Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»QJ Motor Masuk Moto3 2022!
Auto Terkini

QJ Motor Masuk Moto3 2022!

WahidBy Wahid10/01/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGELUAR motosikal dari China semakin menunjukkan taring bukan saja aspek jualan, tapi juga dalam arena perlumbaan dunia. Terkini, QJ Motor (Qianjiang Motors) khabarnya menyertai Kejuaraan Dunia MotoGP dalam kelas Moto3 musim ini.

Projek perlumbaan itu dikendalikan bawah pasukan Avintia Esponsorama Moto3 dengan menggunakan khidmat pelumba Matteo Bertelle dan Elia Bartolini.

BACA >>> Pemilik Marzocchi, QJ Motor Meterai Kerjasama Buka Kilang Komponen di China

Menariknya, dua pelumba itu ialah anak didik Akademi VR46 yang semua sedia maklum diwujudkan legenda MotoGP, Valentino Rossi. Avintia Esponsorama akan mengambil alih pasukan Sky VR46 dalam Moto3, manakala pasukan Valentino Rossi pula mengambil alih Avintia Esponsorama dalam kelas premier MotoGP.

Namun, jentera digunakan dalam Moto3 bukanlah buatan QJ Motor, tetapi KTM RC250GP, iaitu model lumba dibangunkan KTM buat pelanggan mereka dalam kelas itu.  Maknanya, segala usaha kajian dan pembangunan (R&D) dilakukan KTM.

Projek QJ Motor itu ada antara usaha penjenamaan bagi memperkenalkan jenama itu kepada lebih ramai peminat lumba motosikal. Adakah ia bermakna QJ Motor bakal menghasilkan supersport Benelli 250cc yang lebih agresif?

Perkembangan itu meletakkan QJ Motor sebagai pengeluar motosikal China kedua menyertai Moto3 selepas CFMoto. Bezanya, CFMoto ialah rakan niaga KTM yang turut menghasilkan beberapa enjin KTM dan model berasaskan jentera jenama Austria itu, manakala aspek rekabentuk diserahkan kepada firma KISKA.

BACA >>> CFMoto 300SR – Spesifikasi Sportbike China Sentuhan Kiska Didedahkan

QJ Motor adalah antara pengeluar motosikal China terbesar dan paling dikenali yang juga pemilik Benelli. Pengeluar itu turut memeterai perjanjian kerjasama dengan Harley-Davidson dan MV Agusta dalam usaha menghasilkan model kapasiti kecil.

Ini bermaksud, ada lima jenama yang akan menggunakan jentera KTM RC250GP dalam aksi Moto3 nanti, iaitu KTM, Husqvarna, GasGas, CFMoto dan terbaharu QJ Motor. Masing-masing akan berentap sengit dengan pesaing  Honda.

BACA >>> QJ Motor GS400RR (2022) Mirip Kawasaki Ninja 400?
BACA >>> QJMotor SRT 750 (Benelli TRK 800) Didedahkan di China

Wahid

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    18/06/2026
    Auto Terkini

    Audi A6 allroad 2027, Wagon Versi Lasak Untuk Pelbagai Permukaan Jalan

    17/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    15/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026 Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Facelift Sah Tiba Di Malaysia Suku Keempat 2026

    By Shazwan Hisam12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.