Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Promosi Akhir Tahun Haval Kini Kembali – Diskaun H2 RM6.3k, H1 RM4.1k!
Auto Terkini

Promosi Akhir Tahun Haval Kini Kembali – Diskaun H2 RM6.3k, H1 RM4.1k!

Abang GYLBy Abang GYL06/12/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PROMOSI akhir tahun Haval kini kembali. Bermula sekarang hingga 31 Disember 2018, pelanggan yang membeli model Haval H2 akan mendapat penjimatanhingga RM6,300, termasuk barangan eksklusif Haval.

Bukan itu saja, model paling ‘bongsu’ Haval H1 turut menerima penjimatan sehingga RM4,100 berserta waranti 7 tahun tanpa had perbatuan, manakala Haval H2 didatangkan dengan waranti 5 tahun atau 150,000km perbatuan (mana satu tiba dahulu).

Berikut sedikit maklumat mengenai Haval H1 dan H2:

1. HAVAL H1


HAVAL H1 ialah SUV segmen-B dengan enjin petrol 4-silinder 1.5L VVT MPI berkuasa 105hp @ 6,000rpm dan tork 138Nm @ 4,200rpm.

SUV ini dibina berasaskan sistem pacuan roda depan (FWD) dengan transmisi AMT 6-kelajuan. Ada 6 warna pilihan ditawarkan: iaitu putih, perak, hitam, biru, merah dan jingga.

BACA >>> #PanduUji: Haval H1 – Tegap Macam SUV, Lincah Macam Hatchback

2. HAVAL H2


HAVAL H2 ialah versi lebih besar yang dipasang secara pemasangan tempatan (CKD) dan ditawarkan dalam 2 varian:

  • Comfort 
  • Premium 

Kedua-dua varian menggunakan enjin petrol 1.5L VVT pengecas turbo dengan transmisi automatik 6-kelajuan, dan mampu menghasilkan kuasa 147hp @ 5,600rpm dan tork 210Nm @ 2,200-4,500rpm.

Penampilan luaran HAVAL H2 CKD dipadankan lampu halogen dengan lampu siang (DRL) LED. Profil gril dengan kemasan krom yang ternganga luas menyerlahkan lagi imej agresif dan lasak. Selain rim dan warna baharu, semua ciri lain Haval H2 CKD sama seperti versi CBU.

Antara ciri itu ialah butang tekan-mula, masukan tanpa kunci, panel meter multifungsi dan punat kawalan di roda stereng. Ini termasuk ciri penyaman udara dual zon automatik, sistem infotainment, kerusi pemandu elektrik 5-tetapan, dan bumbung suria boleh laras.

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi 03-5569 7332 atau layari laman web Haval.my Cepat, tunggu apa lagi, jangan lepaskan peluang hebat ini kerana stok terhad!

BACA >>> HAVAL Malaysia-Maxx N’ Go Jalin Kerjasama, Tawar Servis Bergerak Guna Aplikasi Mobil

diskaun haval h1 diskaun haval h2 diskaun kereta haval harga haval h1 Harga Haval H2 promosi akhir tahun haval
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    29/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    29/05/2026
    Auto Terkini

    BYD Dolphin Cargo e-Van Di UK, EV Kompak Jadi Kenderaan Komersial!

    29/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    John Cena beli Honda Prelude
    Auto Terkini

    John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

    By Shazwan Hisam25/05/2026
    Denza B8 2026
    PHEV

    Denza B8 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

    By Syafie22/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.