Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Rossi Anggap Aksi Marquez Elak Jatuh Bukan Nasib Baik, Tetapi Skil
Auto Terkini

Rossi Anggap Aksi Marquez Elak Jatuh Bukan Nasib Baik, Tetapi Skil

AryonBy Aryon04/03/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PELUMBA agung di cakerawala yang juga kekanda MotoGP, Valentino Rossi mendakwa kejayaan lawannya, Marc Marquez mengelak diri daripada hilang kawalan dan terjatuh ketika berlumba tidak boleh dianggap sebagai tuah atau kebetulan semata-mata.

Tahun lalu, Marquez beberapa kali terselamat daripada tergolek, termasuk satu insiden dramatik dalam aksi penentuan juara di Valencia yang hampir menyebabkan pelumba Sepanyol itu terbabas. Rossi memuji Marquez atas kemampuannya mengelak kemalangan yang baginya tidak boleh dianggap sebagai nasib baik.

Aksi di GP Valencia 2017 dianggap paling dramatik dan Marquez terselamat.

Sebaliknya, apa dilakukan Marquez adalah kombinasi gaya dan jentera yang membantu pelumba Sepanyol itu melakukan beberapa gerakan menyelamat dan keputusan penting di saat getir.

“Apa yang dia buat mengagumkan kerana dia tidak kerap kemalangan lagi. Dia banyak kali selamat tahun lalu dan itu bukan kebetulan,” beritahu Rossi kepada majalah Riders.

BACA >>> Hafizh Makin Serasi dengan Yamaha M1, Rossi Mahu Berlumba Hingga 2020

“Bagi saya, dia berusaha untuk memperbaiki tekniknya. Gaya atau tunggangan membantunya. Saya tidak tahu jika itu semula jadi atau sesuatu yang dia usahakan, tetapi dia letakkan badannya antara jentera dan asfalt, gunakan ia untuk tidak jatuh.”

Menurut Rossi lagi, jika jentera yang ditunggang Marquez bukan Honda, hampir mustahil seseorang pelumba itu mampu mengelakkan kemalangan dan terjatuh.

“Saya tidak fikir itu elektronik, tetapi jentera itu sendiri. Honda jadikan apabila roda depan rapat, ia masih terus miring. Jentera seperti kami, jika anda rapat dengan roda depan, ia akan menyentuh bawah jalan dan anda tak boleh lagi menariknya (untuk tegak semula),” kata Rossi lagi.

Lain macam kekanda Rossi kita memuji adinda Marquez. Mungkinkah Rossi sedang melancarkan perang saraf ke atas juara bertahan itu? Apakah The Doctor sememangnya mengagumi Marquez, ataupun sekadar memerli pelumba lawan itu?

SUMBER: Motorsport.com

Auto Terkini Marc Marquez MotoGP roda2 sukan permotoran The Doctor Valentino Rossi VR46
Aryon

Artikel Berkaitan

Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

06/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Auto Terkini

JPJ Negeri Sembilan Buka Bidaan Nombor Plat Siri ‘NEK’ Bermula 9 Mac

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.