Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»PREVIU: Honda City (2014)
Roda4

PREVIU: Honda City (2014)

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

The All-New City

SELAIN Toyota Vios, tidak salah mengatakan Honda City adalah pemain besar segmen B dalam kategori kenderaan non-nasional. Justeru tidak hairan sejak debut di India pada November tahun lalu, kemunculan sedan ini di pasaran tempatan sangat dinanti-nanti peminat automotif negara ini, terutama fanatik Honda. Malah, 1,800 tempahan sudah dibuat sepanjang pra pelancaran bulan lalu.

Mula diperkenalkan ke pasaran dunia pada 1996, City memberi kegembiraan kepada lebih 2.2 juta pelanggan di 55 negara. City juga menjadi penanda aras buat sedan lain dengan menawarkan keselesaan dan ruang kabin luas, serta teknologi termaju yang sentiasa menjangkau jangkaan pelanggan. Sebagai sedan Honda paling laris, lebih 145,000 unit City berada atas jalan raya Malaysia sejak diperkenalkan pada 2001.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Honda Malaysia, Yoichiro Ueno berkata, City serba baharu adalah model pertama dilancarkan Honda Malaysia tahun ini.

“City menawarkan sofistikasi melalui pakej keseluruhan yang memenuhi keperluan pelanggan dengan menggabungkan penampilan premium, pemanduan mengujakan, keselesaan dan ruang kabin luas bersama ciri keselamatan mendahului kelas.

“Komited menawarkan model mampu milik dan bernilai kepada pelanggan, Honda Malaysia buat pertama kali memperkenalkan empat varian City serba baharu, City S, City S+, City E dan City V,” katanya.

Menurut Ueno, penambahan barisan varian adalah respons kepada maklum balas diterima pelanggan dan kehendak pasaran.

“Rangkaian varian luas memberi peluang kepada pelanggan memiliki sedan global yang ada ciri mendahului kelas, berdasarkan kemahuan mereka,” katanya lagi.

EXCITING H DESIGN

The All-New City Full Front View The All-New City_Exciting H Design

The All-New City_Back The All-New City_Front Side mirror with Turning light The All-New City_Side

City serba baharu dibina berasaskan konsep Exciting H Design, di mana ‘H’ bermaksud tumpuan terhadap manusia (Human Center) yang memberi fokus ke atas pemandu dan penumpang. Bahagian hadapan sedan menampilkan wajah Exciting H Design yang berbentuk ‘solid wing face’, manakala belakang nampak lebar bersama imej premium dan gabungan lampu belakang serta panel plat sepadan. City generasi terbaharu dikuasakan enjin 1.5L SOHC i-VTEC yang pertingkat dengan kuasa maksimum 118hp pada 6,600rpm dan tork, 145Nm (4,600rpm).

Enjin City dipadankan Transmisi Variabel Berterusan (Continuous Variable Transmission-CVT) terkini yang dibangunkan di bawah ‘Earth Dreams Technology Honda dalam usaha menawarkan kombinasi prestasi dan penjimatan bahan api sempurna. Buat pertama kali, City dilengkapi tambahan mod ECON sebagai ciri standard semua varian bagi meningkatkan penjimatan bahan api dengan hanya menekan satu butang sahaja. Falsafah ‘Manusia Maksimum, Mesin Minimum’ (Man Maximum, Machine Minimum) digunakan sebagai asas utama pembangunan kereta ini.

Memberi penekanan terhadap keselesaan premium, City menawarkan ruang kabin luas, terutama bahagian belakang bagi memberikan keselesaan kepada pemandu dan semua penumpang. City turut menawarkan kapasiti but paling luas dalam kelas, iaitu 536L dan mampu memuatkan barang bersaiz besar seperti tiga bagasi besar atau empat bagasi sederhana, beg golf dan kereta sorong bayi, sekali gus memudahkan pemandu dan penumpang ke mana-mana sahaja bersama keluarga atau rakan-rakan.

Malah, sedan ini dilengkapi pelbagai ciri termaju seperti sistem Entri Pintar (Smart Entry – E & V), butang penghidup enjin (E & V), Kawalan Jelajah (Cruise Control) [V], Paparan Audio bersaiz 7 inci dengan fungsi MirrorLink (V), 8 unit pembesar suara (V), Meter Kombinasi Multi Maklumat, ventilator penyaman udara untuk penumpang belakang (E & V), dua jack USB (V), 3 soket kuasa (E & V), 8 tempat letak botol minuman dan kompartmen simpanan barang pintar, Kawalan Telefon Bebas Tangan (S+, E & V) dan Kawalan Pengecaman Suara (V) di stereng yang bersambung dengan sistem infotainmen kenderaan untuk kemudahan di hujung jari.

Dashboard 7inch Display Audio Auto aircon Illuminated meter cluster

Push start button Outstanding legroom for passengers comfort Centre seat cup holder for the passengers Rear Air Conditioning

6 BEG UDARA

Ciri keselamatan terbaik turut menjadi sandaran City dengan menawarkan enam beg udara (V) yang nyata mendahului kelas (termasuk dual beg udara depan SRS, beg udara i-Side & beg udara tirai sisi), Bantuan Stabiliti Kenderaan Assist (VSA – E & V), Bantuan Mula Daki (HSA -E & V), Signal Henti Kecemasan (ESS – E & V] dan ISOFIX.

ISO Fix First-in-class 6 airbags

Lima warna pilihan ditawarkan, Modern Steel Metallic (kelabu), Alabaster Silver Metallic (perak), Taffeta White (putih), Crystal Black Pearl (hitam) dan Brilliant Sporty Blue Metallic (biru). Pembeli juga berpeluang menimati jaminan lima tahun dengan perbatuan tanpa had dan selang servis hingga 10,000km. Lebih menarik, dua pakej aksesori kini boleh dipilih sebagai opsyen pembeli, iaitu Aksesori Tulen Honda (RM1,700) dan Pakej Modulo Honda (RM3,200) kepada mereka yang mahu mengubah suai kenderaan. Honda Malaysia yakin City serba baharu adalah sedan asas ideal di pasaran Malaysia dengan pakej harga menarik.

Berdasarkan populariti, Honda Malaysia meletakkan sasaran jualan 2,500 unit City serba baharu sebulan sepanjang tahun ini. Semua varian ini akan dipasang di kilang milik Honda Malaysia di Melaka. Ueno turut mengumumkan varian CKD hibrid ditambah pada masa akan datang.

New 1.5L SOHC i-VTEC engine of Earth Dream Technology with advanced CVT

SPESIFIKASI
ENJIN 1.5L empat silinder, 16-Valve, SOHC i-VTEC
KUASA MAKSIMUM 118hp@6,600rpm
TORK MAKSIMUM 145Nm@4,600rpm
KELAJUAN MAKSIMUM 190kmj
CIRI ABS, EBD, BA, Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA), Bantuan Mula Daki (HSA), 6 beg udara (V sahaja), badan ACE & G-CON, ISOFIX
HARGA RM75,800 (S) | RM78,800 (S+) | RM83,800 (E) | RM90,800 (V)

USB Port Power outlets in front and rear seats ECON mode Foldable seats

Honda Honda City 2014
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    PHEV

    #KLIMS2026: MG HS Hybrid+ Dipratonton – SUV Segmen-C Bakal Cabar Honda CR-V e:Hev?

    12/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Wuling HuaJing S Dipamerkan Buat Kali Pertama di Luar China

    12/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: TQ Wuling Porta EV Buat Kemunculan Sulung di Malaysia

    12/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    12/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.