajet Kerajaan yang semestinya diraih daripada cukai rakyat macam GST. Kos selenggara pun lebih rendah. Paling penting, semuanya dalam bajet. Dia pun sembang lebih juga. Tapi kita fahamlah, sembang lebih tu memang kerja orang politik. Bab sembang pandai dan cerdik, serah ke abang.

Kesimpulannya, tol tetap ada. Mengharapkan tol PLUS dihapuskan, samalah seperti mengharapkan Ayda Jebat bersanding di sebelah abang. Harap Ayda Jebat baca.

– Bang Nin –

* Ralat: Harga minyak RM1.50 ialah janji manifesto lama. Manifesto baharu ialah subsidi bersasar untuk motosikal 125cc dan kereta 1300cc, termasuk memperkenalkan mekanisme guna KP untuk dapat subsidi. Khabarnya, sudah disubsidikan, cuma belum bersasar lagi. Mekanisme juga masih dalam kajian. Harap maklum. 

Kerajaan Malaysia Lebuh Raya Pan Borneo Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) Malaysia Baru Manifesto Mansuh Tol Mohd Najib Razak Pan Borneo Perdana Menteri PLUS sembang deras tol Tun Mahathir Mohamad
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

R&R Lebuhraya PLUS tutup sementera
Auto Terkini

Beberapa R&R Lebuhraya PLUS Ditutup Sementara Januari Ini

19/01/2026
PMX umum turun harga petrol RON95 RM1.99 seliter
Auto Terkini

Penyasaran RON95 Menerusi BUDI95 Berjaya Jimat RM800 juta!

23/12/2025
Top up kad TNG NFC di plaza tol
Sembang Deras

#SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?

10/09/2025
Program RXZ Members 7.0 di Terengganu
Sembang Deras

#SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

25/08/2025

8 Comments

  1. Firdaus on 13/10/2018 22:35

    Moral of the story- bercakap bohong lama2 mencuri. Untuk current government lah.

    Reply
  2. Din on 14/10/2018 06:40

    Harga minyak RM1.50 adalah dlm manifesto PRU13 dan tidak ada pun dlm manifesto PRU14. Sila semak fakta dulu.

    Reply
    • AO on 14/10/2018 11:35

      Sudah dibetulkan. Asasnya masih sama – guna subsidi untuk kawal harga minyak. Masih sukar dibuat, terdedah kepada salah guna dan eksploitasi serta membebankan Kerajaan. Hal subsidi minyak ni akan dihuraikan kemudian.

      Reply
  3. Kai Rul San on 16/10/2018 16:05

    Minyak Rm1.50 tak pernah dalam Manifesto PRU14. JAngan Berbohong.

    Reply
    • AO on 21/10/2018 13:46

      Betul, tiada dalam manifesto. Tapi propaganda RM1..50 memang ada digunakan secara meluas dalam kempen pilihan raya

      Reply
  4. hensem.boy on 17/10/2018 01:01

    respek la brader..mcmnila yg kita harapkan..bila berbicara dgn fakta dan ilmu..barula maju..

    Reply
  5. dollah bin mat on 17/10/2018 14:55

    masa jadi pembakang senang cari salah org,,jd kerajaan baru tau cam na

    Reply
  6. Dewa on 25/02/2019 22:10

    Kalau dah tahu harga minyak RM1.50 bukan manifesto PH pada PRU14, admin delete je lah baru bertanggungjawab.

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/20261
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Roda2

Yamaha NMAX 155 ABS 2026 Perkenal Warna Baharu untuk Jepun!

By Abang Hirata20/01/2026
Auto Terkini

Kawasaki Brusky 125 ‘Kembar’ Modenas Karisma 125 Terjual 17,000 Unit di Filipina

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini

OMODA & JAECOO Malaysia Belanja Ang Pow Hingga RM18,888, Siap Servis Percuma 5 Tahun!

By Han Othman23/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.