Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Proton Pertimbang Model EV Baharu Susulan Sambutan Positif Proton e.MAS 7
Auto Terkini

Proton Pertimbang Model EV Baharu Susulan Sambutan Positif Proton e.MAS 7

SyafieBy Syafie08/04/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PROTON Holdings Bhd (Proton) sedang mempertimbang model baharu kenderaan elektrik (EV) berikutan sambutan positif pelancaran Proton e.MAS 7 di pasaran tempatan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah menjelaskan, pihaknya sedang menilai aspek harga, praktikaliti, dan jarak perjalanan untuk memastikan model EV kedua yang akan diperkenalkan kelak memenuhi keperluan pengguna.

Walaupun masih dalam peringkat kajian, Roslan berkata, model EV kedua ini dijangka lebih sesuai untuk keluarga muda dan akan ditawarkan pada harga lebih mampu milik untuk menarik lebih ramai pengguna beralih kepada EV.

Butiran lanjut mengenai perkembangan model baharu itu dijangka diumumkan dalam masa terdekat.

Mengulas mengenai strategi EV, Roslan turut memberitahu, Proton merancang pembangunan model baharu di kilang pemasangan EV yang sedang dibina di Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV), Tanjung Malim, Perak.

Fasa pertama pembinaan kilang berkenaan, yang bernilai RM82 juta, bermula Februari lalu dan dijangka siap akhir tahun ini dengan kapasiti pengeluaran awal 20,000 unit setahun.

Kilang tersebut akan menghasilkan pelbagai model EV berasaskan platform Arkitektur Modular Globa (GMA) bermula Proton e.MAS 7 sebagai model EV pertama Proton.

Selain itu, Proton turut merancang melaksanakan fasa kedua pembinaan kilang bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran kepada 45,000 unit setahun, bergantung permintaan di pasaran.

Roslan berkata, kilang tersebut juga akan menghasilkan model kenderaan tenaga baharu (NEV) lain pada masa depan.

Sehubungan itu, Proton turut merancang fasa ketiga pembangunan kilang berkenaan, dengan sebarang keputusan akan mengambil kira perkembangan teknologi EV yang pantas berubah.

SUMBER: BeritaHarian

Auto Terkini Kenderaan Elektrik (EV) Proton e.MAS 7 Proton Holdings Bhd
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Audi A6 allroad 2027, Wagon Versi Lasak Untuk Pelbagai Permukaan Jalan

    17/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    15/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    15/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.