Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Sedan EV Mewah Lexus RZ 450e Luxury Lancar di Malaysia, Harga RM429.8k
Roda4

Sedan EV Mewah Lexus RZ 450e Luxury Lancar di Malaysia, Harga RM429.8k

Han OthmanBy Han Othman25/07/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LEXUS Malaysia memperkenalkan kenderaan elektrik (EV) Lexus RZ 450e Luxury 2024 serba baharu untuk pasaran Malaysia pada harga RM429,888.

Setiap pembelian sedan EV mewah ini dipakejkan bersama waranti kilang lima tahun tanpa had perbatuan, dan waranti bateri lapan tahun tanpa had perbatuan dengan opsyen tambahan dua tahun.

RZ ialah siri Lexus pertama untuk pasaran global yang menawarkan pengalaman pemanduan dinamik bersama rekabentuk unik dan tersendiri.

Ini juga model pertama dibangunkan Lexus sebagai sedan elektrik penuh berasaskan konsep rekabentuk ‘SEAMLESS E-MOTION’ yang mengambil ilham dinamik haiwan cheetah yang sporty, atletik, dan pantas.

Berikut fakta dan spesifikasi Lexus RZ 450e Luxury 2024:

  •  Ada enam warna pilihan: Sonic Copper, Sonic Chrome, Graphite Black Glass Flake, Sonic Quartz dan Sonic Iridium, termasuk warna baharu Aether Metallic.
  • Dilengkapi sistem audio premium bunyi keliling dengan 13 pembesar suara Mark Levinson Premium Surround Sound System. yang memberikan nada bunyi berkualiti tinggi.
  • Dibina berasaskan platform e-TNGA yang dipasang pek bateri litium-ion 71.4kWh.
  • Pengecasan AC 11kW menggunakan kabel Type 2, manakala pengecasan DC 150kW menggunakan kabel CCS2.
  • Jarak pemanduan untuk cas penuh hingga 440km.
  • Dijana trenkuasa dwi-motor berkuasa 150kW (201hp) di depan, dan 80kW (107hp) di belakang untuk output kuasa penuh setinggi 230kW (308hp).
  • RZ juga model pengeluaran pertama menggunakan sistem kawalan pacuan semua roda pintar Lexus baharu DIRECT4 yang bekerja dengan dwi-gandar elektrik (e-Axles).

Model ini kini dibuka tempahan dalam unit terhad, cepat dapatkan sekarang di bilik pameran dan pengedar Lexus Malaysia berdekatan anda! 😚

EV Kenderaan Elektrik (EV) Lexus Malaysia Lexus Mutiara Damansara Lexus RZ 450e Luxury 2024 Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Leapmotor C10 PLUS Night Edition 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Lancar, Harga Mula RM148k!

01/03/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Honda CR-V 2026 | Jepun
HEV

Honda CR-V Generasi ke-6 Kini di Jepun, Lambat Tetapi Lebih Canggih

02/03/2026
Volvo EX30 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Volvo EX30 2026 Dapat Nafas Baharu Berkuasa 150ps, Jarak Maksimum 476km

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.