Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Renault Kiger 2026 Lancar di India dengan Pilihan Enjin 1.0L NA, Turbo!
Roda4

Renault Kiger 2026 Lancar di India dengan Pilihan Enjin 1.0L NA, Turbo!

Abang HirataBy Abang Hirata01/09/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

RENAULT melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) terbaharu Renault Kiger untuk pasaran India selepas rakan sekutu Nissan turut menawarkan SUV kompak Nissan Magnite.

Dibangunkan berasaskan falsafah rethink performance, SUV subkompak itu menawarkan gabungan prestasi mantap, kecekapan bahan api dan nilai luar biasa.

Dijana enjin turbo berkuasa 100hp, Renault Kiger baharu itu datang dengan lebih 35 penambahbaikan. Model tersebut diperbaharui dengan rekabentuk lebih berani, teknologi pintar, dan integrasi keselamatan dipertingkat.Emotion.

Rekabentuk, Ciri Utama

Rekabentuk Renault Kiger berasaskan prinsip emosi ‘Express’ yang menampilkan rupa depan l menyerlah dengan identiti Renault baharu, bentuk mantap selain plat skid depan dan belakang lebih besar untuk mengukuhkan daya tarikan SUV.

Selain itu, model tersebut menampilkan warna baharu eksklusif Oasis Yellow (kuning) yang mempunyai rawatan mica khas, dan dipadankan gril hitam reflektif, plat skid kelabu metalik, rim aloi sporty, bumbung dwi-tona, dan elemen grafik tersendiri.

Lencana TURBO turut menambah aura SUV kompak berkenaan.

Renault Kiger baharu tersedia dalam tujuh warna:

  • Oasis Yellow (kuning, warna baharu)
  • Shadow Grey (kelabu, warna baharu)
  • Radiant Red (merah)
  • Caspian Blue (biru)
  • Cool Ice White (putih)
  • Moonlight Silver (perak)
  • Stealth Black (hitam)

Platform, Prestasi

Renault Kiger baharu dibina berasaskan platform CMFA+ ringan yang menjadikan model itu lincah dan responsif. SUV tersebut menawarkan ruang kabin luas dengan ruang lutut belakang, ruang simpanan dalaman, dan ruang but terbaik dalam segmen.

Renault Kiger dilengkapi tiga mod pemanduan: Eco, Normal, dan Sport, yang disesuaikan dengan pelbagai keperluan pemanduan.

Enjin turbo menghasilkan output kuasa 100hp dan tork 160Nm. Pilihan enjin biasa juga tersedia, iaitu berkuasa 72hp dan tork 96Nm. Kedua-dua enjin tersedia untuk bahan api E20 (campuran petrol dan etanol).

Ada tiga pilihan transmisi:

  • Manual 5-kelajuan
  • Manual automatik (AMT) Easy-R AMT
  • Automatik CVT X-Tronic CVT dengan teknologi D-Step yang menghilangkan kesan rubber-band dengan anjakan mirip gear, yang meningkatkan respons dan sensasi pertukaran gear.

Teknologi Mirror Bore Coating digunakan untuk mengurangkan geseran dalam silinder enjin, sekali gua meningkatkan ekonomi bahan api dan ketahanan enjin.

Keselesaan, Teknologi

  • Tempat duduk depan berliang udara
  • Balutan kerusi kulit tiruan leatherette
  • Penyaman udara belakang
  • Sistem kamera HD paparan pelbagai sudut untuk memudahkan pengendalian
  • Lampu depan automatik dan wiper cermin dengan sensorhujan
  • Unit infotainment skrin sentuh 8 inci dengan konektiviti Android Auto dan Apple CarPlaywayarles
  • Sistem bunyi keliling Arkamys 3D dengan enam pembesar suara
  • Kotak papan pemuka dengan penyejuk
  • Port USB
  • Sistem amaran Belongings Take Away

Keselamatan

  • Enam beg udara sebagai standard (depan, sisi, dan tirai)
  • Program Stabiliti Elektronik (ESP)
  • Sistem Kawalan Traksi (TCS)
  • Bantuan Mula Daki (HSA)
  • Tali keledar 3-poin setiap kerusi
  • Pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX
  • Struktur badan kukuh daripada platform CMFA+
  • Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS)
  • Perlindungan pejalan kaki
  • Paparan kamera pelbagai sudut
Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Renault Renault India Renault Kiger Renault Kiger 2026 SUV segmen-B SUV subkompak
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Volvo panggil balik Vovlvo EX30, masalah bateri overheating.
Auto Terkini

Pek Bateri Panas Lampau, Volvo Thailand Panggil Balik 1,668 Unit EX30

04/03/2026
Nissan Serena e-POWER C28
HEV

Nissan Serena e-POWER C28 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM154,800!

04/03/2026
Kit trek, dan ekzos M Performance untuk BMW M2, dan BMW M2 CS
Bikin Auto

#BikinAuto: Kit Trek, Ekzos M Performance untuk BMW M2, dan BMW M2 CS

04/03/2026
Leapmotor B05 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor B05 2026 – Hatchback EV Kompak Tayang di Brussels Autosalon

03/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
Anthony Loke-Siew Fook | Tonto
Auto Terkini

MOT Sokong SPRM Tahan Penguat Kuasa Terlibat Kartel Tonto

By Syafie04/03/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

By Shazwan Hisam27/02/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.