Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»#RetroAuto: Pontiac Ghost Car (1939) – Kereta Plexiglass Pertama yang Lut Sinar
Roda4

#RetroAuto: Pontiac Ghost Car (1939) – Kereta Plexiglass Pertama yang Lut Sinar

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju25/06/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PONTIAC GHOST CAR ialah kereta lut sinar penuh pertama di Amerika Syarikat (AS) yang menempah nama dalam sejarah automotif Negara Uncle Sam itu.

Badan kereta itu dibina berasaskan casis Pontiac Deluxe Six (1939) yang menggunakan kaca Plexiglass, iaitu material plastik yang dicipta pada abad lalu dengan ciri lut cahaya, kalis derai, fleksibel dan kuat. Misterinya, ‘kereta hantu’ itu masih wujud sampai sekarang walaupun tiada pemandu yang cukup berani memandu di jalan raya.

BACA >>> Peminat Fanatik Knight Rider Ini Hasilkan K.I.T.T. Paling Sempurna

Idea mencipta Ghost Car timbul semasa General Motors (GM) membuat persediaan untuk Pesta Dunia New York (NYWF) 1939-1940. Pada masa sama, industri automotif sedang berkembang yang mana setiap isi rumah kelas pertengahan pada masa itu memiliki sekurang-kurangnya sebuah kereta di rumah.

GM juga mahu meningkatkan jualan kenderaan dan pengeluar itu sedang mencari sesuatu untuk dibawa ke pameran berkenaan, iaitu sesuatu yang belum pernah disaksikan sebelum ini.

Pereka, Norman Bel Geddes dan artis, Dean Cornwall dipanggil GM dan diberikan tugasan khas: pameran ‘Highways and Horizons’. Di sini timbul pula percanggahan iaitu siapa sebenarnya membina kereta tersebut?

Versi rasmi ialah GM menguruskan semua perkara, tetapi ada percaya kereta tersebut melibatkan kerjasama antara Fisher Body Co dan Rohm and Haas, iaitu syarikat kimia yang memperkenalkan Plexiglass ke pasaran.

Hasil binaan terbukti menakjubkan dengan casis Pontiac Deluxe Six menggunakan badan Plexiglass sepenuhnya. Semua skru dan nat kereta disalut krom, manakala papan pemuka, kabel dan getah mounting berwarna putih untuk dipadankan dengan tayar U.S. Royal Tires. Di sebalik badan lut sinar, kelihatan beberapa struktur pada casis berwarna tembaga.

BACA >>> #BikinMotor: Smoked Garage Ghost – Triumph Speed Triple Jadi Roadster Eksotik

Satu kenyataan dalam siaran akhbar 1939 menyebut;

Sebuah kereta lut cahaya, model pertama dibina di AS, adalah bahan pameran paling menonjol di ruang reruai Divisyen Fisher di bangunan GM Highways and Horizons di Pesta Dunia New York.

Kereta ini dicipta untuk mempamerkan ruang dalaman rigid dengan beberapa ciri lain lengkap seperti cermin tingkap boleh turun-naik, dan pintu boleh buka-tutup.”

Objektif pembinaan kereta luar biasa itu ada dinyatakan dalam siaran akhbar sama: ‘Satu pandangan mengenai nilai-nilai tersembunyi di sebalik binaan kereta Pontiac.’

Ghost Car menjadi topik perbuatan kumpulan penggemar kereta dan komuniti automotif selama bertahun-tahun selepas kereta tersebut ditayangkan kepada umum.

MISTERI GHOST CAR II

Pontiac Torpedo Eight (1940)

Pada 1940, Ghost Car menerima sentuhan naik taraf bahagian depan dan gril dengan anggota famili baharu. Replika kereta hantu kedua ini turut menggunakan Plexiglass, tetapi kali ini berasaskan casis Pontiac Torpedo Eight. Kereta ini pernah muncul di Golden Gate Exposition pada 1940 di Treasure Island, Teluk San Francisco.

Malangnya, Ghost Car II tiba-tiba ghaib entah ke mana, sebaliknya Ghost Car I kekal selamat. GM kemudian membenarkan Ghost Car I dipamerkan di Institusi Smithsonian bermula 1942 hingga 1947 sebelum dialih keluar kerana tidak lagi dianggap bahan menarik atau baharu dijadikan pameran.

Kereta berkenaan dihantar kepada pelbagai wakil pengedar Pontiac seluruh AS dan berakhir sebagai sebahagian koleksi persendirian.

Pada 2011, Ghost Car I muncul dalam satu acara lelongan RM Sothebyโ€™s sebelum berpindah tangan ke pemilik baharu dengan bayaran AS$308,000 (RM1.3 juta) yang dijual sebagai kereta pameran kerana tiada nombor pengenalan kenderaan (VIN).

Perbatuan Ghost Car I ketika itu menunjukkan catatan perjalanan 138km sahaja yang membuktikan kereta tersebut tidak pernah dipandu. Kondisi kereta ketika dilelong dikhabarkan mengalami sedikit kecacatan seperti kesan retak dan lusuh yang minimum, manakala saluran bahan api perlu ditukar.

Satu lagi persoalan belum dijawab, siapakah sebenarnya menanggung kos Pontiac Ghost Car yang dianggarkan berharga AS$25,000 (RM106,975), iaitu nilai yang agak besar pada era itu? Apapun, pelaburan tersebut berjaya membantu GM menempa nama dalam sejarah automotif AS sebagai pengeluar pertama menghasilkan kereta lut sinar penuh di AS.

BACA >>> General Motors (GM) Hasilkan Transmisi 3 Klac dengan 11-Kelajuan

GALERI

SUMBER: AutoEvolution

General Motors (GM) Pontiac Pontiac Deluxe Six (1939) Pontiac Ghost Car Pontiac Ghost Car (1939) RM Sotheby's Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lynk & Co GT Concept Time To Shine, Tampil Anggun dan Bergaya

    01/05/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    30/04/2026
    PHEV

    #AutoChina2026: Jetour G700 Bakal Masuk Tahun Depan? Harga Anggaran RM250,000

    29/04/2026
    PHEV

    #AutoChina2026: Jetour T2 di China Ada Versi Hibrid, Bakal Masuk Malaysia?

    29/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei โ€“ Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Keeway RKR250 2026
    Roda2

    Sportbike 250cc Keeway RKR250 2026 Masuk Malaysia, Harga RM13,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Roda2

    Ikon Superbike Dengan Warna Baru dan Edisi Khas – Suzuki Hayabusa 2026

    By Shazwan Hisam23/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Roda2

    Morbidelli T252X Masuk Malaysia, 33.5 HP, 20 Nm, Dari RM16,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.