Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Genesis G90 (2022) Diperkenal, Sedan Saiz Penuh Mewah yang Cukup Anggun
Roda4

Genesis G90 (2022) Diperkenal, Sedan Saiz Penuh Mewah yang Cukup Anggun

Abang HirataBy Abang Hirata30/11/2021
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APABILA Hyundai mahu berada di pentas dunia, mereka bukan saja melakukannya dengan kereta massa, tetapi juga melalui jenama mewah Genesis.

Sejak kebelakangan ini, Genesis menarik perhatian dunia automotif dengan memperkenalkan model hebat seperti GV80, G80, G70 Shooting Brake dan GV70.

Keanggunan dan kemewahan kenderaan Genesis di negara kita terserlah apabila Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim menggunakan Genesis G90 Limousine (foto atas) sebagai kenderaan rasmi.

BACA >>> SUV Woods Jatuh Gaung, Genesis GV80 Raih Rating Keselamatan Tertinggi IIHS
BACA >>> Genesis Dedah Foto Acah GV80, SUV Mewah Sentuhan Pereka Lamborghini

Menariknya, model terbaharu Genesis direka dengan identiti tersendiri tanpa dibayangi model mewah lain seperti Mercedes-Benz, BMW atau Audi.

Terbaharu, satu lagi sedan saiz penuh mewah diperkenalkan, iaitu Genesis G90 yang menjadi pesaing kepada Mercedes-Benz S-Class. Berdasarkan gambar dikongsikan dapat dilihat model itu meneruskan keanggunan Genesis sedia ada dan tidak kalah untuk dibawa ke mana-mana majlis rasmi. G90 ini ialah model serba baharu selepas versi dipertingkat (facelift) pada 2018.

Akronim G90, huruf ‘G’ merujuk kepada ‘Genesis’, manakala angka ’90’ melambangkan ia model perdana jenama itu. Jadi, G90 membawakan gaya paling elegan dengan falsafah rekabentuk Athletic Elegance dan apa disampaikan Genesis itu jelas dapat dilihat pada gambar dikongsikan.

Mari kita perincikan mengenai G90 (2022):

  • Pengenalan pertama G90 (2022) lebih menumpukan aspek gaya dan tiada maklumat trenkuasa didedahkan. Ada laporan mengatakan G90 dijana enjin 3.5L V6 turbo dan berkemungkinan menawarkan trenkuasa elektrik.
  • Rekabentuk depan G90 menonjolkan identiti tersendiri menerusi rekaan gril Crest Grille baharu dan lampu utama Two Line yang menyamai lencana Genesis.

  • Gabungan lampu utama dan lampu siang (DRL) nampak seakan kilauan berlian dengan lampu suluh rendah (low beam) dan menggunakan teknologi susunan kanta mikro (Micro Lens Array).
  • Bonet G90 jenis Clamshell Hood, iaitu panel tunggal yang menggabungkan bonet dan fender. Kenapa dibuat begitu? Genesis tidak mahu wujud jurang dua panel tersebut supaya nampak lebih slik.
  • Dari sisi, ada garis Parabolic Line bermula dari bonet hingga but dan bersambung dengan elegan. Sememangnya kereta segmen begini tiada bahu badan atau lekuk dramatik bagi menonjolkan gaya tenang.

  • Gaya sisi diadun dengan garis Athletic Power Lines pada fender bagi menonjolkan imej kuasa dan kedinamikan.
  • Jika wajah depan begitu menyerlah, bahagian belakang pula tampil sederhana, tetapi menarik perhatian dengan lampu bersambung dari kanan ke kiri. Tidak salah mengatakan rupa belakang G90 dibuat sempurna dan boleh membuatkan sesiapa saja jatuh cinta.

  • Pasukan pereka Genesis meletakkan nombor pendaftaran, sensor dan lampu undur di bawah bampar supaya bahagian belakang nampak kemas dan mewah.
  • G90 memiliki jarak roda (wheelbase) panjang  yang memberikan ekstra ruang pada penumpang belakang dengan ukuran 190mm lebih panjang berbanding model standard dan dilengkapi rim eksklusif 20 inci.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Beza Jarak Roda (Wheelbase) Panjang vs Pendek?

Apa dipersembahkan Genesis adalah transformasi rekabentuk yang sangat berbeza berbanding model terdahulu. Genesis nyata berjaya berada dalam kelas tersendiri dan tiada rahsia yang sukar dicungkil pengeluar kereta lain. Kuncinya terletak pada gaya dan falsafah rekabentuk.

Sudah beberapa kali Hyundai Group melakukannya yang kali pertama menerusi Kia dan kini giliran Genesis pula.

BACA >>> #Tahukah Anda: Inilah Teknologi Enjin Smartstream Hyundai yang Anda Perlu Tahu
BACA >>> Hyundai i20 N – Hot-Hatch Mengancam Ilham Jentera WRC (201hp, 275Nm)

Athletic Elegance Genesis Genesis G90 Genesis G90 (2022) Hyundai Group Roda4 Sedan sedan saiz penuh
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Roda4

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Auto Terkini

Honda CR-V Generasi Ke-6 Kini di Jepun, Lambat Tetapi Lebih Canggih

27/02/2026
Volvo EX30 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Volvo EX30 2026 Dapat Nafas Baharu Berkuasa 150ps, Jarak Maksimum 476km

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.