Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Proton Catat Jualan Kukuh 12,692 Unit Sepanjang April 2025 – e.MAS 7 Jadi EV Terlaris Malaysia
Auto Terkini

Proton Catat Jualan Kukuh 12,692 Unit Sepanjang April 2025 – e.MAS 7 Jadi EV Terlaris Malaysia

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju07/05/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PROTON mengukuhkah kedudukan dalam pasaran automotif tempatan apabila mencatat jualan 12,692 unit kenderaan sepanjang April 2025 merangkumi jualan domestik, eksport dan model lain daripada smart dan Proton e.MAS 7.

Jualan April 2025 mencatatkan peningkatan 14.7 peratus berbanding bulan sama tahun lalu dengan tumpuan kepada model elektrik penuh, Proton e.MAS 7.

Proton e.MAS 7 Peneraju Pasaran EV Malaysia

Menurut Proton, e.MAS 7 mendahului jualan EV keseluruhan  sejak pelancaran model kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik itu pada 16 Disember 2024.

Jualan Proton e.MAS 7 untuk April 2025 merekodkan 863 unit (domestik dan eksport) dengan jualan terkumpul 2,716 unit dan menjadi EV terlaris di Malaysia. Bagaimanapun, Proton e.MAS 7 kini berada di tempat kedua untuk jualan EV keseluruhan.

Prestasi Model ICE (Enjin Pembakaran Dalaman)

Beberapa model enjin petrol Proton turut menunjukkan prestasi memberangsangkan:

  • Proton Saga: Model Proton paling laris sepanjang April 2025 dengan 5,213 unit terjual dan jualan keseluruhan hampir 21,000 unit!
  • Proton X50: Mendahului semula pasaran SUV segmen-B dengan jualan 2,389 unit dan jumlah terkumpul 7,506 unit.
  • Proton X90: Merekodkan jualan 194 unit sepanjang April 2025 dan jualan terkumpul 873 unit.
  • Proton S70: Memcatatkan jualan 1,716 unit, dan jumlah terkumpul 6,181 unit.
  • Proton X70: Jualan 682 unit, jualan terkumpul 2,839 unit.
  • Proton Persona: Mencatat jualan 1,328 unit sepanjang April 2025.
  • Proton Iriz: Masih laris dengan jualan 290 unit.

Proton Fokus Pengukuhan dan Pertumbuhan EV

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, jualan automotif di Malaysia kekal kukuh, walaupun TIV (jumlah jualan industri) 2025 ketinggalan berbanding rekod tahun terdahulu.

Defisit pada masa ini berada pada 5 peratus, pencapaian yang baik selepas dua tempoh perayaan besar dalam empat bulan pertama tahun ini.

“Dengan banyak model baharu dijangka diperkenalkan dalam tempoh lapan bulan akan datang, jumlah pembelian dijangka meningkat kerana ada banyak pilihan baharu.

“Bagi Prroton, empat bulan pertama 2025 adalah mengenai pengukuhan jualan kami demi membina asas bagi melancarkan serangan kami pada bahagian akhir tahun ini. Pelan tersebut disokong prestasi teguh kami dalam pasaran EV kerana penerimaan awam terhadap e.MAS 7 sangat cemerlang.

“Dengan perancangan untuk pelancaran baharu model ICE dan EV juga, kami yakin bakal meraih kejayaan tahun ini.”

 

autoterkini Proton Proton e.MAS 7 Roda4 Roslan Abdullah
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Pikap Comel Toyota Pixis Truck 2026 Jepun Dengan Keselamatan Pintar, Serendah RM28 ribu!

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

    19/03/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 Tampil Rekabentuk Ringkas, Harga Marhaen

    19/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    By Shazwan Hisam17/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tol
    Auto Terkini

    Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri 2026!

    By Shazwan Hisam18/03/2026
    WMoto NX150S 2026
    Roda2

    Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

    By Shazwan Hisam16/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.