Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»SDAC Buka Tempahan Ford Ranger (2022) Serba Baharu yang Lebih Canggih, Hebat!
Auto Terkini

SDAC Buka Tempahan Ford Ranger (2022) Serba Baharu yang Lebih Canggih, Hebat!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju07/07/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SIME Darby Auto ConneXion (SDAC) mengumumkan pratempahan untuk trak pikap Ranger (2022) generasi baharu yang akan mula dijual seluruh negara akhir bulan ini.

Malah, Ranger (2022) generasi baharu yang direka semula menyeluruh itu dijangka memenuhi jangkaan sebagai kenderaan gaya hidup untuk keluarga, riadah dan urusan kerja.

BACA >>> Ford Ranger XLT Plus Edisi Khas (2022) Buka Tempahan, Harga RM136k!
BACA >>> Ford Ranger Raptor (2022) Buka Tempahan di UK, Harga Mula RM316k!

Model serba baharu itu juga dikatakan trak pikap pintar lebih versatil dan berkemampuan dalam siri Ranger setakat ini, dan mampu menjadi teman paling dipercayai untuk menempuh apa saja keperluan dan cabaran dalam rutin harian.

Selain transformasi gaya luaran, Ranger juga menawarkan ruang kabin lebih selesa, premium dan sarat teknologi serta ciri keselamatan termaju.

Pemilik Ranger (2022) generasi baharu juga akan menjadi sebahagian komuniti yang berkongsi minat sama untuk menikmati kehidupan dalam setiap perkara dilakukan.

BACA >>> 6 Ciri Menarik Trak Pikap EV Ford F-150 Lightning, Boleh Jadi Generator Rumah!

Pengarah Urusan Sime Darby Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair berkata;

Pelanggan Ranger ialah mereka yang meraikan suasana dan memandang tinggi segenap aspek kehidupan berkualiti.

“Ranger generasi baharu ini ialah kenderaan diperlukan pelanggan untuk menjalani Kehidupan Ranger -mengendalikan kerja mereka, meneroka tanpa rasa takut ke tempat diinginkan dan mengeratkan hubungan kekeluargaan, komuniti dan individu dengan minat sama.”

BACA >>> Volkswagen Dedah Foto Awal Amarok Baharu, Kongsi Platform Ford Ranger!

JELAJAH RANGER BAHARU

Satu siri pameran, dipanggil ‘Jelajah Lima Lima Lima’ untuk model Ranger baharu akan diadakan di lima kawasan seluruh negara, iaitu wilayah Tengah, Utara, Selatan, Sabah dan Sarawak. Jelajah tersebut akan diadakan lebih lima minggu bermula debut utama pada 22 Julai ini. Ini juga peluang kepada pengguna untuk melihat sendiri Ranger (2022) generasi baharu.

Pengunjung juga akan diperincikan mengenai produk baharu itu, termasuk berbual dengan jurujual, membuat tempahan dan melihat lebih dekat trak pikap terbaharu Ford tersebut.

Peminat Ranger juga boleh mendaftar di laman ‘Keep Me Informed’ untuk menerima jemputan eksklusif siri jelajah dan mengetahui masa konvoi akan singgah di bandar berdekatan mereka.

BACA >>> Fakta atau Auta: Biar Betul Pergi Kerja Naik Motor Boleh Jimat Sampai RM10k Setahun?

GETAWAYS – Pengalaman Menyeluruh Kehidupan Ranger

  • Ford Ranger Getaways ialah platform kembara dan percutian komuniti untuk menikmati pengalaman unik ‘Kehidapan Ranger’ melalui siri kembara khas tempatan.
  • Platform untuk individu berkongsi minat dan minda sama dalam mendirikan ‘Lingkungan Ford’.
  • Dapat berkumpul dan membina persahabatan serta pada masa sama menikmati kepelbagaian, kemampuan dan potensi penuh Ranger tanpa mengira varian.
  • Pelanggan dapat memilih cabaran atau percutian dimahukan, termasuk pengalaman off-road untuk menguji had trak pikap mereka, menjadi juruterbang sehari, menikmati hari dengan alam semula jadi atau bersantai bersama keluarga.
  • Dapat mengetahui lanjut mengenai aktiviti lain. Jika berminat menempah Ford Ranger Getaways, anda boleh layari pautan ini.

Maklumat lanjut mengenai Ranger (2022) generasi terbaru boleh layari Ford Malaysia di laman media sosial Facebook, Instagram, Twitter, dan Youtube, termasuk laman web www.sdacford.com.my.

BACA >>> Alat Ganti Tulen Ford Lama Boleh Beli di Portal SpareXHub, Diskaun Lebih 60 Peratus!
BACA >>> Azmin: Porsche Percaya Malaysia Pintu Masuk Pasaran Asean
BACA >>> #TahukahAnda: SUV Lebih Berbahaya Berbanding Sedan, Kereta Kecil?

Auto Terkini Ford Ranger (2022) Roda4 Sime Darby Auto ConneXion-Ford Trak pikap Turse Zuhair
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Viral Pemandu BMW 325i ‘Drift’ di Genting Highlands Ditahan Polis, Kereta Kena Sita

09/03/2026
Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
Auto Terkini

Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

09/03/2026
JPJ lancar JPJvBID
Auto Terkini

JPJ Lancar JPJvBID – Platform Digital Lelongan Kenderaan Sita

09/03/2026
Lotus Eletre X Hybrid 2026
HEV

Lotus Eletre X Hybrid Guna Teknologi Hibrid Berkuasa 952ps, Tork 935Nm

09/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.