Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»PREVIU: Volkswagen Jetta CKD (2014)
Roda4

PREVIU: Volkswagen Jetta CKD (2014)

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju18/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Picture 4

SELEPAS model Passat, Polo Sedan dan Polo hatchback, kini tiba pula giliran Volkswagen (VW) Jetta menjadi varian pemasangan tempatan (CKD) keempat dalam barisan famili VW menembusi pasaran tempatan. Mula diperkenalkan pada 2011 dalam versi CBU (diimport sepenuhnya) pada harga jualan RM149,888, Jetta versi CKD ditawarkan pada harga lebih kompetitif. Dengan pengurangan sekitar RM19,000, Jetta CKD kini dijual pada harga RM130,888.

Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia (VGM), Christoph Aringer berkata, jualan Jetta dijangka terus meningkat berikutan tawaran harga lebih kompetitif berbanding sebelumnya. Menurutnya, VW menyasarkan jualan 3,300 unit Jetta CKD tahun ini.

“Jetta CKD adalah indikasi terkini mengenai komitmen menawarkan pilihan kenderaan mampu milik kepada rakyat Malaysia yang mahukan kualiti dan jaminan pada kenderaan kejuruteraan Jerman,” katanya lagi.

LUARAN SAMA

Secara kasar, penampilan luaran Jetta CKD dan CBU hampir sama. Bersama rekabentuk sporty dan dinamik, Jetta CKD memiliki DNA sebenar VW dengan menampilkan rekaan garis jelas yang menyerlahkan intipati sedan ini.

P1190627

The Jetta_Side The Jetta_Rear

Dipasang rim aloi 16-inci, gril krom dan paip ekzos berkembar, Jetta turut dilengkapi lampu kabus di hadapan dan belakang. Lampu utama halogen didatangkan dengan ciri pengaktifan automatik bersama fungsi manual ‘Leaving Home’ dan ‘Coming Home’, manakala cermin sisi dengan lampu membantu pemandu di tempat gelap.

Sedan ini juga dilengkapi Kawalan Jarak Parkir (PDC) di hadapan dan belakang, dan cermin sisi yang boleh dilaraskan secara elektrik bagi memudahkan pemandu memarkir kenderaan.

SEDIKIT PERUBAHAN

Ruang kabin memiliki elemen estetika dan ergonomik dengan kemasan dekoratif ‘Black Pyramids’ pada papan pemuka dan panel pintu. Ia juga hadir dengan stereng multifungsi, tuil gear dan pemegang brek tangan kulit.

Jika mahukan keselesaan, ketinggian tempat duduk fabrik ‘Sienna’ hadapan boleh dilaraskan mengikut kesesuaian dan tempat duduk belakang pula boleh dilipat dengan konfigurasi 60:40. Ruang simpanan barang seluas 510L dengan fungsi penyejukan pasti membuatkan anda tersenyum ketika membeli belah.

The Jetta_Interior

Selain itu, antara ciri lain disematkan adalah perehat tangan hadapan dan belakang boleh laras, sistem penyaman udara automatik ‘Climatronic’ dengan kawalan suhu zon duaan dan ventilator untuk penumpang belakang, cermin pandang belakang anti-silau, kawalan jelajah (auto cruise) dan empat tingkap kuasa automatik.

Namun, ada sedikit perubahan dalaman berbanding model CBU. Jetta CKD dilengkapi unit radio baharu RCD 320 bagi menggantikan sistem multimedia RCD 310. Dipadankan enam pembesar suara, varian ini hadir bersama sambungan Bluetooth, slot kad memori SD, USB, auksiliari dan iPod. selain menampilkan tiga butang kawalan penyaman udara berbanding dua lagi model CBU.

ENJIN KEKAL

Sama seperti versi CBU, Jetta CKD dijana enjin petrol suntikan terus bersama sistem pengecas berkembar TSI bersesaran 1.4L. Hasil padanan kotak gear anjakan terus 7-kelajuan, Jetta mampu menghamburkan kuasa 158hp dan tork 240Nm (1,500-4,500rpm), menjadikan sedan ini antara kenderaan paling berkuasa dalam kelas dengan kelajuan maksimum 221kmj, pecutan statik hingga 100kmj hanya mengambil masa sekitar 8.3 saat.

P1190633

Dari aspek kecekapan bahan api, Jetta mencatatkan rekod penggunaan 6L per 100km yang membolehkan pemandu mencapai jarak sejauh 16.7km bagi setiap liter dengan standard emisi Euro 5. Aspek keselamatan pula dilengkapi dua beg udara hadapan, dua beg udara sisi, beg udara curtain untuk penumpang hadapan dan belakang serta Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Bantuan Brek (BA) dan ISOFIX.

Hadir dengan jaminan lima tahun tanpa had perbatuan, pengguna diberi empat pilihan menarik. Putih (Candy White), kelabu (Platinum Grey), perak (Reflex Silver) dan hitam (Deep Black).

SPESIFIKASI
ENJIN Petrol Suntikan Terus dengan Sistem Pengecas Berkembar TSI bersesaran 1.4L
TRANSMISI Automatik 7-kelajuan Anjakan Terus
KUASA MAKSIMUM 158hp@5,800rpm
TORK MAKSIMUM 240Nm@1,500-4,500pm
CIRI ABS, ESC, BA, ISOFIX, radio baharu RCD 320 dan 3 butang kawalan penghawa dingin
HARGA RM130,888 (tidak termasuk insurans)

7-kelajuan DRB-Hicom Jetta Passat Polo Hatchback Polo Sedan TSI VW Jetta VW Jetta CBU VW Jetta CKD
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Porsche Cayenne Turbo Electric previu di Malaysia
    Roda4

    Porsche Cayenne Turbo Electric Tayang di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2 Juta!

    28/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    27/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.