• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Akhirnya Foto Proton X50 Didedahkan, Ada Ciri Parkir Automatik, ADAS 2.0?

Akhirnya Foto Proton X50 Didedahkan, Ada Ciri Parkir Automatik, ADAS 2.0?

September 12, 2020 By Abang GYL 1 Comment

6.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEGALA teka-teki mengenai Proton X50 bakal terjawab dalam masa terdekat apabila kenderaan utiliti sukan (SUV) itu bakal ditayangkan buat kali pertama kepada media pada 15 September ini.

Proton juga secara rasmi mendedahkan foto sebenar X50 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Ya, ini foto asli dan bukan lakaran komputer atau manipulasi grafik. Apa anda lihat ini ialah model sebenar yang bakal menemui rakyat Malaysia tidak lama lagi.

Melihat foto dikongsikan, apa boleh kami katakan, kualiti dan juga material digunakan lebih baik berbanding X70. SUV subkompak ini sama seperti model yang kami lihat ketika ke Shanghai, China, tahun lalu. Bagaimanapun, tiada spesifikasi atau kenyataan media diberikan mengenai X50 ini. Mungkin Proton mahu mendedahkan semuanya minggu depan.

Seperti diketahui, X50 ialah SUV  daripada model Geely Binyue yang dibina berasaskan platform Arkitektur Modular Segmen-B (BMA), dibangunkan Geely bersama Volvo Cars.

Walaupun tiada sebarang sebarang perincian didedahkan, berikut beberapa fakta atau perkara yang boleh kami kongsi:

4 VARIAN

Berdasarkan risikan kami, X50 bakal didatangkan dalam empat pilihan varian: Standard, Executive, Premium dan Flagship. Benar, memang ada varian Flagship.

ENJIN

Sebelum ini ada khabar mengatakan X50 akan dipacu enjin 1.4L dan 1.5L. Sebenarnya, ada dua varian enjin ditawarkan, iaitu:

  • 3-silinder 1.5L Turbo - 148hp, 226Nm
  • 3-silinder 1.5L TGDI - 175hp, 255Nm

Ya, enjin 3-silinder,  yang juga enjin sama seperti Volvo XC40. Dari segi transmisi, kedua-dua enjin didatangkan dengan kotak gear dual-klac (DCT) 7-kelajuan, sama seperti X70.

6 PILIHAN WARNA

X50 menawarkan enam pilihan warna iaitu Snow White (putih), Jet Grey (kelabu), Silver (perak), Ocean Blue (biru), Passion Red (merah) dan Citrus Orange (jingga).

ADA BANTUAN PARKIR AUTOMATIK!

Bukan lagi rahsia. X50 akan dilengkapkan dengan ciri Bantuan Parkir Automatik (APA), yang juga pertama diperkenalkan dalam barisan model Proton. Dengan ciri ini, kenderaan boleh diparkir automatik dengan hanya menekan butang APA.

Sudah pasti ciri berkenaan sangat membantu, terutama buat mereka yang kurang cekap memarkir kenderaan bersaiz besar atau di lorong sempit. Suka tak?

SISTEM BANTUAN PEMANDU TERMAJU (ADAS) VERSI 2.0

Berbanding X70 yang memiliki teknologi bantuan pemandu ADAS 1.0, ciri keselamatan X50 dinaik taraf kepada versi 2.0, terdiri daripada Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Amaran Perlanggaran Depan (FCW), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dan banyak lagi.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapakah Tork Penting untuk Kenderaan?

SIAPA PESAING PROTON X50?

Jika ikut pada segmen, X50 bakal bersaing dengan Honda HR-V, Mazda CX-3, Subaru XV, Peugeot 2008 dan Toyota C-HR.

BERAPAKAH HARGA?

Harga masih menjadi teka-teki. Berdasarkan ramalan kami, harga X50 tidaklah semurah disangka. Kami jangka SUV ini dijual pada harga sekitar RM75,000-RM95,000. Bagaimanapun, masih lagi murah jika dibandingkan dengan pesaing lain.

Apa-apapun, bawa bersabar dan bertenang. Kami akan bawakan berita dan video terkini mengenai X50. Pastikan anda sudah langgan saluran YouTube kami dan tunggu Selasa depan. Sebelum itu, lap dulu air liur 🙂

BACA >>> Dr Li: Proton Akan Keluarkan Dua Model Tempatan Sepenuhnya Selepas X50

Artikel Berkaitan

6.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2020 proton x50 malaysia, enjin proton x50, harga proton x50, proton x50 colour, proton x50 harga, proton x50 interior, Proton X50 Malaysia, proton x50 price, proton x50 vs proton x70, suv proton x50 malaysia

Comments

  1. K..Nagarajan says

    September 13, 2020 at 12:26 PM

    I'm royalty to Proton brand cars last 25 years. The modal i used Saga, Wira, Perdana and currently Persona. Now our family looking fotward to X50.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Harley-Davidson Strap Tank (1908): Motosikal Paling Mahal Dunia, Harga Cecah RM3.98j!
    Harley-Davidson Strap Tank (1908): Motosikal Paling Mahal Dunia, Harga Cecah RM3.98j!
  • Review: Kelebihan vs Kekurangan Memiliki Perodua Ativa Hybrid
    Review: Kelebihan vs Kekurangan Memiliki Perodua Ativa Hybrid
  • #SembangDeras: Kerajaan Hapus Pelekat Cukai Jalan Tak Lama Lagi?
    #SembangDeras: Kerajaan Hapus Pelekat Cukai Jalan Tak Lama Lagi?
  • Kei-Car Elektrik Terbaik Jepun, Mitsubishi eK X EV Raih Rating 5 Bintang JNCAP
    Kei-Car Elektrik Terbaik Jepun, Mitsubishi eK X EV Raih Rating 5 Bintang JNCAP

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my