Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»#RetroAuto: Suzuki FXR 150 – Pendekar dari Planet Asing yang Terbuang
Roda2

#RetroAuto: Suzuki FXR 150 – Pendekar dari Planet Asing yang Terbuang

ZYBy ZY18/11/20208 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APAKAH motosikal 4-lejang 150cc pertama di Malaysia? Mungkin jawapan yang terlintas dalam fikiran kebanyakan peminat permotoran tempatan ialah Yamaha FZ150i.

Tidak susah diduga, streetbike 150cc sulung Yamaha itu masih dominan di jalan raya sejak dilancarkan Januari 2008, sudah 10 tahun berlalu. Motosikal itu jadi pilihan popular buat mereka yang mahukan jentera berkuasa, dan mampu ditunggang jarak jauh pada harga mampu milik, terutama kalangan penunggang yang kurang berkemampuan memiliki sportbike impian. Ini kerana FZ150i boleh disumpah menjadi sportbike dengan sedikit modifikasi.

BACA >>> Yamaha FZ150i Kurang Ranggi? Sila Bikin Jadi Sportbike, Streetfighter atau Cafe Racer Sekarang!

Tetapi, tahukah anda, sebenarnya ada sportbike 4-lejang 150cc seperti FZ pernah dilancarkan untuk pasaran Malaysia kira-kira 20 tahun lalu? Malah, lebih berkuasa!

SUZUKI FXR 150 – SPORTBIKE 4-LEJANG 150cc SEJATI

Suzuki melalui Lion Suzuki Motor Sdn Bhd pernah melancarkan sebuah sportbike 4 lejang 150cc pada 1997 – tahun di mana telefon bimbit StarTAC (Nokia 3310 belum wujud) menjadi kegilaan anak muda masa itu. Ada juga sesetengah kalangan pembaca masih belum dilahirkan.

Motosikal bernama SUZUKI FXR150 itu didatangkan dalam spesifikasi yang berjaya meletakkan jentera itu pada satu penanda aras tinggi walaupun dibandingkan kebanyakan model 150cc hari ini. Hendak tahu kenapa? Lihatlah dahulu senarai di bawah:


Perhatikan, selain daripada karburetor, spesifikasi di atas sepadan dengan kebanyakan motosikal moden masa kini. Jadi, bagaimana pula jika dibandingkan prestasi model itu dengan motosikal 4-lejang 150cc era moden seperti Yamaha FZ150i, Yamaha Y15ZR dan Honda RS150?


Nah, dengan hamburan kuasa setinggi 20hp, FXR 150 bukan saja mampu menyaingi motosikal 4-lejang 150cc moden, tetapi turut mampu berentap dengan jentera 2-lejang ikonik, Yamaha RX-Z dan 125Z. Malah, hingga kini juga, kuasa setinggi itu masih sukar dicari pada mana-mana motosikal kelas sama, termasuk ciri-ciri unik ditampilkan seperti panel meter digital penuh dan lengan ayun aluminium ‘banana’.

Boleh dikatakan, FXR 150 benar-benar melangkaui zaman.

KENAPA SUZUKI FXR 150 TIDAK POPULAR?

Walaupun dibekalkan kelebihan teknologi superior seperti DOHC, SACS dan TWIRL yang membantu model itu ditunggang pada kuasa maksimum 20hp, kenapakah FXR 150 begitu mudah dilupakan berbanding pesaing lain? Jawapan mudah, Suzuki FXR 150 tidak cukup laju! Memang jawapan yang agak perit, tetapi itulah alasan paling rasional dan tepat jika mengambil kira situasi dan pe’el pembeli motosikal era itu.

Yamaha TZM 150. Raja jalanan suatu masa dahulu.

Sebenarnya, awal milenia ialah zaman motosikal 2-lejang bermaharajalela. FXR 150 pada masa itu terpaksa bergelut dengan kelibat Yamaha TZM 150 yang turun sebagai motosikal 2-lejang 150cc berkuasa 36hp dan mampu dipecut pada kelajuan mencecah lebih 200kmj.

Paling utama, TZM yang dijual pada harga kompetitif sekitar RM9,000, tetapi harga itu jugalah ditawarkan FXR 150, dengan meninggalkan saki baki peminat motor ‘gila’ yang masih berminat membeli sportbike 4-lejang itu.

BACA >>> 10 Motosikal Legenda Suzuki di Malaysia dalam Kenangan

Tambah memburukkan keadaan Suzuki ialah pengaruh Yamaha yang dikuatkan lagi dengan lambakan filem tempatan bertema ‘mat rempit’, di mana watak utama sering menggunakan motosikal Yamaha ikonik, seperti RX-Z dan 125Z. Bagi anak muda yang kekal setia dengan Suzuki, pilihan utama mereka untuk melawan penguasaan motosikal 2-lejang Yamaha pastilah datang daripada barisan model yang sama taraf dan kelas seperti TXR150 / Jerung dan RGV120.

Akibat saingan kuat dan angka jualan yang semakin lesu, memang tidak sukar menduga kenapa Suzuki akhirnya memutuskan menghentikan pengeluaran FXR150 sekitar 2003.

LEGASI

Suzuki GSX-R150

Seiring peraturan piawaian emisi udara yang semakin ketat diperkenalkan Kerajaan, pengeluar motosikal seperti Yamaha dan Honda mula menampilkan motosikal sport/naked 4-lejang 150cc sekitar 2008 menerusi model FZ150i dan CBR 150R sebagai pengganti jentera 2-lejang terdahulu. Rasanya, masih ada kewajaran supaya FXR  diperkenalkan semula sebagai sportbike era moden. Setidak-tidaknya jentera itu hadir pada masa dan situasi yang tepat.

BACA >>> Suzuki GSX-R150 Kini Di Malaysia, Tapi ‘Not For Sale’

Cuba bayangkan Suzuki FXR150 diperkenalkan semula pada 2008, motosikal itu pasti mampu memberikan saingan sengit kepada dua pesaing itu. Dengan desain bergaya sporty, dan teknologi moden seperti panel meter digital penuh, tidak susah meletakkan sportbike 4-lejang 150cc Suzuki itu dalam radar pilihan pembeli Malaysia.

Suzuki Belang dengan rekaan ‘ayago’ gagal menjadi jagoan yang Suzuki harapkan.

Namun, apa yang berlaku agak menghampakan. Suzuki sekali lagi menongkah arus dengan memperkenalkan moped 150cc, Belang R150. Walaupun pada masa itu disebut-sebut sebagai moped 4-lejang paling berkuasa, gaya bentuk ‘ayago’ (asal istilah ayam jagoan dari Indonesia) kelihatan sangat tidak menepati cita rasa kebanyakan penggemar motosikal tempatan yang ketika itu sudah pun tertawan dengan rekaan moped Yamaha LC135.

Pada 2017, dengan pelancaran duo, GSX-R150 dan GSX-S150 pada awal Januari lalu, apakah Suzuki mampu menambat semula hati peminat yang sentiasa mahukan motosikal berkuasa, berkualiti dan juga mampu milik berjenama tersebut?

KREDIT FOTO: Nurman Arifin

fxr150 motosikal motosikal legenda Suzuki motosikal Suzuki Retro Auto roda2 sportbike streetbike Suzuki suzuki belang Suzuki FX125 Suzuki FXR150 yamaha fz150
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Triumph Trident 660, dan Tiger Sport 660 terima perubahan besar 2026
Roda2

Triumph Trident 660, Tiger Sport 660 Terima Perubahan Besar 2026

07/02/2026
LS2 OF628 Compass
Aksesori

LS2 Lancar Helmet OF628 Compass, Harga Mula RM388

08/02/2026
Aksesori

But Menunggang LS2 Torrent Waterproof Boots Rasmi Lancar, Harga RM369

08/02/2026
LS2 lancar sarung tangan LS2 Dart II EVO dan LS2 Chaki EVO
Aksesori

Sarung Tangan LS2 Chaki EVO dan LS2 Dart II EVO Lancar, Harga Mula RM89!

08/02/2026

8 Comments

  1. Sieraju on 13/10/2017 22:52

    Salah satu sebab utama motosikal shzuki kurang sambutan kerana masalah spare part yang sukar didapati. Kalau nak, kena order .Tu pengalaman saya dengan smash fd110 yg mana motor tu akhirnya jadi besi buruk. Dan yang utama motor suzuki tak laju. Kalau laju pasti jadi kegilaan spt motor rg110. Model itu jatuh apabila yamaha kelyarkan ss110 racing spirit.

    Reply
  2. Kamal Aziz on 13/10/2017 23:35

    Kredit kpd Norman

    Reply
  3. Kasim on 14/10/2017 07:58

    Sebenarnya FXR150 ni di R&D sepenuhnya di suzuki assemblers malaysia. Pada masa tu bersama2 suzuki fx125. Enjin DOHC moto2 ininpun pada masa itu hanya dibuat di malaysia. Semasa mula2 suzuki satria dibuat di indonesia pun (sini panggil suzuki belang), enjin diimport dari malaysia. Senang cerita oleh kerana kegagalan FXR150 yang canggih inilah yang menyebabkan kejatuhan suzuki assemblers, sehingga kilangnya telah ditutup.

    Reply
  4. Kasim on 14/10/2017 08:01

    Oh ya,

    Walaupun sekarang sibuk budak2 muda membeli yamaha y125zr edisi telefonica movistar, pada tahun 90an suzuki telahpon mengeluarkan warna telefonica movistar, warna biru kuning FXR150. Warna ini sama dgn warna suzuki motogp tunggangan kenny roberts jr pada zaman itu.

    Reply
  5. gc on 14/10/2017 12:18

    thanks for bringing up this fxr150
    i owned fxr 150 silver color
    it had serial number first eleven bike produced
    i really loved suzuki
    fxr150 was my first suzuki
    now i still ride suzuki and latest model in house bought last year was ADDRESS scooter

    Reply
  6. Saiful on 22/02/2019 00:47

    Suzuki kalau nak laku keras keluarkan balik model fx125 dan belang 150 bentuk baru seperti yamaha sesuai dgn peredaran masa,dulu keluar x kena masa,zaman tu 2 lejang pilihan penunggang

    Reply
  7. Kamarul on 17/03/2019 20:46

    Aku masih menunggang FXR150 sebelum ini pernah miliki jerung , TXR 150 atau Gamma dan Belang
    Usia FXR150 dah pun melebihi 20 tahun tunggu suzuki nak masuk baru sampai kucing beranak unta la jawabnya
    So… baik upgred kpd cc besar terus spt XJ6 ke Aprilia Shiver ke kan

    Reply
  8. MatSob on 23/07/2019 11:10

    kalau sparepart + eksesori senang dapat, jangan risau la bab jualan kat Malaysia, dua benda tu faktor utama. kalau jual moto. Ni sproket pun payah cari, macamana orang nak beli. Motor cub ni beli nak pakai hari-hari. Lain la beli Aprillia ka, Ducati ka, memang pakai ujung minggu ja, takpa la tersadai lama pun tunggu sparepart. Harap SUZUKI fikir dulu bab sparepart & Eksesori kalau nak bertahan lama kat pasaran Malaysia.

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie05/02/2026
Roda2

CFMoto 250 Dual 2026 Rasmi Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM9,888!

By Syafie03/02/2026
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Auto Terkini

Gong Xi Eid Bersama EON: Rebat hingga RM58k, Faedah Rendah dan Pelbagai Hadiah Menanti Tiga Hari Sahaja!

By Han Othman05/02/2026
Morbidelli N125V 2026
Roda2

Morbidelli N125V 2026 dengan Enjin V-Twin 125cc, Frem Trellis dan Monoshock

By Abang Hirata04/02/2026
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
Auto Terkini

JPJ Henti Keluar Slip LKM (Road Tax) Bercetak Kenderaan Persendirian 1 Februari Ini

By Syafie26/01/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Dedah Empat Model SUV Bakal Dilancar Tahun Ini

By Syafie03/02/2026
Jamil Manan Supri | Pengasas dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya serta Sukan Permotoran, Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR),
Auto Terkini

Pakar: ‘Lane Hogger’ Punca Jalan Sesak, Boleh Kena Denda RM2,000

By Syafie26/01/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.