Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Rolls-Royce Sweptail – Model Tempahan Khas, Cuma Satu Seumpamanya di Planet Bumi
Roda4

Rolls-Royce Sweptail – Model Tempahan Khas, Cuma Satu Seumpamanya di Planet Bumi

Abang HirataBy Abang Hirata19/04/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KITA kagum dengan keupayaan hartawan dunia memiliki koleksi kereta yang mahal, eksklusif dan hebat. Namun, golongan hartawan ini pula ada kekaguman tersendiri pada aras lebih tinggi. Selepas memiliki koleksi kereta, azam mereka seterusnya mungkin mahu membeli helikopter, jet peribadi ataupun kapal layar. Ini memang tahap betul-betul kaya!

Menyedari masih ada ruang untuk golongan kaya ini bermain atas jalan raya, Rolls-Royce (RR) telah mempersembahkan model 103EX kepada dunia. Ini bukan model pengeluaran massa kerana RR mahu menunjukkan keupayaan mereka dalam membina kereta tempahan khas mengikut apa dimahukan pelanggan.

Justeru, bisnes yang memang jadi sebahagian RR itu adalah betul apabila Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) RR,  Torsten Müller-Ötvös mempamerkan Rolls-Royce Sweptail kepada media dalam acara Concorso d’Eleganza di Villa d’Este pada 27 Mei lalu.

PROJEK KHAS

Sweptail ialah projek khas dimahukan seorang pelanggan RR dan dihasilkan berasaskan rekaan belakang model RR era 1920-an seperti digemari individu misteri tersebut. Menurut Pengarah Rekabentuk RR, Giles Taylor;

Sweptail adalah ibarat Haute Couture dalam dunia fesyen, direka RR dan dibina dengan tangan mengikut kemahuan pelanggan. Pelanggan itu berkunjung ke House of Rolls-Royce dan berkongsi idea dalam proses kreatif, di mana kami menasihatinya tentang apa yang dimahukan sebelum menghasilkannya.”

Pemilik misteri kereta ini pasti bukan calang-calang individu. Pada 2013, RR dikunjungi seorang pelanggan yang mahukan sesuatu yang berbeza. Dia adalah seorang pengumpul barangan eksklusif, termasuk kapal layar dan jet peribadi hebat.

Dia mahukan RR merealisasikan impiannya untuk memiliki sebuah kereta hebat yang tidak pernah wujud seumpamanya. Apa dimahukan pelanggan istimewa itu adalah sebuah RR yang diilhamkan daripada model era 20 dan 30-an. Beliau mahukan RR dalam bentuk coupé, yakni dua tempat duduk dengan bumbung kaca panoramik luas.

Ilham itu bukan saja datang daripada rekaan awal beberapa dekad lalu, tetapi turut dipengaruhi elemen kapal layar moden dan klasik. Jadi, dalam membina kereta yang satu ini, pereka RR mengambil banyak ilham daripada model-model lama seperti berikut:

  • Phantom I Round Door dibina Jonckheere (1925).
  • Phantom II Streamline Saloon oleh Park Ward (1934).
  • Gurney Nutting Phantom II Two Door Light Saloon (1934).
  • Park Ward 20/25 Limousine Coupé (1934).

Sepanjang tempoh itu, Taylor dan pasukannya banyak berkomunikasi dengan pelanggan tersebut bagi menghasilkan kereta yang diinginkannya. Mereka duduk berbincang dan berkongsi idea yang dikatakan sebagai satu perjalanan intelektual indah. Hasilnya, lahirlah sebuah kereta super mewah dan eksklusif yang diberikan nama Rolls-Royce Sweptail dan berharga RM54 juta!

Rolls-Royce Rolls-Royce Sweptail
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

    21/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam21/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.