Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Proton X50 Sudah Boleh Tempah, Serendah RM500! Inilah 24 Perkara Perlu Anda Tahu!
Roda4

Proton X50 Sudah Boleh Tempah, Serendah RM500! Inilah 24 Perkara Perlu Anda Tahu!

Han OthmanBy Han Othman15/09/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PROTON minggu lalu mendedahkan tiga foto rasmi X50 dan hari ini  model kenderaan utiliti sukan (SUV) itu ditayangkan kepada media secara langsung, termasuk membuka pratempahan pada harga serendah RM500 sahaja. Model ini akan mula ditayangkan kepada umum pada 19 September ini.

Melihat X50 di depan mata, kualiti dan juga material digunakan adalah lebih baik berbanding X70. Seperti diketahui, X50 ialah SUV diambil daripada Geely Binyue yang dibina berasaskan platform Arkitektur Modular Segmen-B (BMA), dan dibangunkan Geely bersama Volvo Cars.

Berikut beberapa fakta penting tentang X50 yang boleh kami kongsikan kepada anda semua setakat ini:

  1. X50 didatangkan dalam empat pilihan varian: Standard, Executive, Premium dan Flagship.
  2. Enjin varian Premium dan Flagship boleh dihidupkan secara kawalan jauh.
  3. Rupa depan menggunakan konsep Infinity Weave untuk rekabentuk gril dan kemasan Ethernal Bow dengan aksen merah serta lencana baharu Proton.
  4. Ada dua varian enjin ditawarkan, bersesaran sama 1.5L, tetapi berbeza kuasa: 3-silinder 1.5L Turbo (148hp, 226Nm) dan 3-silinder 1.5L TGDI (175hp, 255Nm). Enjin turbo biasa adalah pertama diperkenalkan pada X50 dan tiada pada model Binyue.
  5. Enjin menggunakan tali sawat pemasaan (timing belt).
  6. Kedua-dua enjin dipadankan transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan, sama seperti X70.
  7. Ada enam pilihan warna: Snow White (putih), Jet Grey (kelabu), Silver (perak), Ocean Blue (biru), Passion Red (merah) dan Citrus Orange (jingga).
  8. Ada ciri bantuan parkir automatik, kali pertama diperkenalkan untuk barisan model Proton.Cuma perlu tekan butang pada konsol gear.
  9. Tiada sokongan AppleCarPlay atau Android Auto, tetapi ada Mirrorlink untuk konektiviti telefon pintar.
  10. Menggunakan sistem operasi GKUI 19 dengan unit pemprosesan pusat (CPU) E01 Quad-Core untuk unit infotainment.
  11. E01 Quad-Core ialah jenis CPU yang lebih maju daripada X70 dengan menawarkan:
    • 5x prestasi perkomputeran lebih pantas.
    • 33% masa but mula (boot-up) lebih pantas.
    • 55% masa pemuatan (loading) lebih pantas untuk aplikasi multimedia dan 67% untuk aplikasi navigasi.
  12. Saiz paparan unit infotainment ialah:
    • Standard dan Executive – 8 inci dengan resolusi 1024x600px.
    • Premium dan Flagship – 10.25 inci dengan resolusi 1920x720px.
  13. Semua varian dilengkapkan lampu utama LED dan konektiviti wayarles 4G.
  14. Ada teknologi keselamatan pemanduan A.D.A.S versi 2.0, lebih maju daripada A.D.A.S 1.0 yang dimiliki X70.
  15. Antara ciri dapat dikesan ialah Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), kamera 360º, brek parkir elektrik (EPB), mod pemanduan Eco dan Sport, dan amaran proksimiti.
  16. Penyaman udara jenis kawalan klimat zon tunggal, bukan dwi-zon seperti X70.
  17. Ada ventilator penyaman udara di belakang, terletak di konsol tengah dengan dua port USB.
  18. Tiada ciri but elektrik seperti X70.
  19. Bumbung suria untuk varian Flagship sahaja.
  20. Ada lapan pemegang cawan untuk penumpang depan dan belakang.
  21. Ada tiga port USB, iaitu satu di depan dan dua di belakang.
  22. Tayar Continental UC6 215/55 dengan rim 16 jejari 18 inci
  23. Spidometer jenis digital dan cermin sisi boleh lipat automatik.
  24. X50 dibina menggunakan 40 peratus kandungan tempatan.

X50 ialah SUV segmen-B atau subkompak. Pesaing dalam kelas sama dengan X50 ialah Honda HR-V, Mazda CX-3, Subaru XV, Peugeot 2008 dan Toyota C-HR.

BACA >>> Akhirnya Foto Proton X50 Didedahkan, Ada Ciri Parkir Automatik, ADAS 2.0?
BACA >>> Harga, Spesifikasi Menarik Geely Binyue Jadi Penanda Aras Baharu SUV di Malaysia?

GALERI
Foto Proton X50 Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Proton X50 Roda4 SUB Subkompak
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda2

Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

04/07/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

04/07/2026
Auto Terkini

Jelajah YANGWANG U9 China-Malaysia Tiba Di Malaysia, Disambut BYD Alor Setar

03/07/2026
Auto Terkini

Sistem Navigasi Bawa Lima Warga China ‘Teroka’ Gaung Sedalam Tujuh Meter

03/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
Auto Terkini

Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

By Shazwan Hisam30/06/2026
Vespa Edizione Ottantesimo 2026
Roda2

Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

By Abang Hirata02/07/2026
Autotainment

Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

By Han Othman28/06/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

By Abang Hirata04/07/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

By Shazwan Hisam26/06/2026
Jetour F700
PHEV

Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

By Han Othman26/06/2026
Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
Autotainment

Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

By Han Othman28/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.