Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Red Bull Malaysia, KYT Malaysia Lancar Helmet Edisi Terhad Sempena GP Malaysia 2025
Aksesori

Red Bull Malaysia, KYT Malaysia Lancar Helmet Edisi Terhad Sempena GP Malaysia 2025

Han OthmanBy Han Othman12/02/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Helmet edisi khas KYT x Red Bull - KYT TT-Revo

SEMPENA PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2025 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), TCP Red Bull Malaysia mengukuhkan lagi kedudukan dalam arena sukan permotoran melalui kolaborasi eksklusif bersama jenama helmet motosikal berprestij antarabangsa, KYT Helmet.

Kolaborasi itu bukan sekadar memperkenalkan produk baharu, tetapi turut berfungsi sebagai penghargaan kepada komuniti peminat sukan permotoran di Malaysia yang menjadi nadi kepada semangat dan tenaga di sebalik dunia perlumbaan.

Perpaduan Semangat, Gaya Permotoran

Logo Red Bull
Logo KYT Helmet

Ketua Pemasaran TCP Red Bull Malaysia, Adelene Tay berkata, kerjasama ini melambangkan usaha Red Bull untuk mendekati komuniti peminat dan pelumba tempatan yang menjadikan sukan permotoran sebahagian gaya hidup.

Hubungan kami dengan dunia permotoran adalah mengenai semangat, tenaga dan komuniti. Melalui kerjasama bersama KYT, kami ingin meraikan peminat yang sentiasa menyokong kami di setiap selekoh dan garisan penamat,” katanya.

Helmet edisi khas KYT x Red Bull - KYT TT-Revo
KYT TT-Revo
Helmet edisi khas KYT x Red Bull - KYT TT-Revo

Sementara itu, Pengarah MKA Group, iaitu pengedar rasmi helmet KYT di Malaysia, Doc Dol pula berkata, kolaborasi ini menggambarkan kesepaduan nilai antara KYT dan Red Bull, iaitu keberanian, ketepatan dan semangat untuk terus maju.

Koleksi ini direka untuk peminat dan penunggang motosikal yang mahu menonjolkan identiti sebagai sebahagian daripada budaya perlumbaan.

“Kami berharap kerjasama ini membuka jalan untuk lebih banyak inisiatif menarik pada masa akan datang,” katanya.

Dua Helmet Edisi Terhad: TT-Revo dan TTR-Jet

Helmet edisi khas KYT x Red Bull - KYT TT-Revo
KYT TT-Revo
Helmet edisi khas KYT x Red Bull - KYT TTR-Jet
KYT TTR-Jet

Kolaborasi itu memperkenalkan dua helmet rekaan edisi terhad pada harga berikut:

  • KYT TT-Revo (muka-penuh) – RM719, direka untuk perlindungan maksimum dan prestasi litar
  • KYT TTR-Jet (muka-terbuka) – RM499, menawarkan keselesaan serta gaya santai untuk kegunaan harian

Kedua-dua model menampilkan rekaan eksklusif Red Bull x KYT, diilhamkan daripada semangat kelajuan, tenaga dan keberanian yang menjadi DNA kedua-dua jenama itu.

Peminat yang hadir ke PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2025 akan menjadi antara terawal memiliki helmet berkenaan. Selepas acara tersebut, produk itu tersedia di pengedar sah KYT seluruh Malaysia, yang didatangkan dengan produk Red Bull percuma, sementara stok masih ada.

Komitmen Berterusan dalam Dunia Permotoran

Sebagai jenama minuman tenaga terkenal dunia, TCP Red Bull terus komited menyokong pembangunan sukan permotoran negara daripada pelumba muda peringkat akar umbi hingga pentas profesional.

Kolaborasi bersama KYT menjadi simbol gabungan tenaga dan inovasi dalam meraikan semangat peminat yang tidak pernah luntur terhadap dunia dua roda

Helmet edisi khas KYT x Red Bull - KYT TTR-Jet
KYT TTR-Jet
Helmet edisi khas KYT x Red Bull - KYT TT-Revo
Helmet edisi khas KYT x Red Bull - KYT TT-Revo
Helmet edisi khas KYT x Red Bull - KYT TT-Revo
Helmet edisi khas KYT x Red Bull - KYT TT-Revo
KYT TT-Revo
Helmet edisi khas KYT x Red Bull - KYT TT-Revo
Helmet edisi khas KYT x Red Bull
Logo Red Bull
Logo KYT Helmet
aksesori helmet KYT KYT Helmet Litar Antarabangsa Sepang (SIC) PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2025 Red Bull TCP Red Bull Malaysia
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Toyota Alphard Spacious Lounge 2026 Dilengkapi Yamaha Performance Damper

11/06/2026
Auto Terkini

Ducati Desmo450 EDS Diperkenalkan, Motosikal Enduro Pertama Ducati

10/06/2026
Roda2

#MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

09/06/2026
Roda2

#MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

09/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

#MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

By Syafie09/06/2026
Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
Roda2

#MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

By Syafie09/06/2026
Auto Terkini

Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

By Abang Hirata16/06/2026
Roda2

#MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

By Syafie09/06/2026
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

By Abang Hirata11/06/2026
Auto Terkini

Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

By Syafie15/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

By Abang Hirata08/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

By Syafie12/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.