Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»#SembangDeras: Betul Ke Tayar Stok Kilang Kualiti Sampah?
Roda2

#SembangDeras: Betul Ke Tayar Stok Kilang Kualiti Sampah?

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize03/02/20233 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SOALAN kepada penunggang motosikal semalaysia, adakah tayar motosikal stok kilang yang dikeluarkan bersama motosikal baharu berkualiti sampah?

Baru-baru ini, seorang penunggang Yamaha R15M berkongsi beberapa keping foto menunjukkan motosikalnya terbabit kemalangan dalam grup Facebook Yamaha R15 Malaysia Owners Club sambil berpesan supaya pengguna sportbike itu berhati-hati jika masih menggunakan tayar standard.

BACA >>>ย #TahukahAnda: Bilakah Masa Tepat Kena Tukar Tayar Motor Baharu?
BACA >>>ย #FaktaAtauAuta: Benarkah Parkir Stereng Belok Boleh Rosakkan Tayar?

Kebelakangan ini, ramai penunggang atau media automotif tempatan menyuarakan kepentingan menukar tayar standard kepada tayar lebih ‘premium’ untuk mendapatkan ekstra cengkaman, terutama ketika hujan. Persoalannya, teruk sangatkah tayar stok?

Yamaha R15M dijual pada harga RM14,998, tidak termasuk cukai jalan dan insurans yang boleh mencecah hingga RM17,000 mengikut kedai. R15M memang hebat dari segi teknologi seperti ciri klac antigelincir Assist and Slipper Clutch (ASC), fork terbalik (USD) dan quickshifter. Tapi bagaimanakah dengan tayar?

Yamaha R15M menggunakan tayar jenama IRC Road Winner RX-01 dengan saiz 100/80 di depan dan 140/70 (belakang). Tayar ini dikeluarkan pengeluar dari Jepun, Inoue Rubber Co Ltd yang juga menghasilkan tayar selain motosikal seperti basikal, kerusi roda dan produk getah lain.

Tayar dihasilkan dipasarkan di bawah jenama IRC Tyre dengan fasiliti pembuatan di banyak negara selain Jepun, iaitu di China, Vietnam, Thailand, Malaysia dan Indonesia.

Menurut laman web IRC, tayar IRC Road Winner ialah tayar sport-bias dengan rintangan lelasan dan cengkaman seimbang. Gabungan alur sempit dan lebar memberikan permukaan bunga fleksibel untuk cengkaman dan daya cengkaman jalan cemerlang unggul atas jalan basah.

Pembinaan casing yang lebih kukuh pula memberikan kestabilan untuk tunggangan garis lurus lebih baik.

Tapi kenapa tayar ini begitu dibenci? Carian kami mendapati netizen ada pendapat berbeza dalam isu ini. Ada menggunakan tayar kilang tanpa sebarang masalah, tetapi ada juga menjadikan tabiat menukar tayar stok sebagai perkara wajib dilakukan selepas membeli motor baru.

Dalam perbalahan tersebut, penyokong tayar standard rata-rata mendakwa kualiti tayar stok seperti IRC Road Winner RX-01 tidaklah begitu teruk, tetapi perkara seperti kondisi jalan dan skil menunggang adalah punca kepada kemalangan dialami.

Ada juga berpendapat tayar stok itu tiada masalah jika mahu digunakan untuk tunggangan harian, tetapi berpadalah ketika menunggang kerana bukan dibina untuk tunggangan intensiti tinggi seperti dalam litar.

Namun, ada juga bermati-matian tidak mengesyorkan menggunakan tayar stok untuk mana-mana motosikal, terutama jalan licin.

Jika anda pengguna motosikal, anda di pihak mana? Adakah tayar stok yang hadir standard dari kilang selamat untuk digunakan atau tidak? Kongsikan pendapat anda di ruang komen.

– Sharil

BACA >>> Yamaha YZF-R15M (2022) Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM14.9k!
BACA >>> Bridgestone Bikin Tayar Musim Sejuk, All-Terrain untuk Lamborghini Huracan Sterrato

IRC Road Winner RX-01 kemalangan R15M sembang deras tayar IRC tayar kilang Tayar licin tayar motor tayar standard Tayar Stok Tayar Stok Kilang Yamaha YZF-R15M (2022)
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    04/04/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    03/04/2026
    BSH memang hadiah utama MMOTY 2026
    Auto Terkini

    BSH Dominasi Anugerah Allianz – Bikes Republic MMOTY 2026, Umum Peluas Rangkaian BigWing di Utara

    03/04/2026
    Ducati Superleggera V4 Centenario 2026
    Roda2

    Ducati Superleggera V4 Centenario 2026 – Superbike Paling Ekstrem Dunia, Hanya 500 Unit

    03/04/2026

    3 Comments

    1. Mohd khairull Aazam on 04/02/2023 12:49

      Tayar stock kilang ni…pada saya utk tunggangan biasa (daily use) ok je…..utk conering pun ok je….cuma ada batasan dia (grip point) pada sudut condong sewaktu ambik corner…jangan terlalu extreme sangat….. untuk jalan basah pulak, tayar stock kilang ni memang kena extra hati2 sebab memang licin….sedikit brek yg kuat bolih mengakibatkan tayar sliding kekiri dan kekanan…

      Reply
    2. Shah on 08/02/2023 05:05

      Tayar kedai khas utk rider yg ikut law
      Tp bila rider dah ikut law moto GP dgn menggunakan tayar kedai
      Biasalah tu kena masuk kedai blik tuk analisis cara penunggangan rider & menambah baik spare part high performance yg sesuai utk moto yg baru dibeli tu ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

      Reply
    3. Abu Jerah on 24/03/2025 14:55

      Tayar stok kedai bagi motor baru beli cantek bagi saya, tetapi seolah2 licin sewaktu mengambil selekoh tajam dan dgn itu memaksa saya menurunkan kadar kelajuan. Bermula dgn kondisi tersebut saya telah menukar tayar jenama lain dan saya merasakan kelainan apabila saya mengambil selekoh tajam yg sama. bagi saya keselamatan ada penting dihargai.

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Kenderaan Elektrik (EV)

    SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM197,480

    By Syafie05/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.