Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sembang Deras»#SembangDeras: Harga Minyak Mac 2017 Diramalkan Kekal atau Turun Sedikit
Sembang Deras

#SembangDeras: Harga Minyak Mac 2017 Diramalkan Kekal atau Turun Sedikit

Han OthmanBy Han Othman28/02/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

https://4.bp.blogspot.com/-woA6Z2WrN6E/U2npYNA4qUI/AAAAAAAAQDY/gx5kCbYIzqc/s1600/k%C3%BCtusekulu+arvutamine.png
BENARKAH harga minyak naik 20-40 sen esok seperti digembar-gemburkan sebuah laman web sebelum ini yang mencecah beribu-ribu perkongsian? Seperti biasa, harga minyak akan diedarkan kepada stesen-stesen minyak pada petang ini dan diketahui umum juga pada masa sama.

Ingat, kami tidak bermain dengan spekulasi dan tidak juga tergilakan like (secara murahan). Kadangkala perisik kami pantas memberikan maklumat, kadangkala lambat juga – bergantung situasi. Mungkin ketika itu dia tengah memandu, makan, buang air atau kecewa bercinta misalnya.

ANTARA RAMALAN DAN SPEKULASI

Media dan spekulasi berpisah tiada. Tetapi biarlah spekulasi itu dibuat atas dasar analisis fakta dan teori. Bukan sekadar serkap jarang atau agak-agak sahaja untuk memancing emosi pembaca. Kalau begitulah cara media-media seperti itu menyampaikan berita, apa bezanya mereka dengan ahli-ahli Parlimen kedai kopi kita. Cakap berdegar-degar sampai tertumpah kopi ke meja. Selepas bercerita, kehidupan pun kembali seperti biasa dan masing-masing gembira menonton gusti bersama-sama .

Sempena rutin pengumuman harga minyak hari ini, sukalah kami berkongsi status Facebook milik saudara Irmanyadi Idris tentang ramalan harga minyak sepanjang Mac depan (esok). Ingat, ramalan tetap ramalan dan tetap ada potensi mengena atau tidak. Apa yang membezakan antara ramalan berkredibel dan ‘ke laut’ adalah tentang cara bagaimana ia diramalkan. Selamat membaca! 🙂

*Status sudah disunting mengikut skema penulisan kami tanpa mengurangkan maksud asal penulis. Harap maklum.

RAMALAN HARGA PETROL UNTUK MAC 2017

1. Kalau kita tengok harga purata minyak bertapis mengikut MOGAS95 bulan ini adalah sekitar AS$69.50 hingga AS$70.00 pada hari ini – 27 Februari 2017. (semalam)

2. Jadi berapa anggaran harga petrol kita bulan hadapan?

3. Agak-agak aku, sebab aku malas nak dapatkan purata sebenar harga minyak Februari, tengok graf antara AS$69.50 dan AS$70.05 aje geraknya. Katakanlah purata untuk Februari ialah AS$69.75 dan kadar tukaran Ringgit Malaysia (RM) – Dolar Amerika (USD) yang digunakan ialah RM4.44 = AS$1.

4. Satu tong (barrel) bersamaan RM309.69.

5. RM309.69 / 1 tong@159 liter = RM1.9477 seliter.

6. RM1.9477 + (kos proses minyak + profit 0.33 sen) = RM2.277

7. Harapan aku, berdasarkan perkiraan ringkas ini harga minyak tidak akan berubah untuk Mac 2017. Kalau dapat diturunkan kepada RM2.25 pun ok.

8. Harga minyak hanya akan naik 10 atau 20 sen jika ada berlaku kenaikan lebih AS$2 – AS$5 setong dalam sebulan seperti yang berlaku pada Januari, di mana harga setong minyak bertapis naik daripada purata AS$65-66 kepada AS$68-69.

9. Untuk bulan ni, harga minyak agak stabil walaupun kenaikan ada, tapi marginnya sangat-sangat kecil.

10. Semua ini aku kira untuk diri sendiri, aku taip dan aku kongsi kalau ada yang nak tau. Itupun sebab sudah ada orang duk sebar kat WhatsApp yang minyak nak naik RM2.70 bulan depan sehingga benda tu menimbulkan ketakutan pada orang sekeliling aku.

– Irmanyadi Idris

harga minyak Mac 2017 ramalan harga minyak Mac 2017 sembang deras
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Malaysia bakal jadi hab EV Asean
Sembang Deras

#SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

08/07/2026
Toyota Hilux BEV offroad
Sembang Deras

#SembangDeras: Diesel Mahal, Mampukah Toyota Hilux BEV Jadi Penyelamat?

09/04/2026
Top up kad TNG NFC di plaza tol
Sembang Deras

#SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?

10/09/2025
Program RXZ Members 7.0 di Terengganu
Sembang Deras

#SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

25/08/2025
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.