Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»PREVIU: Ford EcoSport (2014)
Roda4

PREVIU: Ford EcoSport (2014)

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju29/08/20141 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Picture 1SUDAHPUN membuka tempahan dua minggu lalu, Ford EcoSport kini secara rasminya dilancarkan ke pasaran tempatan. Kemasukan model kompak segmen B ini sudah pasti memberikan khabar gembira buat peminatnya terutamanya untuk jenama Ford.

Ford EcoSport ditawarkan dalam dua pilihan varian iaitu Trend dan Titanium yang masing-masing dijual pada harga RM92,888 serta RM103,888. Harga ditawarkan adalah termasuk insurans bagi kawasan Semenanjung Malaysia sahaja.

EcoSport_ASEAN_action_004LUARAN – KONTEMPORARI

Walaupun ditawarkan dalam dua varian berbeza, rupa luaran adalah sama dan hanya dibezakan menerusi spesifikasi berlainan. Rekabentuknya dibina berdasarkan platform sama seperti Ford Fiesta yang menggabungkan elemen kelincahan, mampu milik dan kecekapan penggunaan bahan api.

EcoSport_ASEAN_exterior_006  EcoSport_ASEAN_exterior_002  EcoSport_ASEAN_exterior_029  EcoSport_ASEAN_exterior_018Dari aspek penampilan luaran, Ford EcoSport hadir dengan rekabentuk kontemporari, praktikaliti dan sporty. Garisan yang beralun, dinamik dan halus pada EcoSport serba baharu menjelaskan bahasa rekaan global Ford serta menyerlahkan semangat yang sedang beraksi.

Ruang menyimpan tayar simpanan pula direka secara eksklusif lengkap bersama penutupnya diletakkan di bahagian belakang sebagai gaya klasik sebuah SUV.

EcoSport_ASEAN_interior_019DALAMAN – RUANG KABIN DIPERHALUSI

Beralih ke ruang dalaman, ia menawarkan keselesaan yang mengagumkan. Tempat duduk belakang boleh dibaringkan untuk lebih keselesaan atau dilipat sepenuhnya bagi memperoleh ruang kargo tambahan.

Apabila tempat duduk belakang dilipat ke arah kerusi hadapan, ruang but mampu mencecah sehingga 705L. Tempat duduk belakang juga boleh dilipat dengan konfigurasi 60:40 untuk mengangkut objek-objek yang panjang. Luas bukan?

Pada masa yang sama, ia juga menampilkan ruang dalaman yang sofistikated untuk lima orang penumpang. Posisi pemanduan yang tinggi dengan pemandangan jelas dan ruang kabin yang telah diperhalusi untuk operasi lebih senyap.

EcoSport_ASEAN_utilities_001EcoSport_ASEAN_interior_010    EcoSport_ASEAN_interior_012  EcoSport_ASEAN_interior_008  EcoSport_ASEAN_interior_006 EcoSport_ASEAN_interior_001  EcoSport_ASEAN_interior_013 EcoSport_ASEAN_utilities_003Hasil ketelitian diberikan oleh para jurutera Ford berjaya mengurangkan kadar bunyi bising, getaran dan kekasaran. Ia mencatat indeks artikulasi paling tinggi dalam kelasnya.

Indeks artikulasi berfungsi mengukur semudah mana penumpang boleh berbual di dalam kabin kenderaan. Keadaan ini membolehkan penumpang berbual tanpa perlu menguatkan suara, biarpun ketika kenderaan bergerak pada kelajuan mencecah 120km/j di atas lebuh raya. Selain itu, Ford EcoSport juga mampu beraksi dengan mengharungi air setinggi 550mm tanpa perlu risau apabila tibanya musim tengkujuh.

P1220219TEKNOLOGI PINTAR

Karakternya turut diserlahkan menerusi rangkaian teknologi pintar seperti sistem ketersambungan dalam kereta yang diaktifkan melalui suara, Ford SYNC, kemasukan kunci pintar, Ford Power Start dan alat pengesan parkir belakang.

EcoSport_ASEAN_interior_015   EcoSport_ASEAN_interior_018Dengan teknologi pintar SYNC, ia membolehkan pemandu menjawab telefon, mendengar teks mesej dan memilih lagu daripada peranti yang disambung dengan Bluetooth ataupun USB dengan hanya menggunakan arahan suara. Pemandu turut boleh mendengar teks mesej dengan menggunakan arahan suara. Buat pertama kali juga di Malaysia, Ford SYNC boleh didapati dalam bahasa Mandarin dan Inggeris.

PRESTASI – KECEKAPAN BAHAN API

EcoSport serba baharu dikuasakan oleh enjin petrol 4-silinder bersesaran 1.5L Twin Independent Variable Camshaft Timing (Ti-VCT). Hasil padanan transmisi automatik 6-kelajuan bersama Teknologi PowerShift, ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 108hp dan tork puncak 142Nm.

EcoSport_ASEAN__EcoBoost_1point5_Engine_02Dari aspek penggunaan bahan api, model terbaharu ini menawarkan penjimatan bahan api sehingga 15.4km per liter dengan emisi karbon dioksida sebanyak 154g/km.

KESELAMATAN

Mengulas tentang aspek keselamatan, Ford EcoSport tampil dengan Program Kestabilan Elektronik (ESP), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Bantuan Brek Kecemasan (EBA), ISOFIX, Sistem Kawalan traksi (TCS) dan Bantuan Pendaki Bukit (HSA).

Sebagai tambahan, varian EcoSport Titanium dilengkapi tujuh beg udara sebagai standard – beg udara untuk pemandu dan penumpang hadapan, beg udara sisi, curtain dan pada bahagian lutut pemandu.

P1220222EcoSport serba baharu Trend didatangkan dalam tiga warna – merah (Candy Red), kelabu (Midnight Sky) dan putih (Frozen White). Sementara varian Titanium pula hadir dalam warna merah (Mars Red), biru (Winning Blue), kelabu (Midnight Sky) dan putih (Frozen White).

Sama seperti kenderaan Ford sedia ada, Ford Fiesta  hadir dengan Pelan Servis Tambahan Ford (ESP), demi memberikan keseronokan kepada pengguna tanpa sebarang penambahan kos. Pelanggan juga akan menikmati penyelenggaraan percuma selama tiga tahun atau 60,000km yang merangkumi kos alat ganti dan buruh melalui pelan ini.

P1220227SPESIFIKASI

ENJIN 1.5L Ti-VCT
KUASA MAKSIMUM 108hp
TORK MAKSIMUM 142Nm
CIRI ABS, ESP, EBA, ISOFIX, TCS, HSA dan 7 Beg Udara SRS
HARGA RM92,888 (Trend) | RM103,888 (Titanium) – termasuk insurans

EcoSport Titanium EcoSport Trend Ford EcoSport Ford Fiesta SYNC
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.