Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Renault Group, Geely Meterai Kerjasama Tubuh Syarikat Teknologi Hibrid, ICE Kecekapan Tinggi
Auto Terkini

Renault Group, Geely Meterai Kerjasama Tubuh Syarikat Teknologi Hibrid, ICE Kecekapan Tinggi

Abang HirataBy Abang Hirata26/07/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SATU lagi perkongsian Eropah dan Asia dijalinkan antara Renault dan Geely yang dijangka menjadi pembekal kepada pelbagai jenama kedua-dua kumpulan tersebut.

Susulan perjanjian rangka kerja diumumkan pada November 2022, Geely Holding Group (Geely Holding), Geely Automobile Holdings Limited (Geely Auto) dan Renault Group pada 11 Julai menandatangani perjanjian kerjasama (JV) 50:50 bagi menubuhkan syarikat teknologi trenkuasa baharu.

Syarikat itu mensasarkan membangun, mengeluar dan membekal trenkuasa hibrid terbaik dalam kategori dan enjin pembakaran dalaman (ICE) kecekapan tinggi.

Bukan saja Eropah dan Asia, Aramco yang menjadi gergasi minyak dan gas dari Arab Saudi sudah menandatangi surat hasrat dengan Renault dan Geely pada 2 Mac lalu serta kini sedang menilai membuat pelaburan strategik dalam syarikat baharu berkenaan.

Pelaburan Aramco dapat menyokong perkembangan syarikat dan menyumbang kepada bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) utama dalam solusi bahan api sintetik dan teknologi hidrogen masa depan.

Bahan api sintetik, terdiri daripada e-fuel dan hidrogen adalah sebahagian solusi nyah karbon dalam industri automotif, termasuk kenderaan ICE hari ini. JV tersebut akan diterajui bersama antara Renault Group dan Geely seperti berikut:

  • Jumlah ahli lembaga sama rata bagi membuat dan melaksana strategi dan menetapkan arah JV.
  • Organisasi awal akan meneruskan perniagaan sedia ada dengan dua pusat operasi di Madrid (Renault Group) dan Hangzhou (Geely).
  • Pasukan eksekutif akan ditempatkan di ibu pejabat syarikat baharu dan dirancang ditubuhkan di Britain untuk menyatukan operasi, membina sinergi dan menentukan rancangan masa depan.
  • Renault Group dan Geely akan memindahkan harta intelek (IP) kepada pusat operasi bagi membolehkan bergerak sepenuhnya secara autonomi dalam membangunkan teknologi trenkuasa masa depan.
  • Syarikat baharu dijangka membekalkan kepada pelbagai pelanggan industri seperti Renault Group, Geely Auto, Volvo Cars, Proton, Nissan, Mitsubishi Motors Company dan PUNCH Torino.
  • Pada masa depan, syarikat berkeupayaan membekal penyelesaian lengkap (end-to-end) dalam bidang teknologi trenkuasa kepada jenama pihak ketiga dan mengalukan rakan kerjasama untuk mengukuhkan rantaian nilai.

Bergantung undang-undang dan peraturan, Geely Auto dan Renault akan memasuki perjanjian perolehan jangka masa panjang daripada JV tersebut untuk ICE, hibrid dan trenkuasa hibrid plug-in (PHEV) untuk enjin dan transmisi, bagi kenderaan penumpang.

Tambahan, Renault akan membeli trenkuasa daripada JV untuk kenderaan komersial ringan dan pembangunan bateri hibrid.

BACA >>> Geely Holding Jual Lebih 2.3 Juta Kenderaan Sepanjang 2022, Termasuk Proton!
BACA >>> Renault, Nissan Perkukuh Kerjasama di India, 6 Model Baharu Bakal Lancar, 2k Peluang Kerja!

Geely Geely Auto Geely Automobile Holdings Limited (Geely Auto) Geely Holding Geely Holding Group (Geely Holding) Renault Renault Group
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Syarat MITI Terhadap BYD Cetus Kebimbangan, Pelaburan Di Perak Terjejas?

    17/04/2026
    Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
    Auto Terkini

    Pakar: Harga Bahan Api Naik Mampu Percepat Peralihan EV

    17/04/2026
    Auto Terkini

    JPJ Tawar Nombor Pendaftaran ‘P-P’ Sempena Ulang Tahun ke-80!

    17/04/2026
    Jetour T2 RHD
    Auto Terkini

    Jetour T2 Catat Lebih 4,000 Unit Tempahan di Malaysia

    17/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    By Syafie14/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    By Abang Hirata13/04/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Aveta Serra 125 2026
    Roda2

    Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

    By Syafie13/04/2026
    Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
    Aksesori

    MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

    By Abang Hirata10/04/2026
    Guru terlanggar pelajar SMK Tanjung Mas
    Auto Terkini

    Guru Direman Dua Hari Kes Rempuh Pelajar dalam Kawasan Sekolah

    By Han Othman13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.