Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Rupa-Rupanya Prototaip Kereta Terbang Cuma Bersaiz Miniatur
Auto Terkini

Rupa-Rupanya Prototaip Kereta Terbang Cuma Bersaiz Miniatur

Han OthmanBy Han Othman27/03/20191 Comment
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam ditunjukkan model kereta terbang yang diberikan nama ‘Vector’ di Pavilion Kementerian Pembangunan Usahawan (MED), sempena LIMA 2019 di Langkawi, Kedah.

Model ‘air mobility’ itu dilaporkan dibangunkan syarikat kejuruteraan dan rekabentuk tempatan, Aerodyne Sdn Bhd yang menyediakan perkhidmatan penyelesaian integrasi berasaskan dron. Vector itu dikatakan akan  menjadi penanda aras kepada pembangunan aerocar, atau istilah muda, ‘kereta terbang’.

Perdana Menteri meluangkan masa 10 minit di Pavilion MED (A170) yang turut menempatkan 12 usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam bidang pembuatan industri aeroangkasa. Pendedahan itu turut menjawab segala persoalan mengenai kenyataan diuarkan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, bulan lalu, tentang prototaip kereta terbang yang menurut beliau sudah pun siap dibina dan bersedia dipamerkan.

BACA >>> Jangan Terkejut, Malaysia Sudah Ada Prototaip Kereta Terbang!

KOMEN KAMI

Apa yang melucukan, model ‘Vector’ ditunjukkan tersebut jauh sekali seperti apa dibayangkan kami, dan kami rasa ramai pembaca pun terkejut sambil tersenyum apabila melihatnya. Apa yang kami bayangkan ialah prototaip sebenar yang boleh diterbangkan, ataupun prototaip skala sebenar (1:1) seperti model konsep yang biasa ditayangkan di Pameran Auto.

Malangnya, model tersebut lebih kepada bentuk miniatur, seperti pemaju perumahan menunjukkan contoh rumah kepada bakal pembeli di kompleks beli-belah.

Lebih menghairankan, Mohd Redzuan sebelum ini mendakwa kos pembuatan prototaip tersebut bernilai AS$300,000 (RM1.23 juta), dan ia bukan nilai yang sedikit. Persoalannya, adakah tersilap titik perpuluhan? Adakah nilai sebenarnya cuma RM123 atau RM1,230? Ataupun prototaip itu baru peringkat teaser atau mock-up (mungkin ya)?

BACA >>> Kereta Terbang Ada Kaitan Subsidiari Aeronautik di Bawah Geely? Adakah Proton Terlibat?

Mengenai rekabentuk pula, kami berpendapat model Vector itu semacam tidak praktikal dan agak ketinggalan jika dibandingkan dengan model konsep kereta terbang yang pernah dipamerkan pengeluar luar negara (lihat gambar bawah). Jadi, sukacita kami menasihatkan supaya elok saja pihak MED ambil pendirian berdiam diri saja tentang kereta terbang. Tidak perlulah dikecohkan dan digembar-gemburkan lagi. 

Aerodyne Sdn Bhd Auto Terkini Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) Kereta Terbang Vector LIMA 2019 prototaip Prototaip Kereta Terbang Tun Dr. Mahathir Mohamad Vector
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

27/02/2026
Leapmotor C10 PLUS Night Edition 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Lancar, Harga Mula RM148k!

01/03/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026

1 Comment

  1. Mark_L on 28/03/2019 23:24

    Menteri kereta terbang mampu menjuarai Maharaja Lawak Megaaaaaaaa…pisyo!

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.