• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Range Rover (2018) Versi Facelift Diperkenal dengan Varian Plug-In Hibrid

Range Rover (2018) Versi Facelift Diperkenal dengan Varian Plug-In Hibrid

October 11, 2017 By Azhan O 1 Comment

FacebookTwitter


SELEPAS foto bocor, Land Rover tidak mengambil masa lama untuk mendedahkan Range Rover (2018) pada hari sama. Sekali pandang, model kenderaan utiliti sukan (SUV) premium itu menampilkan rupa depan baharu dengan gril rekaan semula, dan turut didatangkan dengan lampu utama LED laser-piksel dan lampu belakang baharu.

Perubahan ketara dapat dilihat pada ruang kabin apabila pasukan pereka Land Rover menambah sistem infotainment Touch Pro Duo baharu yang terdiri daripada paparan skrin sentuh 10-inci. Range Rover baharu ini turut dibekalkan kerusi depan elektrik 24-tetapan, suis gear diperbaharui dan panel pintu dikemas kini.

BACA >>> Range Rover Evoque Landmark Edition Sambut Jualan ke 600k, Model Land Rover Paling Laris

Kerusi belakang juga tampil baharu yang boleh disandarkan hingga 40 darjah, termasuk opsyen 25 program urutan berbeza. Ini termasuk kluster instrumen digital 12-inci, hotspot Wi-Fi 4G dan beberapa palam USB untuk tujuan mengecas peranti pintar.

HIBRID PLUG-IN

Range-Rover-2018-34
Range-Rover-2018-33
Range-Rover-2018-29

Di bawah bonet tersimpan trenkuasa hibrid plug-in bersesaran 2.0L empat-silinder petrol, motor elektrik dan pek bateri litium-ion 13.1 kWh. Talaan dibuat membolehkan SUV berkenaan menghasilkan output kuasa maksimum 398hp, dan tork 640Nm. Dari segi prestasi, Range Rover itu mampu memecut 0-100kmj sepantas 6.4 saat dengan kelajuan maksimum 220kmj serta mampu bergerak sejauh 51km menggunakan bekalan elektrik tunggal.

BACA >>> Range Rover Evoque (2016) Lancar di Malaysia, Harga RM430,000

Buat pelanggan yang mahukan sesuatu yang lebih berkuasa, mereka boleh memilih pakej naik taraf SVAutobiography Dynamic dengan enjin supercas 5.0L V8 berkuasa 557hp dan tork 700Nm bersama pecutan 0-100kmj, 5.1 saat!

GALERI

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Land Rover, Land Rover Range Rover (2018), Range Rover (2018), Roda4, SUV, SUV mewah, SUV saiz penuh mewah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my