Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Ribuan Porsche, Bentley, Audi Kena Sita Sebab Guna Komponen Dari ‘Barat China’
Auto Terkini

Ribuan Porsche, Bentley, Audi Kena Sita Sebab Guna Komponen Dari ‘Barat China’

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju16/02/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


VOLKSWAGEN Group (VW Group) berdepan masalah serius selepas ribuan kenderaan jenama mewah membabitkan model Porsche, Bentley dan Audi disita di sebuah pelabuhan di Amerika Syarikat (AS), menurut satu laporan.

Tindakan itu dikenakan selepas satu pendedahan bahawa kenderaan tersebut menggunakan satu komponen kenderaan dari China yang dipercayai melanggar undang-undang anti-buruh paksa.

Beberapa sumber yang ada maklumat mengenai perkara itu memberitahu Financial Times bahawa VW Group sebenanrya tidak tahu asal usul komponen tersebut kerana diperoleh menerusi satu pihak pembekal tidak langsung (indirect supplier) dalam rantaian bekalan.

Isu itu terdedah selepas pihak pembekal memaklumkan VW Group tentang perkara itu, membawa kepada penangguhan kiriman kenderaan sehingga akhir bulan Mac ini untuk membolehkan penggantian komponen tersebut.

Financial Times melaporkan VW Group sudah memaklumkan pihak berkuasa AS tentang asal usul komponen tersebut.

Di bawah Akta Pencegahan Buruh Paksa Uighur 2021, produk yang dihasilkan dengan buruh paksa di wilayah Xinjiang di China, antara kawasan lain, adalah dilarang untuk diimport ke AS.

Pada ketika lokasi tepat pembuatan alat ganti itu tidak didedahkan kepada umum, laporan sama menyatakan ia dipercayai berasal dari kawasan ‘barat China’.

Kenderaan yang disita itu termasuk hampir 1,000 unit Porsche, ratusan Bentley dan beberapa ribu Audi.

VW dalam satu kenyataan menjelaskan:

Sebaik kami terima maklumat mengenai dakwaan membabitkan salah satu sub-pembekal, kami menyiasat perkara itu.

“Kami akan mengesahkan fakta dan kemudian mengambil langkah-langkah sewajarnya. Ini mungkin termasuk menamatkan hubungan dengan pembekal jika siasatan kami mendapati berlaku pelanggaran serius.”

VW juga sudah mengirim surat kepada pelanggan terjejas, menjelaskan bahawa komponen bermasalah itu ialah ‘satu komponen elektronik kecil yang merupakan sebahagian daripada unit lebih besar, yang akan digantikan.’

Surat sama tidak mendedahkan lokasi asal usul komponen itu.

VW menerusi satu kenyataan kepada Fox Business:

Kiriman diteruskan, bagaimanapun beberapa penangguhan mungkin berlaku, dengan itu kami memohon maaf. Kami sedang menghubungi setiap pelanggan untuk memastikan mereka dimaklumkan.

Volkswagen amat mengambil serius dakwaan pelanggaran hak asasi manusia, kedua-dua sekali sama ada dalam syarikat dan rantaian bekalan. Sudah tentu ini termasuk sebarang dakwaan berkait buruh paksa.

Apabila kami terima maklumat tentang potensi pelanggaran atau risiko hak asasi manusia, kami akan segera mencari jalan penyelesaian secepat mungkin.

Sebaik sahaja terima maklumat tentang dakwaan berhubung salah satu sub-pembekal, kami segera menjalankan siasatan mengenainya.”

Pengeluar kenderaan Jerman itu sudah memulakan kerja-kerja baik pulih (tukar ganti komponen) kenderaan yang disita di pelabuhan itu tetapi usaha berkenaan mungkin mengambil masa selama beberapa minggu.

SUMBER: CarScoops

Akta Pencegahan Buruh Paksa Uighur 2021 autoterkini Roda4 uyghur Volkswagen Group VW Group
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    15/03/2026
    Honda henti pengeluaran tiga model EV
    Auto Terkini

    Honda Batal Pembangunan Tiga Model EV, Bos Besar Dipotong Imbuhan!

    14/03/2026
    Jetour T2 2026
    Roda4

    SUV Kompak, Jetour T2 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM156,800!

    14/03/2026
    Sukan Permotoran

    Kejuaraan e-Sukan Porsche Malaysia, PESCM 2026 Buka Pendaftaran!

    14/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.