Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Sekali Lagi Ducati Memang Laju, Tapi Quartararo Pula yang Menang!
Auto Terkini

Sekali Lagi Ducati Memang Laju, Tapi Quartararo Pula yang Menang!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju05/04/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PELUMBA Yamaha sekali lagi mengungguli Litar Antarabangsa Losail, di Qatar. Selepas Maverick Vinales daripada pasukan Monster Energy Yamaha Racing menjadi juara pusingan pertama minggu lalu, kini giliran rakan pasukannya, Fabio Quartararo pula meraih kejuaraan dalam  aksi GP Doha, malam tadi.

Tempat kedua dan ketiga pula dibolot duo pelumba Pramac Racing, Johann Zarco dan rookie Jorge Martin yang asalnya mendominasi sepanjang perlumbaan berlangsung. Perlumbaan kali ini menyaksikan 15 pelumba berada dalam kedudukan paling rapat dalam sejarah MotoGP. Ini juga kali pertama dua pelumba Perancis (Quartararo dan Zarco) memenangi dua podium dalam kelas premier sejak 1954.

Kedua-dua pelumba pasukan Ducati itu mendapat permulaan sempurna dengan menerajui perlumbaan seawal grid depan. Walaupun Martin mengetuai hampir majoriti perlumbaan, kejuaraan menjadi milik Quartararo dengan beza masa 1.457 saat, manakala Zarco memintas rakan pasukannya itu dengan hanya 0.043 saat.

BACA >>> Ducati Laju, Tapi Vinales yang Menang GP Qatar

Di tempat keempat pula ialah Alex Rins (Suzuki Ecstar) dengan perbezaan masa 0.022 saat dari pelumba tempat kelima, Maverick Vinales (Monster Energy Yamaha Racing). Kedudukan keenam dan ketujuh menjadi miliki pelumba Ducati Lenovo Racing Team, Francesco Bagnaia dan juara bertahan, Joan Mir (Suzuki Ecstar).

Sementara itu, pelumba Petronas Yamaha SRT, Valentino Rossi sekadar menduduki tempat ke-16, manakala rakan sepasukan, Franco Morbidelli ke-12. Kedudukan keseluruhan pelumba MotoGP ketika ini didahului Zarco dengan 40 mata, manakala Quartararo dan Vinales di tempat kedua dan ketiga dengan 36 mata.

Dalam perkembangan lain, pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin (NTS RW Racing GP) masih bergelut dengan jenteranya apabila sekadar menamatkan perlumbaan di tempat ke-21. Aksi Moto2 di Losail sekali lagi dimenangi Sam Lowes (Elf Marc VDS Racing Team) diikuti Remy Gardner (Red Bull KTM Ajo), kedua dan rakan pasukannya, Raul Fernandez, ketiga.

BACA >>> Ducati Laju, Tapi Vinales yang Menang GP Qatar
BACA >>> Hafizh Akur Jentera Kurang Data, Tapi Tekad Cepat Sesuaikan Diri

KEPUTUSAN GP DOHA 2021

  1. Fabio Quartararo FRA Monster Yamaha (YZR-M1) 42m 23.997s
  2. Johann Zarco FRA Pramac Ducati (GP21) +1.457s
  3. Jorge Martin SPA Pramac Ducati (GP21)* +1.500s
  4. Alex Rins SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR) +2.088s
  5. Maverick Viñales SPA Monster Yamaha (YZR-M1) +2.110s
  6. Francesco Bagnaia ITA Ducati Team (GP21) +2.642s
  7. Joan Mir SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR) +4.868s
  8. Brad Binder RSA Red Bull KTM (RC16) +4.979s
  9. Jack Miller AUS Ducati Team (GP21) +5.365s
  10. Aleix Espargaro SPA Aprilia Gresini (RS-GP) +5.382s
  11. Enea Bastianini ITA Avintia Ducati (GP19)* +5.550s
  12. Franco Morbidelli ITA Petronas Yamaha (YZR-M1) +5.787s
  13. Pol Espargaro SPA Repsol Honda (RC213V) +6.063s
  14. Stefan Bradl GER Repsol Honda (RC213V) +6.453s
  15. Miguel Oliveira POR Red Bull KTM (RC16) +8.928s
  16. Valentino Rossi ITA Petronas Yamaha (YZR-M1) +14.246s
  17. Takaaki Nakagami JPN LCR Honda (RC213V) +16.241s
  18. Luca Marini ITA Sky VR46 Avintia Ducati (GP19)* +16.472s
  19. Danilo Petrucci ITA KTM Tech3 (RC16) +16.779s
  20. Lorenzo Savadori ITA Aprilia Gresini (RS-GP)* +38.775s
  • Alex Marquez SPA LCR Honda (RC213V) DNF
  • Iker Lecuona SPA KTM Tech3 (RC16) DNF

* Rookie

SUMBER: MotoGP | Crash.net

doha gp Ducati Lenovo Team Fabio Quartararo Hafizh Syahrin Johann Zarco losail Petronas Yamaha SRT Pramac Ducati Valentino Rossi Yamaha Monster Energy
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Auto Terkini

    Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    19/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026 Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Facelift Sah Tiba Di Malaysia Suku Keempat 2026

    By Shazwan Hisam12/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.