Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»PREVIU – Hyundai Genesis (2015) – RM399,888
Roda4

PREVIU – Hyundai Genesis (2015) – RM399,888

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju05/06/2015
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Hyundai Genesis - Pandulaju.comHYUNDAI-Sime Darby Motors (HSDM) memperkenalkan model sedan premium terbaharunya, Hyundai Genesis yang dijual pada harga RM399,888 (termasuk insurans dan GST).

LUARAN –  Mengiurkan

Melihat keseluruhan tubuh badan Genesis, ia tampil dengan rekaan yang mantap, menarik dan mengiurkan. Sama seperti model Sonata, model sedan premium ini juga hadir menerusi rekaan Fluidic Sculpture 2.0 dengan kejuruteraan moden menjadikan ia tampak sporty dan menarik.

Bukan saja tampak sporty, kehadiran garisan sisi membuatkan Genesis bersifat aerodinamik untuk membelah angin ketika beraksi di jalan raya.

Untuk tampak lebih bergaya, Genesis dipadankan dengan rim aloi bersaiz 18-inci selain pembukaan but belakang secara automatik apabila pemandu berada di belakang selama tiga saat di mana kunci harus berada di tangan mahupun poket.

Hyundai Genesis - Pandulaju.comDALAMAN – Mewah

Memasuki ‘perut’ Genesis, anda akan ‘dihidangkan’ dengan kekemasan dan kemewahan. Ruang kokpit dibina berdasarkan Human Machine Interface (HMI),  susunan butang-butang kawalan di ruangan papan pemuka dan konsol tengah membuatkan ia mudah dikendali.

Untuk memudahkan pemandu, ia turut didatangkan dengan sistem paparan Head-Up Display (HUD) yang memaparkan pelbagai maklumat penting seperti kelajuan dan jarak di antara kereta hadapan tanpa memerlukan si pemandu mengalih pandangan daripada jalan raya.

Bagi ruangan hiburan, ia dilengkapi sistem multimedia dengan paparan skrin sesentuh bersaiz 8-inci bersama 14 pembesar suara Lexicon. Ia juga boleh disambung kepada telefon pintar pada bila-bila masa selain menyokong sambungan USB, Bluetooth, kamera undur dan Micro SD card.Hyundai Genesis - Pandulaju.com

PRESTASI – 3.8L V6 GDI

Aspek prestasi, Genesis dijana unit enjin bersesaran 3.8L V6 GDI. Dengan bantuan kotak gear automatik 8-kelajuan, ia mampu menghasilkan kuasa 313hp pada 6,000rpm dan tork puncak 397Nm (5,000rpm). Pecutan dari sifar ke 100kmj pula hanya mengambil masa sepantas 6.5 saat.

Bagi menawarkan pengalaman pemanduan yang berbeza, Genesis disertakan tiga mod pemanduan iaitu Eco , Normal dan Sports. Setiap mod pemanduan adalah berbeza mengikut kondisi jalan dan kehendak pemandu itu sendiri.

Hyundai Genesis - Pandulaju.comKESELAMATAN – ANCAP 5-Bintang

Tidak melupakan aspek keselamatan, Genesis mendapat poengiktiran 5-bintang daripada ANCAP. Ia didatangkan pelbagai teknologi keselamatan terkini seperti sembilan beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Sistek kawalan Traksi (TCS) dan Kawalan Bantuan Pendaki (HAC).

Hadir dalam tiga warna menarik iaitu Marble White, Platinum Silver dan Onyx Black, Hyundai juga menawarkan program jaminan lapan tahun atau 300,000 perbatuan (mana tiba dulu).

Tidak setakat itu, ia turut menawarkan servis percuma selama lima tahun atau 100,000km perbatuan (mana tiba dahulu) selain percuma dua tahun keahlian Genesis The Leader yang membolehkan ia menikmati pelbagai kemudahan menarik di Lapangan Terbang KLIA, KLIA2 dan Subang Skypark.

HSDM hyundai Hyundai Genesis Hyundai-Sime Darby Motors Kereta Pandu uji
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    BMW, BMW Motorrad Afrika Selatan Bekerjasama Perkenal Tiga Model Edisi Terhad

    05/05/2026
    Zeekr 9X by MANSORY
    Bikin Auto

    #BikinAuto: Zeekr 9X by MANSORY, SUV Ultra Mewah Jadi Lebih Ganas dengan Rim 24 Inci, Pintu ‘Suicide’!

    05/05/2026
    Demonstrasi ujian perlanggaran Chery Tiggo 9 dan Chery Tiggo 7 Pro di Wuhu, China.
    Roda4

    #AutoChina2026: Chery Tayang Ujian Perlanggaran Tiggo 9, Tiggo 7

    04/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    05/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Dibuka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    By Syafie02/05/2026
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.