Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pulau Pinang Bakal Ada LRT Bawah Tanah, Laut
Auto Terkini

Pulau Pinang Bakal Ada LRT Bawah Tanah, Laut

Han OthmanBy Han Othman18/08/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MRT Corp akan membuat kajian kebolehlaksanaan untuk melihat kesesuaian pembinaan Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang di bawah tanah untuk jajaran yang terletak di tengah bandar dan bawah laut bagi jajaran yang menghubungkan Seberang Perai dengan kawasan pulau.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, perkara itu dibentangkan MRT Corp, yang mengambil alih projek berkenaan, dalam mesyuarat bersama Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook di Georgetown, semalam.

Mereka membentangkan jajaran terkini untuk pertimbangan pihak Kerajaan Negeri dan kita bersetuju cadangan berkenaan, tetapi MRT Corp perlu menjalankan kajian kebolehlaksanaan khususnya kesesuaian jajaran itu dari segi keadaan muka bumi.

“MRT Corp berkata, jajaran yang dekat pusat bandar lebih sesuai bawah tanah, maka jajaran yang dekat dengan stesen pertukaran juga perlu dibina bawah tanah memandangkan jajaran dari Butterworth ke George Town yang dirancang melalui saluran utara adalah bawah laut,” katanya.

Beliau berkata, mengikut perancangan sebelum ini, jajaran LRT di Pulau Pinang adalah struktur bertingkat dan bukan bawah tanah.

Dari segi laluan LRT, ia tidak melibatkan perubahan besar, iaitu akan bermula dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas, seterusnya Komtar, Tanjung Bungah, Air Itam, Butterworth, Kepala Batas dan Simpang Ampat.

Projek LRT tersebut adalah antara usaha Kerajaan Persekutuan dan Negeri untuk merapatkan jurang fizikal Seberang Perai dengan kawasan pulau, selari hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu melihat laluan LRT menghubungkan kedua-dua kawasan itu.

Mengenai model pembiayaan projek, Chow sebelum ini dilaporkan berkata akan dibiayai sepenuhnya MRT Corp.

Pembinaan LRT stesen pertukaran adalah amat penting kerana melibatkan semua jajaran.

”Mereka perlu membuat kajian bersesuaian. Nampaknya dari segi teknikal amat mencabar,” katanya.

Auto Terkini Chow Kon Yeow LRT Pulau Pinang Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) MRT Corp
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
Auto Terkini

PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

27/07/2026
Auto Terkini

FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

27/07/2026
FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
Auto Terkini

PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

27/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
OMODA C7 PHEV
PHEV

OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

By Syafie27/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.