Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»RON97, RON95 Naik 40 Sen, Diesel Semenanjung Naik 70 Sen
Auto Terkini

RON97, RON95 Naik 40 Sen, Diesel Semenanjung Naik 70 Sen

SyafieBy Syafie09/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Nozel RON95 dan RON97

KEMENTERIAN Kewangan Malaysia mengumumkan pelarasan harga runcit bahan api bagi tempoh 9 hingga 15 April 2026 susulan tekanan berterusan dalam pasaran minyak global akibat krisis tenaga di Asia Barat.

Berdasarkan Mekanisme Harga Automatik (APM), harga petrol RON97 meningkat kepada RM5.35 seliter, manakala RON95 tanpa subsidi kini RM4.27 seliter. Pada masa sama, harga diesel di Semenanjung Malaysia turut melonjak kepada RM6.72 seliter.

Kerajaan menjelaskan bahawa harga semasa masih mencerminkan purata kos bekalan beberapa minggu sebelum ini, ketika harga minyak global berada pada paras tinggi, sekali gus memberi kesan kepada harga domestik walaupun terdapat sedikit penurunan harga minyak mentah baru-baru ini.

Harga Runcit (9 – 15 April 2026):

  • RON97: RM5.35 seliter (naik 40 sen)
  • RON95 (tanpa subsidi): RM4.27 seliter (naik 40 sen)
  • Diesel (Semenanjung): RM6.72 seliter (naik 70 sen)

BUDI95 Kekal, Had Dikurangkan

Dalam masa sama, kerajaan mengekalkan harga petrol RON95 bersubsidi di bawah program BUDI95 pada RM1.99 seliter sebagai langkah melindungi rakyat daripada kenaikan mendadak kos bahan api.

Namun begitu, bermula 1 April 2026, had kelayakan bulanan BUDI95 sudah diselaraskan kepada 200 liter sebulan sebagai langkah sementara sehingga keadaan bekalan global kembali stabil.

Bagi diesel pula, harga subsidi kekal pada RM2.15 seliter untuk Sabah, Sarawak dan Labuan, termasuk di bawah sistem kawalan bersubsidi sedia ada.

Harga Subsidi:

  • RON95 (BUDI95): RM1.99 seliter
  • Diesel Sabah/Sarawak/Labuan: RM2.15 seliter

Kawalan Ketat Elak Ketirisan

Kerajaan turut memperkenalkan had pengisian diesel bagi mengelakkan ketirisan dan penyeludupan, khususnya di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Antara had ditetapkan:

  • 50 liter: kenderaan ringan
  • 100 liter: kenderaan sederhana
  • 150 liter: kenderaan berat

Selain itu, bantuan tunai tambahan BUDI Diesel sebanyak RM100 diberikan pada April, menjadikan jumlah bantuan RM300 kepada penerima BUDI Individu dan BUDI Agri-Komoditi.

Kerajaan MADANI menegaskan komitmen untuk terus memantau perkembangan global serta memastikan bekalan tenaga negara kekal stabil, di samping melindungi kebajikan rakyat melalui mekanisme subsidi bersasar.

Auto Terkini harga diesel harga ron95 harga ron97 Harga Runcit Produk Petroleum
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    B100 Biodiesel Kini Lebih Murah, Mampu Stabilkan Harga Diesel Negara

    09/04/2026
    Auto Terkini

    Chery Lancar Aplikasi Carlinko untuk Pemilik Kenderaan PHEV

    09/04/2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce, Harga Mula RM700!

    09/04/2026
    Roda4

    Mitsubishi Xforce Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM109,980!

    09/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty โ€“ 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Auto Terkini

    Selangor Laksana BDR Tiga Hari Seminggu Mulai 15 April

    By Shazwan Hisam07/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.