Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Prototaip Elektrik Ducati V21L Guna Bateri Pepejal!
Roda2

Prototaip Elektrik Ducati V21L Guna Bateri Pepejal!

Abang HirataBy Abang Hirata12/09/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Ducati V21L Proton Solid State Battery 2025

NAMPAKNYA bateri pepejal (solid state battery) bukan saja untuk kereta, tetapi juga motosikal! Menariknya, bateri itu dipasang pada prototaip Ducati V21L.

Teknologi bateri pepejal canggih itu datang dari QuantumScape, dan jentera ujian tersebut adalah demonstrasi teknologi pertama seumpamanya dalam Volkswagen Group.

Prototaip Ducati V2L guna bateri pepejal
Prototaip Ducati V2L guna bateri pepejal

Ini menandakan pencapaian baharu dalam usaha peralihan dari makmal ke model pengeluaran massa, dan memberikan gambaran masa depan e-mobiliti dengan jarak lebih jauh serta masa pengecasan lebih singkat.

Bagaimanapun, langkah pembangunan lanjut masih diperlukan sebelum sel bateri itu dapat dihasilkan secara massa. Projek berkenaan adalah sebahagian penyelidikan berterusan Ducati terhadap teknologi alternatif selain enjin pembakaran dalaman (ICE).

Ia mengambil tempat selepas Kejuaraan Dunia FIM MotoE berehat akhir musim 2025 dan matlamat utama Ducati adalah membina kepakaran dalaman bagi menghasilkan motosikal jalanan elektrik yang sejajar nilai jenama itu.

Sepanjang tiga tahun MotoE, Ducati mengumpul banyak data daripada 18 pelumba yang membolehkan pengeluar itu mengurangkan berat pek bateri V21L sebanyak 8.2kg.

Prototaip Ducati V2L guna bateri pepejal
Prototaip Ducati V2L guna bateri pepejal

Walaupun penurunan ketara, tetapi masih belum mencukupi untuk menjadikan motosikal elektrik tersebut seringan jentera lumba ICE dengan jarak ideal.

Inovasi Teknologi Bateri Motosikal

  • Penyelesaian Cabaran Berat: Ducati bekerjasama dengan syarikat Volkswagen Group, seperti Audi dan PowerCo, untuk mengkaji dan menguji teknologi bateri baharu. Kerjasama itu bertujuan mengatasi masalah berat pek bateri yang masih tidak mencukupi untuk menyaingi jentera lumba ICE.
  • Bateri Pepejal QuantumScape: Prototaip Ducati V21L dilengkapi bateri pepejal QuantumScape, hasil kerjasama langsung antara PowerCo dan QuantumScape. Teknologi tersebut bukan evolusi daripada bateri litium-besi biasa, tetapi teknologi sel baharu sepenuhnya.
  • Kelebihan Teknologi Baharu: Bateri pepejal menggunakan anod logam litium dan pemisah seramik dengan menawarkan kelebihan ketara dari segi ketumpatan tenaga lebih tinggi, keupayaan pengecasan pantas, keselamatan dan jangka hayat lebih baik.
  • Rekabentuk Khas Prototaip: Ducati V21L diubah suai ketara dengan sistem bateri direka semula khas untuk menempatkan hingga 980 sel QSE-5 daripada QuantumScape.

Rancangan Masa Depan Ducati, Volkswagen Group

Prototaip Ducati V2L guna bateri pepejal

Rakan kerjasama projek akan terus menguji dan memajukan teknologi bateri pepejal dalam beberapa bulan akan datang. Objektif seterusnya adalah membangunkan jentera lumba untuk diuji di litar.

Pada masa sama, PowerCo dan QuantumScape sedang berusaha mengintegrasi teknologi pepejal dalam Unified Cell (konsep bateri baharu yang dibangunkan PowerCo) dan seterusnya ke dalam kereta.

Kedua-dua syarikat menyasarkan membangunkan penyelesaian komersial menjelang akhir dekad ini. Mereka juga bekerjasama selama beberapa tahun dengan menubuhkan pasukan perindustrian bersama di ibu pejabat QuantumScape di San Jose, California, Amerika Syarikat.

Prototaip Ducati V2L guna bateri pepejal
Prototaip Ducati V2L guna bateri pepejal
Prototaip Ducati V2L guna bateri pepejal
Prototaip Ducati V2L guna bateri pepejal
Prototaip Ducati V2L guna bateri pepejal
Prototaip Ducati V2L guna bateri pepejal
Prototaip Ducati V2L guna bateri pepejal
Bateri keadaan pepejal Bateri keadaan pepejal (ASSB) Ducati Ducati V21L EV MotoE Prototaip Ducait V21L Solid State Battery
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 790 DUKE 2027 – The Scalpel Kembali, Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R

    24/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    21/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    18/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.