Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»PROTON Perdana 2016 [SIRI 2]: Eksterior Setara, Interior Ada Limitasi
Autotainment

PROTON Perdana 2016 [SIRI 2]: Eksterior Setara, Interior Ada Limitasi

Han OthmanBy Han Othman21/06/20161 Comment
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DALAM SIRI 2 ini, PanduLaju akan membawa anda membandingkan pula ciri eksterior dan interior antara PROTON Perdana dan model segmen-D lain di Malaysia, termasuk membezakan ciri asas seperti saiz tayar-rim, sistem suspensi dan keselamatan yang sememangnya menjadi prioriti pembeli segmen kelas mewah ini.

PERDANA CANTIK ATAU BURUK?

Cantik atau tidak rekabentuk sesebuah kereta itu ialah subjektif. Mungkin cantik di mata sendiri, tetapi tidak di mata orang lain. Namun, dalam automotif, kita juga patut jujur memberikan penilaian mengenai rekabentuk sesebuah model. Apakah sangat cantik, cantik, boleh tahan, biasa-biasa saja, atau buruk?

Tetapi, apabila rekabentuk kereta itu berlambangkan PROTON, kita cenderung mengatakannya buruk, copy-paste, klon dan ada saja yang tidak kena serba serbi. Kenapa? Ini kerana kita cenderung dipengaruhi sentimen dan persepsi negatif mengenai banyak hal yang tiada kaitan pun dengan automotif.

EKSTERIOR SETANDING

Mari kita analisis maklumat dalam jadual di bawah mengenai ciri eksterior dan interior PROTON Perdana dan model segmen-D tempatan. Sebagai makluman, senarai bermula dengan model paling mahal (Mazda6) disusun di atas, disusuli model kedua termahal dan seterusnya bagi memudahkan perbandingan. Bak kata orang, kualiti datang dengan harga. Ini bermakna, semakin mahal, maka semakin berkualiti sesuatu produk itu. Benarkah?

BACA>>> PROTON Perdana 2016 [SIRI 1]: Perbandingan Harga dan Prestasi dengan Model Segmen-D di Malaysia

eksterior-interior-sedan-segmen-d-malaysia

Mengenai ciri eksterior atau luaran, PROTON Perdana muncul bersama teknologi terkini yang turut digunakan model segmen-D lain. Antaranya, lampu depan HID dengan lampu siang (DRL) yang mampu memberikan tahap pencahayaan jelas dan lebih baik. Lampu jenis sama turut digunakan Mazda6, Nissan Teana, Toyota Camry, Hyundai Sonata dan Kia Optima. Cuma Peugeot 508 dan Honda Accord menggunakan lampu depan jenis LED berserta DRL. Dibekalkan bersama lampu depan PROTON Perdana ialah sistem pengarasan auto (auto-levelling) yang berfungsi melaraskan sudut suluhan cahaya secara automatik.

Bahagian belakang PROTON Perdana pula menggunakan lampu kombi LED yang juga digunakan semua model pesaing dan turut dilengkapkan kit badan penuh seperti skirt sisi, bampar dan spoiler. Ini lebih baik berbanding Toyota Camry 2.0G dengan tawaran kit badan sebagai opsyen yang sudah tentu membabitkan tambahan wang.

HONDA LETAK SYARAT, INTERIOR PERLU KOMPROMI

Tanpa perlu berbasa-basi, ada dua ciri interior atau dalaman penting yang PROTON Perdana tiada, iaitu masukan tanpa kunci (keyless entry) dan punat mula-henti (push-start button). Kedua-dua ciri tersebut sudah menjadi ciri standard model segmen-D hari ini. Di sini, PROTON Perdana cuma setanding varian paling bawah, Honda Accord 2.0 VTi dan Toyota Camry 2.0E. Bagaimanapun, kita terpaksa akur kerana itulah kekangan yang ditetapkan Honda supaya PROTON mengikut ciri asal Honda Accord generasi ke-8.

Selain dua ciri berkenaan, ciri lain dimiliki PROTON Perdana nyata memenuhi standard model segmen-D. Antaranya, sistem infotainment PROTON 6.2 inci dengan fungsi radio, CD, DSP bersepadu dan Bluetooth, termasuk boleh memainkan MP3, WMA, CD-R dan DVD berserta sambungan USB, AUX, kamera undur dan navigasi GPS. Sesetengah model segmen-D di atas tiada fungsi DVD.

Kerusi elektrik 8-tetapan untuk pemandu dengan sokongan lumbar dan 4-tetapan (penumpang) juga digunakan model pesaing. Ini termasuk penyaman udara dua zon dan enam pembesar suara berserta subwufer yang menyamai jumlah sama seperti Honda Accord dan Toyota Camry.

Dalam erti kata lain, PROTON Perdana memiliki apa yang ada pada model pesaing, cuma ketinggalan dari segi masukan tanpa kunci dan punat tekan-mula. Tapi, sekurang-kurangnya PROTON Perdana menyamai ciri varian paling standard Honda Accord 2.0VTi dan Toyota Camry 2.0E yang kedua-duanya berenjin sesaran kecil dan lebih mahal pula. Lagi satu, Honda Accord 2.0VTi tiada kerusi elektrik.

HONDA KENAKAN SYARAT, TAPI CIRI KESELAMATAN MASIH TERBAIK

Jadual di bawah ialah perbandingan antara PROTON Perdana dan model segmen-D dari segi saiz tayar dan rim, sistem suspensi dan ciri keselamatan.


Bagi menilai sistem suspensi dan keselamatan PROTON Perdana, sekali lagi kami memaklumkan bahawa semua ciri berkenaan tidak dapat diubah PROTON disebabkan syarat yang dimeterai dengan Honda. Jadi, tidak hairan dalam situasi perbandingan ini PROTON kalah kepada majoritipesaing.

WISHBONE BERGANDA VS TOPANG MACPHERSON?

topang-macpherson-vs-wishbone
PROTON Perdana adalah satu-satunya model yang menggunakan sistem suspensi wishbone berganda independen, sedangkan model lain tampil dengan topang MacPherson. Isunya, apakah sistem suspensi wishbone berganda tidak bagus?

Sebenarnya, kedua-dua sistem suspensi ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Jangan terkejut jika sistem suspensi wishbone berganda (digunakan PROTON Perdana) diakui mampu beraksi lebih baik berbanding topang MacPherson. Namun, apa yang menjadi kelebihan topang MacPherson ialah realibiliti. Topang MacPherson lebih mudah dihasilkan dan murah dipasang berbanding sistem suspensi bersifat kendiri (stand-alone).

Rekabentuk topang MacPherson juga lebih ringkas dan kurang memakan ruang. Ini memberikan lebih ruang kompartmen untuk penumpang selain mengurangkan berat kenderaan. Jadi, tidak hairan mengapa pengeluar automobil masa kini memilih topang MacPherson sebagai sistem suspensi bahagian roda depan. Sementara itu, sistem suspensi belakang PROTON Perdana menggunakan jenis multilink, sama seperti model lain.

BEG UDARA TIDAK CUKUP?

beg-udara-proton-perdana
Satu-satunya kekurangan ketara PROTON Perdana ialah limitasi Honda yang memaksa model itu tampil hanya 4 beg udara (tanpa beg udara tirai) untuk versi premium, sedangkan model premium lain mempunyai 6 beg udara. Ini bermakna beg udara PROTON Perdana 2.4L, termasuk 2.0L cuma setanding dengan varian standard Honda Accord 2.0L.

Namun, tahukah anda Toyota Camry 2.0G (RM164,900) yang lebih mahal daripada Hyundai Sonata dan Kia Optima cuma ada dua beg udara? Walaupun kami tidak menyenaraikan Toyota Camry Hybrid disebabkan faktor perbezaan sistem enjin, tetapi jika dibandingkan Toyota Camry dengan PROTON Perdana standard (2.0L) sekalipun, Toyota Camry masih kalah kepada PROTON Perdana 2.0L yang memiliki 4 beg udara. Lebih penting, kedua-dua varian PROTON Perdana lebih murah berbanding Toyota Camry.

Mengenai tayar bersaiz 225/50 yang dipadukan rim 17 inci dua tona, tiada isu besar yang berbangkit. Malah, pandu uji dilakukan kami beberapa hari sebelum pelancaran PROTON Perdana mendapati tahap kesenyapan PROTON Perdana lebih baik berbanding Honda Accord. Ini mungkin berpunca daripada perubahan rekabentuk yang lebih aerodinamik dan penggunaan tayar Goodyear EfficientGrip yang lebih senyap.

MASIH BERBALOI?

rim-proton-perdana-2016

Kesimpulan daripada analisis jadual di atas, kita dapati ciri eksterior PROTON Perdana adalah setanding dengan model segmen-D tempatan, manakala ciri interior kekurangan dua ciri penting, masukan tanpa kunci dan punat henti-mula. Namun, kekurangan itu setidak-tidaknya masih menyamai ciri yang dimiliki varian paling standard pesaingnya.

Dalam bahasa mudah, PROTON Perdana mungkin tidak menyamai reputasi varian premium, tetapi sebenarnya tidak juga kurang apa-apa. Paling penting, harga PROTON Perdana masih lagi superior berbanding varian lawan paling standard itu. Jadi, berasaskan dua artikel disiarkan, secara matematiknya, harga dan ciri PROTON Perdana premium (2.4L) tidak banyak berbeza dengan varian paling standard model segmen-D (2.0L). Tetapi, ciri premium yang tiada pada varian lawan paling standard itu dimiliki PROTON Perdana seperti kerusi elektrik, sistem audio premium, kit badan dan lain-lain.

Ya, dalam senarai segmen-D tempatan berasaskan ciri eksterior dan interior, kita bolehlah meletakkan PROTON Perdana di zon pertengahan antara varian standard dan premium dengan harga mampu milik. Jadi, kenapa tidak PROTON Perdana?

BACA>>> 50 Foto PROTON Perdana Baharu Ini Akan Buat Anda Geram & Terliur


Ada orang kata, lebih baik beli Honda Civic baharu bukan? Anda akan dapat enjin baharu berkuasa turbo. Artikel seterusnya akan mengupas isu perbandingan silang segmen. Wajarkan PROTON Perdana dibandingkan dengan Honda Civic baharu? Apakah harga PROTON Perdana jadi tidak kompetitif disebabkan debut Honda Civic baharu itu? Nantikan artikel kami seterusnya.

autotainment ciri keselamatan Proton Perdana 2016 eksterior Proton Perdana 2016 interior Proton Perdana 2016 PROTON Holding Berhad Proton Perdana 2016 Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

27/02/2026
Roda4

Porsche ‘K1’ SUV Elektrik Lebih Besar Daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Auto Terkini

Honda CR-V Generasi Ke-6 Kini di Jepun, Lambat Tetapi Lebih Canggih

27/02/2026
Volvo EX30 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Volvo EX30 2026 Dapat Nafas Baharu Berkuasa 150ps, Jarak Maksimum 476km

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.