Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Salahkah Pasang Helmet Visor Gelap? Ini Jawapan JPJ…
Auto Terkini

Salahkah Pasang Helmet Visor Gelap? Ini Jawapan JPJ…

Abang GYLBy Abang GYL22/08/201729 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MINGGU lalu tular di Facebook mengenai seorang lelaki meluahkan rasa tidak puas hati apabila dikompaun pihak berkuasa atas kesalahan memakai helmet dengan visor gelap.

Berdasarkan status lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Runner Wan, inilah kali pertama dia mendapat kompaun sepanjang 10 tahun menunggang motosikal kerana menggunakan helmet visor gelap. Tambahnya lagi, dia langsung tidak tahu penggunaan visor hitam adalah satu kesalahan.


Bagi mengetahui lebih lanjut, kami cuba menghubungi Pengarah Bahagian Kejuruteraan Automotif Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Ir Mohamad Dalib untuk mendapatkan penjelasan terperinci mengenai penggunaan helmet visor gelap.

Berikut perkongsian Mohamad;

Mengikut kaedah-kaedah Motosikal, Topi Keledar 1973 (PU (A) 43/1973), penggunaan visor gelap adalah satu kesalahan dan mereka yang menggunakannya boleh dikenakan tindakan kompaun.

“Helmet boleh dipasang dengan apa jua jenis visor yang jernih dan tidak berwarna dengan syarat tiada sebarang alat tambahan yang boleh menutup mana-mana bahagian muka di antara kening dengan dagu.

“Cermin visor untuk motosikal mestilah lutsinar 70 peratus dan tidak ada yang terkecuali. Tak kira sama ada orang awam, Polis, JPJ mahupun mana-mana penguatkuasa, penggunaan visor gelap adalah dilarang.

BACA >>> Jangan Terbeli Kereta Sambung Bayar, Buruk Padahnya – JPJ

BACA >>> Tukar Enjin Wajib Mohon JPJ – Apakah Akibat Jika Tidak Daftar?

visor gelap topi keledar kena saman
visor gelap topi keledar

KENAPA JADI SATU KESALAHAN?

Kenapakah penggunaan visor gelap menjadi satu kesalahan? Mohamad menjelaskan, tujuan utama adalah untuk memastikan wajah dapat dilihat jelas selain mengelak kes-kes jenayah berlaku.

“Begitu juga komunikasi mata atau eye contact antara penunggang motosikal dengan pengguna lain yang sangat penting ketika atas jalan raya. Contohnya, kita akan hulur tangan untuk minta diberikan laluan dan senyum sebagai tanda terima kasih,” tambahnya lagi.

Pendapat kami, isu sebegini tidaklah perlu dibesarkan kerana jarang sekali kita lihat pihak berkuasa menyaman penunggang atas kesalahan memakai helmet visor gelap. Atau kata Nujum Masai kepada Pak Belalang, kadang-kadang. 😛

Nasihat kami juga, jika anda sedang melalui sekatan jalan raya atau road block dilakukan pihak berkuasa, lebih molek dan sopan sekiranya visor gelap anda dibuka (bukan tanggal). Kami percaya, abang-abang uniform pun masih ada budi bicara untuk tidak mengeluarkan kompaun.

Paling penting dan selamat, sentiasa pastikan visor helmet anda dipilih mengikut spesifikasi undang-undang dan melepasi standard keselamatan. Elakkan beli visor murah dan tidak diiktiraf bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini berlaku.

BACA >>> Motosikal Elektrik 3-Roda Berbumbung Tidak Lulus JPJ

Datuk Ir. Mohamad Dalib runner wan visor gelap visor gelap kena saman visor gelap topi keledar
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    25/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ Ambil Tindakan Ke Atas 14,455 Kenderaan Sepanjang Op HRA 2026

    25/03/2026
    Auto Terkini

    Harga Minyak Global Turun, Harapan Diplomatik Redakan Ketegangan Asia Barat

    25/03/2026
    Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim, turunkan harga RON95 1.99 seliter mula 30 September ini.
    Auto Terkini

    MOF: Salah Guna Subsidi BUDI95, MyKad Individu Terlibat Disekat

    24/03/2026

    29 Comments

    1. zack on 22/08/2017 21:17

      pundek la….semua salah…abis klu dah panas terik nak menunggang silau mcm mna…bodoh punya undang2

      Reply
    2. Unknown on 23/08/2017 06:50

      Silau kat mata. Kenal kaca mata hitam x?

      Reply
      • Aril on 23/08/2017 10:18

        Kalau btul2 rabun mcm mna tuan takkan nk tgglkn spek…kne fikir gak tu

        Reply
      • Kimie on 23/08/2017 13:50

        Kata mata hitam??? Knal org rabun x bang?

        Reply
        • Fairi on 23/08/2017 14:21

          Aku pun rabun.. tapi kalau pakai fullface dengan visor jernih aku, memang aku pakai double spec kot.. hahahhaa..

          Memang mcm apa lagi, tapi nak buat lagu mana.

          atau pakai ja helmet yg ada spec kat dalam tu..

          Reply
      • Dollah on 23/08/2017 19:13

        Kau x baca ke statement .. “Eye contact dia… ” pakai spec boleh eye contact ke? Statement merapu, atas budi bicara konon… Budibicara mana firm?! Kena penguatkuasa macam barua … Habis la

        Reply
    3. Yahaya ismail on 23/08/2017 08:35

      Kalau haram xleh pakai kenapa ada pengeluar pembekal penjual…..kenapa tidak dihalang atau disekat dari peringkat ini.

      Reply
      • Pair_jarl on 23/08/2017 10:20

        Yg nie win!!

        Reply
      • Insan Lemah on 23/08/2017 11:33

        Setuju…

        Reply
    4. Kids on 23/08/2017 08:43

      Law lama..sblm dibenarkan helmet fullface

      Reply
    5. Sakai san on 23/08/2017 09:54

      Silau pakai sun glasses la.sakai

      Reply
      • Unkown on 23/08/2017 17:44

        Dah klau rbun..dh pkai spec nk tmbah lgi stu spec hitam ke ?

        Reply
    6. Ijat6446 on 23/08/2017 10:22

      Klo mcm sy yg pkai spek nie, tak kan nak double spek itam plak.. Huhuhuhu..

      Reply
    7. Sirajibrahim on 23/08/2017 10:24

      Malaysia lain be. Ada benda haram jual..haram pakai. Ada benda boleh jual… haram pakai. Ada haram jual … bileh pakai.. tuh!

      Reply
    8. Ida on 23/08/2017 10:26

      Macam saya keja sebagai despatch..menghadapi cuaca panas dan hujan…paling utama sekali pada waktu panas …so nak mengelakkn so sy knakan pakai visor gelap..bkan kte nak buat jenayah pun…so kne fahan situasi..byk lagi jenayah yang lain…xjugak d banteras…bukan nak membangkang.cma biarlah logik alasannya..

      Reply
    9. Insan Lemah on 23/08/2017 11:32

      Sebenarnya sistem d cni yg mengarut adalah sesuatu bende yg xblh n akn d kenakkn tindakkn tp d benarkn menjual..
      Sgt pelik tp benar…tlampau bnyk contoh…
      Nk cut carilah yg pucuk pangkalnya..
      Bab nyusohkn org n kaut keuntungan bijok
      Tp…………
      Fikir fikirknlah…Selamat beramal…..

      Reply
    10. unknow on 23/08/2017 16:06

      kalau dah visor gelap tak boleh pakai knape ianya dijual?

      Reply
    11. MUHAMMAD RAFIZI on 23/08/2017 18:29

      KENYATAAN.
      Pengeluar dan penghasilan VISOR gelap adalah dibenarkan dan tidak melanggar mana-mana undang-undang. TETAPI pembeli yang membeli dan MENGGUNAKAN VISOR gelap adalah SALAH di sisi undang-undang.

      PERSOALAN?
      Kalau benda salah untk penggunaan pengguna. Kenapa penghasilan atau pengeluaran dibenarkan oleh undang-undang???

      Reply
    12. bard on 23/08/2017 20:15

      sebagai org tua saya cuma boleh katakan undang2 jalanraya mesia dah ketinggalan berzaman-zaman.. berapa tahun sekali ‘review’ undang2 yg ada? sapa diantara penunggang hari ini yg masih melambai2 nak bagi signal atau nak berhenti? panas dahulu dgn panas sekarang sama ke? susah sangat ke nak tengok muka org yg pakai helmet gelap kalau dibandingkan dgn kereta cermin gelap? pakai visor cerah tapi muka tutup dgn stokin tengkorak camana pulak? buatlah perundangan baru… boss jpj yg gaji besar2 tu tak bolehkah pegi merujok kat obersea, kalau hampa dah tak reta nak pikiaq sesangat? adoii aaai, ada jpj, ada spad, ada pdrm, ada kdn dan macam2 lagi… sorang pon tak terpikir ke?

      Reply
    13. Limau on 23/08/2017 23:25

      Agak kurang cerdik bila diharamkan isu cermin / visor helmet gelap ni. Malaysia negara khatulistiwa yg panas lembap sepanjang tahun…
      Cermin kereta2 kerajaan boleh plok digelapkan…atas alasan keselamatan kononnye…

      Reply
    14. kadut on 24/08/2017 20:37

      salah guna visor gelap undang2 mcm tu logik. kalau pakai untuk menunggang motosikal mcm x logik sangat lagi2 pembonceng yg pakai.

      Reply
    15. Juliya on 26/08/2017 12:50

      Salam nak tnye sikit blh x..sye br tkr brake pad tp msi de berbunyi n bile tkn mnyk keta dlm perjalanan de bunyi kat enjin bwh kereta sye pe punce nye ea..kereta axia

      Reply
    16. ape pun tak boleh on 02/10/2017 20:19

      senang crita kalau berlaku sekatan jalan raya buka helmet suruh orang berkuasa sendiri check sama ada visor gelap tu jernih atau tidak kalau diguna.. sbab saya sendiri pun pakaj visor gelap utk mengelakkan silau.. panas wehh

      Reply
    17. ajai on 09/08/2019 02:33

      x pasti dari hati tergerak nk comment dari cahaya mata terik kena mata jadi silau lagi satu kalau nk tgk kes pasal moto exciden kereta hari tu dlm kiraan moto tu bawak normal kecuaiaan pemandu kereta tu follow dari dekat jangan jadi salah satu benda semu nk haramkan

      Reply
    18. Blank on 24/05/2021 16:19

      Yg Komen kata pkai cermin mata hitam tu, aku nk tnya.. klau fullface helmet”bleh ngam ke gagang bingkai cermin mta tu .. klau nk guna?? lainlh klau kpala ko size 50″tpi guna fullface 62″ mngkin lpas kottt

      Reply
    19. SULAIMAN on 22/06/2021 12:20

      Orang kalau daripada lahir2, keluar rumah tak pernah menunggang motosikal tengah panas, hantar order tengah panas, petang2 balik kerja kena sesetengah tempat yang matahari petang tembak terus ke mata. Memang cakap tak guna akal. Kalau dia cakap gitu, kenapa adanya masalah kesihatan mata yang menyebut tentang masalah silau. Lepastuh dia cakap pakai visor jernih supaya dapat eye contact dengan pengguna jalan raya yang lain. dia ingat makan malam beradab ke hanat nak main eye contact pakai atas jalan raya?. Duduk dalam air cond je 8 pagi sampai 5 petang boleh lah cakap ikut tekak je.
      Meh tengok jadi rider delivery tengah2 panas hantau. Kau jangan pakai visor, aku nak tengok ko mengeluh ke tidak.

      Reply
      • AO on 24/11/2021 13:23

        Boleh gelap tapi jangan gelap habis. Gelpa habis pun tak seusia untuk.menunggnag malam. Mantan pengarah tu memang bikers juga.

        Reply
    20. SULAIMAN on 22/06/2021 12:24

      Orang kalau daripada lahir2, keluar rumah tak pernah menunggang motosikal tengah panas, hantar order tengah panas, petang2 balik kerja kena sesetengah tempat yang matahari petang tembak terus ke mata. Memang cakap tak guna akal. Kalau dia cakap gitu, kenapa adanya masalah kesihatan mata yang menyebut tentang masalah silau. Lepastuh dia cakap pakai visor jernih supaya dapat eye contact dengan pengguna jalan raya yang lain. dia ingat makan malam beradab ke hanat nak main eye contact atas jalan raya?. Duduk dalam air cond je 8 pagi sampai 5 petang boleh lah cakap ikut tekak je. Otak dah beku. Tuh yang tak berakal tuh. Yang buat kes jenayah visor gelao tuh segelintir je. Takkan yang majoriti semua nak kena.
      Meh tengok jadi rider delivery tengah2 panas hantau order. Kau jangan pakai visor, aku nak tengok ko mengeluh ke tidak..

      Reply
    21. Hantam labu on 21/04/2022 20:03

      Wisor gelap tu siang hari tak ada masaalah. Tapi bila malam ia menjadi masaalah. Pandangan terhad.

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    By Abang Hirata20/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?

    By Han Othman06/02/20192
    Auto Terkini

    KTM 990 RC R 2026 Rasmi di Pasaran Global, Dari RM66,000

    By Shazwan Hisam15/10/2025
    Auto Terkini

    Semua Stesen Minyak di Bangladesh Mungkin Tutup Sepenuhnya

    By Syafie24/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.