Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Selimut Honda NSX Type S Ini Berharga Lebih RM2.7k!
Aksesori

Selimut Honda NSX Type S Ini Berharga Lebih RM2.7k!

Abang HirataBy Abang Hirata02/04/2022
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA NSX memang model legenda dan ikonik. NSX generasi pertama dikeluarkan pada 1990 hingga ditamatkan pada 2005. Lama tanpa pengganti, Acura NSX Concept ditayangkan pada 2012, manakala model produksi diperkenalkan pada 2015.

NSX generasi kedua tampil lebih canggih dengan trenkuasa hibrid elektrik, 3.5L Turbo V6 dan tiga motor elektrik.

Apa diperkenalkan Honda dan Acura itu memang berani kerana supercar bernadikan hibrid masih lagi sesuatu yang asing pada masa itu. Kemudian, beberapa tahun di pasaran, Acura memperkenalkan pula NSX Type S pada Ogos 2021 yang juga edisi akhir sebelum pengeluaran ditamatkan pada 2022.

BACA >>> Honda NSX Akan Kembali, Versi Elektrik Penuh?
BACA >>> Honda NSX Type R (1993) RM1.2 Juta Ini Pernah Dibeli Orang Malaysia Pada 2016

Hanya 300 unit NSX Type S ditawarkan di Amerika Syarikat (AS) yang semua habis ditempah dalam masa 24 jam sahaja. Selain AS, 30 unit model itu turut ditawarkan di Jepun dan 15 unit di Kanada.

Istimewa mengenai NSX Type S ialah:

  • Kuasa lebih tinggi, iaitu 600hp dan tork 667Nm berbanding 573hp dan tork 645Nm pada model standard. Banyak perubahan dilakukan seperti pengenalan pengecas turbo baharu daripada model lumba NSX GT3 Evo, injektor minyak dan intercooler baharu, manakala transmisi dual-klac (DCT) 9-kelajuan dipetakan semula.

  • Aspek rekabentuk yang direka untuk meningkatkan daya mendap dan penyejukan. Dari segi kelajuan, pecutan 0-100kmj dapat dilakukan sepantang kurang 3 saat, manakala kelajuan maksimum 307kmj.
  • Ada tawaran aksesori khas NSX Type S daripada Honda Access di Pengedar NSX Performance di Jepun bermula Julai nanti.
  • Aksesori ditawarkan itu bukan untuk meningkatkan prestasi atau menambah ‘garang’, tetapi cukup menjadikan supercar tersebut lebih rare pada masa akan datang.
  • Juga didatangkan dengan selimut dan pengecas bateri untuk menyimpan NSX Type S dengan baik!

Berikut senarai aksesori Honda Access untuk NSX Type S:

  • Selimut indoor mengikut potongan (fit) badan kereta: 79,200 yen (RM2,760).
  • Alas lantai dan bonet dengan bulu lebih tebal dan panjang berbanding model standard: 176,000 yen (RM6,130).
  • Kit Pengecas Bateri bagi mencegah bateri kehilangan kuasa apabila kereta disimpan lama: 44,000 yen (RM1,530).
  • Sil sisi karbon dengan lencana NSX dan lampu LED putih: 203,500 yen (RM7,080).
  • Jaring but: 11,000 yen (RM380).

  • Plat nyah elektrostatik: 2,750 yen (RM95.70).
  • Optikal VICS / radio beacon unit: 32,780 yen (RM1,140).
  • Bilah wiper bahagian pemandu: 2,090 yen (RM72.80).
  • Getah wiper kalis air bahagian penumpang: 1,760 yen (RM61.30).
  • Bolt kunci roda dengan bekas simpan kunci: 22,000 yen (RM765.80).
  • Bolt kunci plat pendaftaran: 3,300 yen (RM114.90).
  • Kerusi kanak-kanak: 40,700 yen (RM1416.80).

Di Jepun, NSX Type S dijual pada harga bermula 27,950,000 yen (RM973,700), dan harga aksesori di atas boleh dikatakan tiada masalah untuk pemilik model itu.

BACA >>> Honda Malaysia Perkenal Pilihan Warna Lebih Segar Untuk City, Accord
BACA >>> 6 Perkara Menarik Perlu Anda Tahu Tentang Honda Civic Serba Baharu Generasi ke-11

Honda NSX Type S
Acura Acura NSX Acura NSX Type S Honda Honda Access Honda NSX Honda NSX Type-S Roda4
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Leapmotor C10 PLUS Night Edition 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Lancar, Harga Mula RM148k!

01/03/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Auto Terkini

Honda CR-V Generasi Ke-6 Kini di Jepun, Lambat Tetapi Lebih Canggih

27/02/2026
Volvo EX30 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Volvo EX30 2026 Dapat Nafas Baharu Berkuasa 150ps, Jarak Maksimum 476km

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.