Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Ralliart Kembali! Perkenal Model Edisi Khas Triton, Pajero Sport!
Roda4

Ralliart Kembali! Perkenal Model Edisi Khas Triton, Pajero Sport!

Abang HirataBy Abang Hirata28/12/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PEMINAT permotoran yang membesar era 80-90-an pasti masih mampu mengingati kehebatan Ralliart sebagai jenama prestasi daripada Mitsubishi Motors Corporation (MMC).

Ralliart ialah jenama ikonik buat MMC dengan menempa banyak kejayaan dalam Kejohanan Rali Dunia (WRC) dan Rali Dakar. Malah status jenama itu di Malaysia juga cukup kuat dan semacam jadi kewajipan mana-mana model Mitsubishi dilekatkan pelekat Ralliart pada cermin depan.

BACA >>> #PanduUji: 7 Sebab Kenapa Mitsubishi Triton Antara Trak Pikap Terbaik di Pasaran!
BACA >>> Mitsubishi Tamatkan Pajero di Jepun, Perkenalkan Model Selamat Tinggal, Final Edition

Selain komponen prestasi, ada juga model edisi khas seperti Lancer Sportback Ralliart keluaran 2008. Di pasaran tempatan, model berunsurkan Ralliart seperti Lancer Sportback RA Edition dan Triton RA Edition pernah ditawarkan pada 2011.

Selepas lama tanpa khabar, peminat Mitsubishi kini tertanya-tanya mengenai kemunculan semula Ralliart. Persoalan itu terjawab apabila Mitsubishi pada Mei tahun ini mendedahkan bakal melancarkan aksesori khas, termasuk menyertai semula acara sukan permotoran serata dunia.

PERKENAL DUA MODEL RALLIART

Malah, jawapan lebih konkrit kini sudahpun tersedia apabila Mitsubishi memperkenalkan Triton Ralliart dan Pajero Sport Ralliart pada 30 November lalu di Bangkok, Thailand. Mitsubishi mendakwa itu ialah model pertama dalam menghidupkan semula jenama Ralliart.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MMC, Takao Kato berkata, keputusan menghidupkan semula jenama Ralliart dimulakan dengan edisi khas di Thailand dan Mitsubishi selepas ini bakal memperkenalkan lebih banyak produk.

Asasnya, kedua-dua edisi Triton dan Pajero Sport Ralliart tampil dengan aksesori dan komponen khas tanpa perbezaan pada prestasi atau pengendalian.

Berikut ciri Mitsubishi Triton dan Pajero Sport Ralliart:

  • Tampil istimewa dengan grafik khas warna merah, perak dan hitam.
  • Paling menyerlah ialah penghadang lumpur merah dengan logo Ralliart sebagai aksesori popular buat peminat model rali Mitsubishi.
  • Lagi perbezaan ialah gril dan rim hitam, manakala bahagian dalaman dilengkapi karpet kaki dengan aksen merah dan lencana Ralliart.
1. Mitsubishi Triton Ralliart

  • Diasaskan Triton Club Cab (Mega Cab) dan Double Cab jenis rendah (low rider).
  • Enjin 2.5L diesel turbo dengan transmisi manual 5-kelajuan.
  • Warna hitam untuk cermin sisi, bampar, pemegang pintu sisi dan belakang.
  • Kemasan bampar depan merah.
  • Bedliner dengan logo Ralliart.
  • Ada dua pilihan warna: dwi-tona putih dengan bumbung hitam, dan Jet Black Mica (hitam).
2, Mitsubishi Pajero Sport Ralliart

  • Diasaskan daripada varian Pajero Sport 2.4 GT Plus.
  • Kemasan bampar depan dan belakang merah dengan lencana Ralliart.
  • Komponen hitam untuk model dwi-tona seperti gerbang roda, rel bumbung, antena sirip yu dan spoiler.
  • Ada dua warna pilihan: dua White Diamond (putih) dengan bumbung hitam dan Jet Black Mica (hitam).

Apa ditampilkan MMC adalah sedikit sahaja kehebatan Ralliart dan sebagai permulaan kepada usaha menghidupkan semula jenama ikonik tersebut. Setidak-tidaknya ada juga sedikit buah tangan daripada Ralliart.

BACA >>> Mitsubishi Airtrek EV (2022), Tiada Lagi Turbo, Kini Guna Bateri!
BACA >>> Mitsubishi No 3 dalam Kajian Kualiti Awalan JD Power di Amerika!

Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Mitsubishi Mitsubishi Pajero Mitsubishi Pajero Sport Mitsubishi Pajero Sport Ralliart Mitsubishi Triton Mitsubishi Triton Ralliart RALLIART Roda4 SUV Trak pikap
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    BYD Dolphin Cargo e-Van Di UK, EV Kompak Jadi Kenderaan Komersial!

    29/05/2026
    Auto Terkini

    Ferrari Luce: 4 Motor Elektrik, 1,050 ps, Jarak 530 km dan Kelajuan 310 km/j

    26/05/2026
    John Cena beli Honda Prelude
    Auto Terkini

    John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

    25/05/2026
    Chery Tiggo 9
    Roda4

    Chery Tiggo 9 Previu di Malaysia, Harga Anggaran Bawah RM189,000

    22/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    John Cena beli Honda Prelude
    Auto Terkini

    John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

    By Shazwan Hisam25/05/2026
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.