Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Ricciardo Menyinar, Duo McLaren Kuasai Podium GP Itali
Auto Terkini

Ricciardo Menyinar, Duo McLaren Kuasai Podium GP Itali

TalibBy Talib13/09/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEPUTUSAN aksi Formula Satu (F1) GP Itali di litar Monza agak mengejutkan apabila pasukan McLaren berjaya memenangi perlumbaan tersebut dengan menjadi pasukan pertama musim 2021 melakukan penamat 1-2.

Daniel Ricciardo kembali ke podium kejuaraan bersama rakan sepasukan, Lando Norris. Ricciardo bermula baik dengan memintas kedudukan pertama Max Verstappen seawal pusingan perlumbaan.

Dia juga berjaya mempertahankan kedudukannya dengan memberikan tekanan kepada Verstappen selaku pencabar dan pendahulu kedudukan kejuaraan dunia F1 musim ini.

BACA >>> McLaren MP4-25A – Jentera F1 Dipandu Hamilton Pada 2010 Ini Dilelong RM27j

Tekanan Persaingan Kejuaraan Dunia

Verstappen yang berjaya menduduki tempat kedua dalam acara Sprint dengan meletakkan 5 mata di depan juara bertahan, Lewis Hamilton yang beranggapan lawannya itu akan mudah memenangi pelumbaan tersebut selepas mendapat petak pertama ‘pole position’ selaku juara Sprint, manakala Valtteri Bottas dikenakan penalti di petak akhir kerana menukar unit kuasa (power unit) sebelum bermula pusingan kelayakan.

Hamilton pula mengalami kesukaran memintas Norris dalam saingan Sprint dengan memulakan perlumbaan di kedudukan keempat. Dia juga tidak mendapat mata tambahan kerana menamatkan kedudukan kelima dalam acara itu.

BACA >>> Hamilton: Aku Tak Faham Kenapa Kereta F1 Makin Berat

Bermula di petak pertama memberikan kelebihan buat Verstappen, tetapi permulaan tidak begitu baik apabila dipintas Ricciardo sebaik saja perlumbaan dimulakan. Dia juga gagal memintas dan hanya berada di belakang Ricciardo sepanjang 23 pusingan sebelum Ricciardo masuk ke hentian pit pertama.

Percubaan Verstappen memintas menyebabkan jenteranya hilang kawalan hingga melanggar dua bonggol di laluan pintas. Ketika itu, dia turut merasakan jenteranya tidak berada dalam kondisi baik.

Hentian Pit dilakukan pada pusingan ke-24 juga tidak selancar biasa disebabkan kesilapan berlaku ketika pemasangan tayar kanan depan. Hentian pit yang perlahan, iaitu 11.1 saat menyebabkan jenteranya berada di belakang satu lagi jentera McLaren.

Hamilton yang berada di belakang Norris akhirnya berjaya memintas jentera McLaren itu di pusingan ke-24 yang memberikan ruang untuk melakukan catatan masa  baik sebelum masuk ke hentian pit di pusingan ke-25.

Hentian pit yang kemas memberikan nya peluang untuk memintas semula jentera Lando Norris. Walaupun begitu, di tidak berjaya untuk memintas Lando Norris tetapi berjaya masuk di hadapan Max Verstappen. Situasi ini tidak diberikan dengan mudah, Max Verstappen terus memberikan tekanan kepada Lewis Hamilton di selekoh pertama dan ketika masuk ke selekoh kedua.

Lewis Hamilton yang kekal di garis laluan perlumbaannya untuk masuk ke selekoh kedua mengakibatkan jentera Max Verstappen yang tidak dihentikan melanggar tepi litar dan melambung keatas jentera Lewis Hamilton. Ini mengakibatkan kedua-dua jentera gagal menamatkan perlumbaan GP Itali pada musim ini. Max Verstappen dikenakan hukuman penalti 3 posisi petak permulaan dan dua mata penalti keatas lesennya. Berita baiknya adalah sekali lagi struktur halo berjaya menyelamatkan pemandu seperti Lewis Hamilton daripada kecederaan.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Jentera F1 Semakin Panjang?

Pengalaman Daniel Ricciardo memberikannya kejuaraan pertama

Kenderaan keselamatan Safety Car yang masuk memberikan peluang semua jentera lumba untuk masuk ke hentian pit. Charles Leclerc juga berjaya berada di kedudukan kedua di belakang Ricciardo dan Safety Car. Ricciardo menggunakan pengalamannya untuk kekal berada di kedudukan depas selepas Safety Car meninggalkan litar di pusingan ke-30.

Dia memandu cukup baik dengan menjuarai perlumbaan kali ini bersama rakan sepasukannya, Norris. Kerjasama antara dua rakan pasukan itu turut membantu kemenangan mereka berdua. Malah, tiada persaingan sesama mereka di kedudukan depan apabila McLaren memberikan isyarat kepada Norris untuk tidak mencabar kedudukan Ricciardo. Lagipun, jarak antara mereka agak besar, sekali gus memudahkan strategi ini diteruskan.

Kali terakhir Ricciardo menjadi juara adalah pada 2018 di GP Monaco.

Kali terakhir Ricciardo menjuarai perlumbaan GP pada 2018 di GP Monaco. Dia juga yakin berjaya menjuarai perlumbaan GP musim ini. Inilah yang berlaku dalam perlumbaan kali ini apabila dia memberikan kemenangan buat McLaren yang sudah lama tidak meraih kejuaraan.

Ini adalah kemenangan membanggakan untuk Ricciardo dan pasukan, termasuk berjaya mencatatkan catatan masa terpantas 1:24:812 untuk tambahan 1 mata.

Cabaran Pelumba Lain

Malang menimpa Hmilton dan Verstappen apabila terbabit kemalangan.

Norris juga memandu baik dengan memintas Charles Leclerc di pusingan ke-31. Leclerc gagal mempertahankan kedudukan apabila dipintas Sergio Perez dan Baltteri Bottas. Perez seakan berjaya meraih kedudukan podium ketiga, tetapi kesilapan terkeluar di selekoh ke-5 ketika memintas Leclerc membuatkan dia dikenakan penalti tambahan masa 5 saat.

Penalti itu menolaknya ke kedudukan kelima dengan memberikan Bottas tempat ketiga. Bottas yang bermula di kedudukan ke-19 berjaya membuktikan dia juga pelumba hebat apabila mendaki 16 posisi sepanjang perlumbaan. Jika dia mampu mempertahankan kedudukan ketiga selepas memintas Perez di pusingan ke-43, pasti dia akan mencabar jentera McLaren.

Persaingan Mercedes dan Red Bull Honda bakal berterusan sepanjang baki pusingan perlumbaan musim ini. Pelanggaran kali ini pasti mencetuskan persaingan lebih sengit antara kedua-dua pasukan berikutan pelbagai siri kemalangan dan kegagalan yang berlaku sebelum ini.

Tahniah buat McLaren yang berjaya memberikan saingan pada perlumbaan kali ini yang memberikan gambaran pasukan itu masih mampu memberikan cabaran pada perlumbaan akan datang.

BACA >>> Red Bull Racing Guna Enjin F1 Ciptaan Sendiri Bermula 2023?

Auto Terkini F1 Formula Satu (F1) Sukan Lumba sukan permotoran
Talib

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    01/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #BIMS2026: BMW iX3 2026 Debut di Bangkok, Jarak 805 km WLTP, Harga Hampir RM450k

    01/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Mitsubishi Xpander HEV 2026 Kini Dengan ADAS, Harga Dari RM114k di Thailand

    01/04/2026
    Lepas L4 tayang di BIMS 2026
    Roda4

    #BIMS2026: Lepas L4 Sasar Segmen SUV Elektrik, Jarak Hingga 450km WLTP

    01/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.