Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»RRJ Bersungguh Mahu Beli PLUS, Tawar RM3.5b dan Diskaun Tol Hingga 40 Peratus!
Auto Terkini

RRJ Bersungguh Mahu Beli PLUS, Tawar RM3.5b dan Diskaun Tol Hingga 40 Peratus!

Han OthmanBy Han Othman08/10/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LAGI berita mengenai lebuh raya bertol di Malaysia. Firma milik rakyat Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong, RRJ Capital Ltd (RRJ) semalam menaikkan tawaran harga untuk mengambil alih PLUS Malaysia Berhad (PLUS) daripada RM3 bilion kepada RM3.5 bilion (tambahan RM500 juta).

Sebelum ini Khazanah Nasional Bhd menegaskan tidak berminat mahu menjual PLUS, yang menjadi sebahagian aset syarikat pelaburan itu, kepada mana-mana pihak.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) RRJ Capital, Richard Ong (gambar atas), berkata, jika diterima, Kerajaan tidak perlu membayar PLUS sebanyak RM2 bilion hingga 2023.

Beliau berkata, RRJ bercadang membentuk usahasama (JV) secara sama rata (50:50) melibatkan firma pelaburan itu dengan dana persaraan nasional seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Tabung Haji, Permodalan Nasional Bhd (PNB) atau Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP).

BACA >>> Tun M Beri Sebab Kenapa Tol Tak Boleh Dihapuskan

Ini membolehkan Kerajaan mengekalkan kepentingannya, dan Bumiputera dalam PLUS sebanyak 50 peratus.

APAKAH SISTEM TOL YANG MAHU DILAKSANAKAN RRJ CAPITAL?

Logo PLUS

Sekiranya mengambil alih PLUS, RRJ merancang melaksanakan sistem caj tol baharu berdasarkan harga kereta seperti berikut:

  • Pemandu B40 – Diskaun 40 peratus
  • Kereta Bawah RM50,000 – Diskaun 30 peratus
  • Kereta RM50,001 – RM100,000 – Diskaun 20 peratus
  • Kereta RM100,001 – RM150,000 – Diskaun 10 peratus
  • Kereta Lebih 150,000 – Kadar tol kekal

RRJ turut bercadang mengenakan kadar tol baharu untuk kereta mewah. Menurut Ong lagi, pengurangan tol yang diberikan kepada pemandu B40 melibatkan nilai lebih RM1 bilion setahun.

Sebagai contoh, jika pengguna itu memandu kereta Proton (2015) berharga RM40,000, dia layak untuk diskaun 30 peratus. Ini bermakna jika harga tol RM43.30 untuk Jalan Duta-Juru, dia cuma perlu bayar RM30.31 sahaja.

Menurut Ong dipetik Berita Harian, harga kereta baharu akan dijadikan penanda aras untuk menentukan kelayakan pengurangan kadar tol pengguna lebuh raya milik PLUS.

BACA >>> PLUS Bakal Perkenal Kapsul Tidur di R&R, Tahun Depan

MAHU PERKENAL TEKNOLOGI TOL MODEN

RRJ juga bercadang membawa masuk teknologi moden dan terkini, seperti:

  • Caj tol guna bacaan pada nombor pendaftaran kereta, kereta tidak perlu berhenti – kurangkan kesesakan
  • Laluan ekspres khas untuk kereta dengan tiga dan empat penumpang pada waktu puncak – galakkan orang ramai berkongsi kereta
  • Lampu LED berasaskan solar
  • Tiada pondok tol, dan tiada palang
  • Naik taraf bahu jalan
  • Sistem E-ZPass

Rizal berkata, tiada pembuangan atau pemberhentian pekerja akan berlaku, sebaliknya RRJ akan mengekalkan perkhidmatan kakitangan PLUS sedia ada.

BACA >>> Menteri: Tiada Lagi Lorong Smart Tag di Lebuh Raya Dua Tahun Lagi

SIAPA RRJ CAPITAL?

RRJ ditubuhkan pada Mac 2011 dengan memiliki aset di bawah pengurusan (AUM) hampir AS$11 bilion (RM46.04 bilion) dan menumpukan pelaburan ekuiti swasta di China dan Asia Tenggara. Sebanyak 80 peratus pelabur firma itu adalah dana pencen dari Amerika Syarikat (AS), Eropah, Kanada dan Asia Barat.

Pada akhir bulan lalu, RRJ dilaporkan mengemukakan tawaran pembelian PLUS sebanyak tunai RM3 bilion dan pengurangan tol sebanyak 20 peratus.


KOMEN KAMI

Memang menarik cadangan RRJ. Lagi-lagi selepas kita baca segala cadangan dan visi yang mahu dilakukan syarikat pelabur multinasional itu untuk mentranformasikan sistem lebuh raya PLUS.

Cuma apa yang merisaukan orang ramai, PLUS berada di bawah Khazanah Nasional yang mana keuntungan diraih syarikat pengendali lebuh raya terbesar Malaysia itu akan disalurkan kepada aset penting negara melibatkan dana awam.

Busuk-busuk pun status Khazanah Nasional itu adalah sebagai entiti Kerajaan dan ini memberikan keyakinan kepada orang awam mengenai kepentingan mereka. Sebaliknya, jika Khazanah Nasional betul-betul melepaskan  pegangan mereka ke atas PLUS, adakah sebarang jaminan bahawa eksploitasi dan manipulasi tidak akan berlaku?

BACA >>> #SembangDeras: Rasionalkah Cadangan Tol Fleksi dengan Caj Kesesakan Waktu Puncak?

Adakah tanpa syarikat luar, PLUS tidak mampu melakukan apa yang ditawarkan RRJ? Atau memang PLUS tidak cukup dana untuk melakukan transformasi kerana tidak boleh menaikkan harga tol?

SUMBER: BHarian

Auto Terkini E-ZPass EZPASS PLUS Malaysia Berhad Richard Ong Rizal Ishak RRJ Capital RRJ Capital Ltd
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Autotainment

#TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

27/07/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

27/07/2026
Auto Terkini

Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

26/07/2026
Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.