• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Mitsubishi Tamatkan Pajero di Jepun, Perkenalkan Model Selamat Tinggal, Final Edition

Mitsubishi Tamatkan Pajero di Jepun, Perkenalkan Model Selamat Tinggal, Final Edition

April 28, 2019 By AO Leave a Comment

137
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MITSUBISHI memutuskan menamatkan pengeluaran Pajero untuk pasaran Jepun bermula Ogos ini dan sempena meraikan kehadiran kenderaan utiliti sukan (SUV) itu selama 37 tahun di jalan raya Negara Matahari Terbit itu, model Final Edition akan dikeluarkan dalam jumlah terhad, iaitu 700 unit sahaja.

Dibina berasaskan Pajero Exceed, model Pajero Final Edition dilengkapkan ciri tambahan seperti bumbung suria dan rel bumbung. Pelanggan juga boleh menempah Pakej Aksesori Final Edition untuk tambahan spoiler, penutup tayar simpanan dan madgad getah dengan lencana Pajero.

BACA >>> #Spyshot: Mitsubishi Pajero Sport Dikesan di Puspakom, Bakal Masuk Malaysia?

Di dalam, model edisi terhad ini diberikan kerusi depan elektrik, upholsteri kulit dan plat sil bercahaya 'Final Edition'. Trenkuasa dijana enjin 4-silinder diesel 3.2L berkuasa 187hp dan tork 441Nm dengan transmisi automatik 5-kelajuan dan sistem pacuan empat-roda (4WD) dengan diferensial belakang kunci

Harga Pajero Final Edition bermula ¥4,530,600 (RM167,400), termasuk 8 peratus cukai penggunaan di Jepun. Pembeli juga akan menerima pelekat istimewa dan jam tangan Mitsubishi buatan Citizen. Walaupun ditamatkan pengeluaran di negara sendiri, Mitsubishi menyatakan Pajero dan Pajero Sport akan terus dijual di pasaran negara lain.

BACA >>> 16 Fakta Pantas - Mitsubishi Xpander (Versi Indonesia) + 61 Foto Dalaman, Luaran

GALERI
2019-mitsubishi-pajero-final-edition-jepun-12
2019-mitsubishi-pajero-final-edition-jepun-10
2019-mitsubishi-pajero-final-edition-jepun-9
2019-mitsubishi-pajero-final-edition-jepun-8
2019-mitsubishi-pajero-final-edition-jepun-6
2019-mitsubishi-pajero-final-edition-jepun-5
2019-mitsubishi-pajero-final-edition-jepun-7
2019-mitsubishi-pajero-final-edition-jepun-2
2019-mitsubishi-pajero-final-edition-jepun-3
2019-mitsubishi-pajero-final-edition-jepun-4
2019-mitsubishi-pajero-final-edition-jepun-1
137
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Edisi Final, Edisi Terhad, Jepun, Mitsubishi, Mitsubishi Motor Corporation, Mitsubishi Pajero, Mitsubishi Pajero Final Edition, pacuan empat roda (4WD), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my