Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Pro-Net Lancar Barisan SUV Elektrik smart #1 (2024), Harga Mula RM189k!
Roda4

Pro-Net Lancar Barisan SUV Elektrik smart #1 (2024), Harga Mula RM189k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju21/11/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


Subsidiari Proton, Pro-Net secara rasmi melancarkan tiga varian kenderaan elektrik (EV) smart #1 (2024) ke pasaran tempatan : Pro, Premium dan versi prestasi BRABUS.

Kenderaan utiliti sukan (SUV) EV itu ditawarkan pada harga bermula serendah RM189,000. Fokus artikel ini akan menumpukan dua varian asas smart #1 (2024) iaitu Pro dan Premium. Berikut perincian model berkenaan:

HARGA

Premium
Pro
  • smart #1 Pro: RM189,000
  • smart #1 Premium: RM219,000
  • smart #1 BRABUS: RM249,000

WARNA

i. smart #1 Pro
  • Digital White (putih), Laser Red (merah), Cyber Silver (perak), Quantum Blue (biru) dan Future Green (hijau).
  • Tona kabin After Dark.
ii. smart #1 Premium
  • Ada lima warna sama seperti Pro dan ada tambahan warna Atom Grey-Matte (kelabu kusam) dan Lumen Yellow (kuning).
  • Kemasan kabin Dark Matter dalam dwi-tona putih dan hitam. kedua-duanya menampilkan Eclipse Black Roof  (kecuali Atom Grey) yang mendapat warna bumbung sama seperti badan kenderaan.

TRENKUASA

  • Varian smart #1 Pro dan Premium menggunakan sistem trenkuasa elektrik sama, jenis motor tunggal pacuan roda belakang (RWD), menawarkan output kuasa 200kW (268hp) dan tork 343Nm.
  • Pecutan 0-100kmj mengambil masa 6.7 saat, manakala kelajuan maksimum 180kmj.
  • Ada tiga mod pemanduan iaitu ECO, Sport dan Comfort.
  • Sistem pemanduan pedal tunggal atau E-Pedal.

PEK BATERI

  • Pro dipasang bateri LFP 49kW menawarkan jarak pemanduan sejauh 315km.
  • Premium mendapat bateri NCM lebih besar 66kW dengan jarak pemanduan 440km.
  • Jarak pemanduan mengikut ujian kitaran Prosedur Kenderaan Ringan Harmoni Sedunia (WLTP).
  • Kapasiti pengecasan Pro cuma 7.2kW AC, Premium 22kW AC.
  • Bateri dilengkapi sistem pengurusan kawalan suhu jarak pintar dan ada sistem regeneration.

MASA PENGECASAN

Pro
  • Pengecasan standard (AC) 10-80 peratus: 6 jam
  • Pengecasan pantas (DC) 10-80 peratus: 22 minit
Premium
  • Pengecasan standard (AC) 10-80 peratus: 3 jam
  • Pengecasan pantas (DC) 10-80 peratus: 29 minit

DIMENSI, SUSPENSI

  • Varian Pro dan Premium memiliki dimensi sama iaitu panjang 4,270mm, lebar 1,822mm dan tinggi 1,636mm.
  • Begitu juga jarak roda dan jarak bumi, masing-masing 2,750mm dan 182mm.
  • Varian Pro seberat 1,780kg manakala Premium pula 1,800kg.
  • Kedua-dua varian menggunakan suspensi depan jenis strut MacPerson dan multilink (belakang). Tetapan ditala untuk keselesaan.
  • Stereng kuasa elektrik (EPS) untuk memudahkan pengendalian.
  • Sistem brek cakera pada keempat-empat roda.

REKABENTUK LUARAN

  • smart #1 dipasang lampu utama LED CyberSparks, tetapi varian Premium menerima tambahan LED Matriks dengan ciri Lampu Suluh Tinggi Adaptif (AHB).
  • Ada lampu siang (DRL) yang disepadu pada fasia depan dan lampu susur Follow Me Home.
  • Lampu Pro perlu dilaras manual, manakala Premium automatik.
  • Premium juga ada beberapa tambahan seperti lampu signal belok sekuensial LED (depan dan belakang), iluminasi dalam gril dan hendal pintu, logo sisi bercahaya dan lampu alu.
  • Rim aloi smart #1 19 inci, tetapi kedua-dua varian memiliki corak  tersendiri. Saiz tayar pula sama: 235/45.
  • Ciri lain dikongsi ialah bumbung halo panaromik, rel bumbung, cermin sisi elektrik dan boleh lipat automatik serta ciri pemanas.
  • Bukaan but Pro jenis elektrik, dan Premium ada tambahan sensor kaki.

INFOTAINMEN

  • Unit infotainmen LCD 12.8 inci dan kluster instrumen 9.2 inci definisi tinggi (HD).
  • Varian Premiun ditambah paparan dongak (HUD) berwarna 10 inci.
  • Ciri lain ialah konektiviti 45, WiFi dan WiFi hotspot, sistem navigasi GPS, Bluetooth, arahan suara, sambungan wayarles Apple CarPlay dan Android Auto serta pengecas wayarles.
  • Premium menerima sistem audio Beats dengan 13 pembesar suara, manakala Pro ada lima pembesar suara.
  • Juga disertakan peta lokasi stesen cas merangkumi hampir 70 peratus lokasi di Malaysia.

DALAMAN

  • Kerusi Pro berasaskan material kulit tiruan, Premium menggunakan material kulit dengan ciri ventilasi (kerusi depan).
  • Kerusi boleh laras elektrik 10-tetapan dengan ciri memori.
  • Kerusi depan boleh laras menggunakan skrin sentuh, manakala tempat duduk belakang boleh lipat 60:40.
  • Sistem penyaman udara dwi-zon automatik, tempat duduk belakang juga ada corong penyaman udara.
  • Balutan stereng Pro menggunakan kulit tiruan, manakala Premium, kulit.
  • Lampu ambien Pro terdiri daripada 64 warna asas, manakala Premium ditambah 64 warna.
  • Bonus lain varian Premium ialah sil pintu LED dan logo stereng iluminasi.

PAKEJ KESELAMATAN ADAS

Setiap varian dilengkapi Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) Tahap 2 seperti:

  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Brek Kecemasan Autonomi (AEB)
  • Bantuan Kekal Lorong (LKA)
  • Bantuan Kekal Lorong Kecemasan (ELKA)
  • Bantuan Mitigasi Rempuan Depan dan Belakang (FCMS dan RCMS)
  • Amaran Keluar Lorong (LDW)
  • Pencegahan Keluar Lorong (LDP)
  • Bantuan Tukar Lorong (LDA)
  • Bantuan Lebuh Raya
  • Bantuan Jalan Sesak (TJA)
  • Amaran Titik Buta (BSW)
  • Amaran Trafik Lintas Depan dan Belakang (FCTA dan RCTA)
  • Kamera pandang keliling 360º
  • Amaran Buka Pintu (DOW)
EV Kenderaan Elektrik (EV) pro-net Roda4 smart #1 (2024) smart #1 Premium (2024) smart #1 Pro (2024)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    15/03/2026
    Honda henti pengeluaran tiga model EV
    Auto Terkini

    Honda Batal Pembangunan Tiga Model EV, Bos Besar Dipotong Imbuhan!

    14/03/2026
    Jetour T2 2026
    Roda4

    SUV Kompak, Jetour T2 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM156,800!

    14/03/2026
    Land Rover Range Rover Velar | Spyshot
    Roda4

    #Spyshot: Land Rover Range Rover Velar Generasi Baharu Tukar Jadi Wagon EV?

    13/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.