Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pusat 3S Proton EON Banting Dinaik Taraf, Kini Lebih Luas, Moden dan Selesa!
Auto Terkini

Pusat 3S Proton EON Banting Dinaik Taraf, Kini Lebih Luas, Moden dan Selesa!

Han OthmanBy Han Othman27/05/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SUBSIDIARI penuh DRB-HICOM Berhad, Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON), melancarkan Pusat 3S Proton EON yang dinaik taraf dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan di Banting, Selangor.

Pusat servis baharu itu sebelum ini hanya beroperasi sebagai bilik pameran, dan kini dinaik taraf untuk menawarkan perkhidmatan 3S membabitkan jualan, perkhidmatan selepas jualan dan alat ganti.

Dengan jumlah pelaburan RM6 juta untuk kerja baik pulih dan naik taraf, Pusat 3S Proton EON Banting kini menawarkan pengalaman dipertingkat menerusi jualan digital dan perkhidmatan selepas jualan dalam bilik pameran lebih luas yang moden dan selesa.

Ruang parkir luas juga disediakan bagi meningkatkan keselesaan pengguna.

Pusat 3S itu dirasmikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) EON, Akkbar Danial, (foto atas tengah) yang juga Ketua Edaran Automotif DRB-HICOM, yang turut dihadiri Naib Presiden Proton Edar Sdn Bhd untuk Jualan dan Perkhidmatan Selepas Jualan, Edmund Lim, dan beberapa pegawai pengurusan EON, Proton dan DRB-HICOM.

Pembukaan Pusat 3S Proton EON Banting menggariskan fokus berterusn Proton dalam menambah baik perkhidmatan untuk meningkatkan kepuasan pelanggan.

Ini seiring dengan pendirian kami sebagai pengedar pelbagai jenama terbesar di Malaysia. Akkbar berkata;

Bilik pameran yang diubah suai dan diperbaharui baharu ini membolehkan kami meningkatkan permainan dari segi pengamalan pelanggan, manakala lokasi strategik akan memberikan lebih keselesaan buat penduduk di Banting dan kawasan sekitar untuk akses ke Pusat 3S ini sama ada untuk membeli kereta baharu atau perkhidmatan selepas jualan.”

TENTANG PUSAT 3S EON PROTON BANTING

Berikut fakta mengenai  Pusat 3S Proton EON Banting:

  • Dibina atas kawasan 18,775 kaki persegi dengan keluasan pusat servis seluas 12,347 kaki persegi.
  • Mampu menempatkan lapan unit model Proton.
  • Dilengkapi 10 ruang servis dengan teknologi termaju untuk pelbagai model Proton.
  • Pelanggan mendapat manfaat daripada inisiatif digitalisasi EON menerusi pengenalan platform Pengurusan Tenaga Kerja (WFM) yang membolehkan pelanggan membuat janji temu servis kenderaan secara atas talian dan merasai kemas kini servis secara masa nyata.
  • Pelanggan yang berminat membeli kereta baharu boleh melakukan secara atas talian di laman web www.eon.com.my.

Sebagai makluman, EON sudah memberikan perkhidmatan kepada pelanggan Proton di Bantiang sejak 1998, dan meletakkan premis itu sebagai rakan automotif dipercayai dalam kalanngan komuniti bandar itu.

Sempena ulang tahun EON ke-45, pembukaan Pusat 3S Proton EON Banting adalah bukti kepada legasi cemerlang yang ditempuhi. Justeru pelanggan dijemput menyaksikan model-model terbaharu dalam suasana persekitaran yang selesa, selain menikmati pengalaman membeli kereta menyeronokkan.

Waktu Operasi Bilik Pameran

  • 8.30 pagi – 5.30 petang: Isnin – Sabtu
  • 10 pagi – 4 petang: Ahad dan cuti umum
Waktu Operasi Pusat Servis
  • 8.30 pagi – 5.30 petang: Isnin – Jumaat
  • 8.30 pagi – 1 tengah hari: Sabtu
  • Tutup: Ahad dan cuti umum
Akkbar Danial Auto Terkini Pusat 3S EON Proton Banting Pusat 3S Proton EON
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Aksesori

#MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

30/05/2026
Roda2

#MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

30/05/2026
Roda2

#MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

29/05/2026
Roda2

#MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

29/05/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

#MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

By Syafie29/05/2026
Aksesori

#MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

By Syafie29/05/2026
Roda2

#MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

By Syafie29/05/2026
HEV

Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

By Syafie20/05/2026
Aksesori

#MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

By Syafie30/05/2026
Roda2

#MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

By Syafie30/05/2026
Roda2

BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

By Abang Hirata25/05/2026
John Cena beli Honda Prelude
Auto Terkini

John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

By Shazwan Hisam25/05/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.