Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Selain Insentif Juara RM9j Setahun, Marquez Mengaku Suka Honda Sebab Dengar Cakap
Auto Terkini

Selain Insentif Juara RM9j Setahun, Marquez Mengaku Suka Honda Sebab Dengar Cakap

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju27/09/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MARC Marquez ialah pelumba MotoGP yang menerima bayaran paling mahal, dianggarkan bernilai €15 juta (RM69 juta) setahun. Walaupun angka disebutkan itu mungkin tidak benar-benar tepat, tetapi tidaklah jauh terpesong daripada jumlah asal.

Honda Racing Corporation (HRC) dikatakan memberikan insentif €2 juta (RM9 juta) setahun secara automatik kepada pelumbanya yang merangkul kejuaraan. Jika Marquez sudah memenangi lima kali kejuaraan MotoGP, jadi secara praktik, pelumba Sepanyol itu sudah mendapat €10 juta (RM46 juta) sejak mengasah tayar di trek kelas premier.

Itu pun cuma tambahan untuk gaji asas dan belum termasuk bayaran berupa bonus, pengiklanan dan insentif lain yang dirundingkan Marquez sendiri. Setiap sen dilaburkan Honda untuk Marquez memang cukup bernilai. Ini kerana tanpa Marquez, kabinet trofi kejuaraan Honda pasti kosong.

BACA >>> Poncharal: Quartararo ‘Satu-Satunya’ Pelumba Boleh Cabar Marquez

Sebagai pasukan pengilang terkemuka dengan legasi sejarah gemilang, kegagalan menjuarai perlumbaan bukan lagi pilihan. Musim kemarau kejuaraan pada era Nicky Hayden (2006) dan Casey Stoner (2011) masih menjadi memori yang mahu dilupakan Honda.

SIMPAN ADA MAKNA?

HRC tahu mereka perlu mengekalkan Marquez, dan bukan sekadar simpan. Secara tersirat, Marquez dikekalkan dan disimpan adalah untuk menghalang dia berpindah ke pasukan lawan.

Sebenarnya, banyak pasukan berminat dengan Marquez dan Ducati adalah salah satu daripada pasukan tersebut. Suatu ketika dulu, Ducati pernah cuba membawa masuk kekanda Valentino Rossi, tetapi gagal. Satu-satunya usaha yang berjaya dilakukan adalah bersama Jorge Lorenzo.

Pasukan pengilang Itali itu sentiasa bersedia melaburkan sejumlah wang yang banyak kepada superstar tersebut dalam usaha merangkul kejuaraan MotoGP. Begitu juga KTM. Sila jangan ketawa kerana Marquez asalnya pun pelumba Red Bull pada 2009 ketika beraksi dalam kelas 125cc.

Walaupun ramai mencemuh dan cuba menahan ketawa serta berlakon serius, terutama peminat di Malaysia berikutan prestasi menimpa pelumba negara, Hafizh Syahrin dan pelumba harapan Perancis, Johann Zarco, tetapi KTM RC16 sebenarnya menunjukkan banyak kemajuan dari segi daya saing.

Malah, Red Bull sudah melaburkan banyak wang kepada KTM untuk MotoGP, dan tentu tiada had dari segi kewangan untuk menandatangani Marquez. Kalau tidak, tidak mungkinlah KTM sanggup menggajikan Dani Pedrosa sebagai penunggang uji pasukan itu yang juga mempunyai pengetahuan mendalam tentang keupayaan Márquez.

BACA >>> Penulis: Marquez Memang Sengaja Cuba Lemahkan Mental Lawan

KATA PUTUS DI TANGAN MARQUEZ

Jadi suka atau tidak HRC perlu ikut apa yang Marquez mahukan. Misalnya, HRC sudah mengubah polisi biasa untuk menukar jurutera mereka setiap tiga tahun dalam program MotoGP. Ini cuma sebahagian contoh permintaan Marquez.

Kata Marquez;

Sekarang, sikit-sikit HRC mula faham pasal kepentingan untuk berubah, lu perlu simpan dua atau tiga brader dalam projek itu jika nak semua OK,” kata Márquez.

“Dan kemudian diorang mula faham perkara tu, dan juga berubah. Gua maksudkan diorang tu orang Jepun, sudah tentu diorang ada cara sendiri, tapi diorang dengar.

“Inilah sebab gua syok dengan Honda sebab gua rasa macam orang penting kat sini. Sebabnya, bila gua cakap, diorang dengar dan sekurang-kurangnya consider apa yang gua cakapkan tu, ini penting.”

BACA >>> Tak Rela Kena Sailang Lagi, Marquez Tenang Ketepikan Quartararo; Hafizh Dapat Mata Lagi

Pengaruh Márquez dalam Honda memang bukan kenyataan melampau. Jika bercakap dengan sesiapa saja yang berurusan dengan HRC, pasti akan diberitahukan hal yang sama juga, iaitu Marquez memang diberikan banyak kawalan dalam Honda. Atau dalam bahasa yang lebih jelas, anak emas Honda sayang ucuk-ucuk.

SUMBER: AsphaltAndRubber

2019 MotoGP apakah MotoGP Auto Terkini Honda Honda Racing Corporation (HRC) Honda RC213V MotoGP HRC Marc Marquez Repsol Honda sukan permotoran
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.