Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Quartararo Kecewa Enjin Baharu Yamaha Tidak ‘Power’, Lemau Macam M1 Lama
Auto Terkini

Quartararo Kecewa Enjin Baharu Yamaha Tidak ‘Power’, Lemau Macam M1 Lama

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju10/11/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS kecewa kehilangan gelaran juara dunia MotoGP 2022 kepada Francesco Bagnaia, Fabio Quartararo menjadi pelumba pertama turun ke trek di Valencia untuk melakukan ujian jentera lumba baharu, kelmarin.

Ada beberapa komponen baharu disediakan untuk jentera YZR-M1 dan tarikan utama sudah tentu naik taraf enjin yang dikhabarkan menjanjikan prestasi lebih baik berbanding ujian prototaip Yamaha 2023 di Litar Misano, September lalu.

BACA >>> Quartararo Tutup TV, Tak Sanggup Tengok Pecco Rai Kemenangan Juara GP 2022
BACA >>> Ducati Gari Ketua Mekanik Jack Miller, Siap Usung Hantar ke Garaj KTM Racing

Namun, Quartararo terkejut dan bingung selepas mendapati trenkuasa tersebut itu tidak menghasilkan kuasa seperti diharapkan berbanding enjin 2022 yang mengalami banyak isu.

Aku terkejut sebab enjin ini patut lebih laju daripada (enjin) kami uji kat Misano dan Barcelona. (tapi) Aku rasakan ini sama macam (enjin 2022) dua hari lalu (aksi akhir musim).

“Lebih-lebih lagi masa lap kelayakan. Kami bandingkan kelajuan dan memang sama. Jadi, kami nak analisis apa yang berlaku sebab kami dah buat dua ujian (Misano dan Barcelona). Selepas itu Cal (Crutchlow) pun buat ujian di Motegi dan Jerez. Mereka kata ada perbezaan (enjin baharu).

“Tapi sekarang ni, memang tak ada beza pun. Jadi, kami kena siasat apa berlaku.”

BACA >>> Pecco: Enjin Yamaha Quartararo Sebenarnya Tak Cukup ‘Power‘

ADAKAH KAMU KECEWA?

Quartararo turut mendakwa berlaku perkara pelik pada hari ujian:

Biasanya enjin ini ada lebih banyak kuasa kuda dan di Jerez (seminggu lalu) Cal sudah cuba dan memang lebih baik. Tapi sekarang,  top speed sama macam tahun lalu.

“Memang ada masalah! Aku tak kata enjin, tapi ada sesuatu berlaku dan kami tak dapat extra power macam dimahukan. Bukan hari sia-sia tapi agak pelik. Di Misano, masa aku main tukar gear, aku rasa enjin itu ada sesuatu. Hari ini, tak ada pula dah!”

Quartararo turut mengakui kecewa kerana ini bukan cara diharapkannya untuk menamatkan musim 2022.

Di Misano dan Barcelona kami rasa ada penambahbaikan, tapi hari ini tak ada apa-apa.”

Ujian Selasa lalu dilakukan Quartararo mencatatkan kelajuan maksimum 327.4kmj, manakala Pecco sepantas 335.4kmj. Rakan sepasukan, Franco Morbidelli pula mencatatkan kelajuan 325.8kmj di posisi ke-14 dalam senarai ujian masa.

“Aku syak Franco (Morbidelli) hadapi benda sama sebab aku nampak dia pun hampir berada di bawah kelajuan terpantas.

BACA >>> RNF Yamaha Jadi CryptoDATA RNF Aprilia untuk MotoGP 2023

APA PULA KATA MORBIDELLI?

Morbidelli berkata;

Aku rasa pelik sebab kita jangka lebih banyak power enjin dan itu tak berlaku. Kita perlu tau kenapa (ini terjadi).”

BACA >>> Prestasi Teruk di GP Thailand, Quartararo Terus Masuk Ofis Pujuk Diri Sendiri
BACA >>> Tunggang Gaya Lama Punca Morbidelli Gagal Menyerlah Seperti Quartararo
BACA >>> Quartararo Tak Selesa Dipuji Espargaro Sebagai Pelumba Terbaik

SUMBER: Crash

Cal Crutchlow Fabio Quartararo Francesco Bagnaia franco morbidelli MotoGP 2022 MotoGP 2023 roda2 Yamaha M1 2023
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong dan Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    27/07/2026
    LS2 Global previu produk 2027
    Aksesori

    LS2 Malaysia Catat Pertumbuhan Jualan, Perkenal Koleksi Terbaharu 2027

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.