Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Presiden dan CEO Harley-Davidson Lepaskan Jawatan
Auto Terkini

Presiden dan CEO Harley-Davidson Lepaskan Jawatan

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju06/03/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PRESIDEN dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO Harley-Davidson, Matthew Levatich melepaskan jawatan dalam syarikat selepas mencurahkan khidmat sejak 26 tahun lalu.

Lembaga Pengarah Harley-Davidson kemudian memilih Jochen Zeitz (foto bawah) yang juga salah seorang ahli lembaga, sebagai pemangku Presiden dan CEO pengeluar motosikal heavyweight terbesar dunia itu. Zeitz juga ialah mantan CEO Puma.

Portal USAToday melaporkan Levatich meninggalkan syarikat berpangkalan di Milwaukee itu susulan penyusutan saham sebanyak 46 peratus, terendah sepanjang beliau menjadi CEO.

Jualan Harley-Davidson di Amerika Syarikat (AS) tahun lalu juga paling rendah dalam tempoh 16 tahun. Malah, saham syarikat merudum daripada AS$67.53 (RM280) pada 28 Februari 2019 kepada AS$38.15 (RM160) pada 28 Februari 2020, susut 42 peratus!

BACA >>> ‘Baby Harley’ Dijangka Lancar Jun Ini di China

APA DILAKUKAN LEVATICH?

Levatich menjadi Presiden dan CEO pada Mei 2015 dan sebelum itu, beliau ialah Presiden dan Ketua Pegawai Operasi (COO) selama enam tahun di Harley-Davidson.

Sepanjang 26 tahun, beliau memegang banyak jawatan penting dalam syarikat dan bertanggungjawab meningkatkan jualan di AS dan Eropah, termasuk menjadi pengurus besar divisyen alat ganti dan aksesori, serta unit operasi kustom.

“Saya amat bertuah kerana menghabiskan banyak tahun di syarikat yang dihormati seperti Harley-Davidson,” katanya dalam satu kenyataan di laman web Harley-Davidson.

BACA >>> Harley-Davidson Fat Boy 30th Anniversary – Model Edisi Khas Tribut untuk Pereka

Ketika menjadi CEO juga, Harley-Davidson menjadi pengeluar motosikal utama yang cuba menghasilkan dan menjual motosikal elektrik, dipanggil LiveWire. Ia sebahagian kempen ‘More Roads To Harley-Davidson’ diperkenalkan Levatich. Bagaimanapun, harga motosikal AS$29,799 (RM125,330) dikatakan agak mahal.

Penganalisis menyuarakan kebimbangan dengan kejatuhan jualan di AS. Harley-Davidson dan beberapa pengeluar motosikal lain dilaporkan terperangkap dalam demografik pembeli, iaitu orang muda tidak gemarkan jentera cruiser dan touring, sebaliknya ramai pelanggan lama yang sudah berusia sudah tidak menunggang.

Jenama motosikal legenda AS itu sebenarnya bergelut merebut pasaran pelanggan dan penyusutan jualan dikatakan berpunca harga yang agak mahal. Penganalisis juga berpendapat kebangkitan semula jenama Indian di bawah syarikat Polaris pada 2013 turut memberikan saingan terhadap Harley-Davidson. Keadaan bertambah sengit dengan kemunculan jenama lain seperti Triumph (Britain) dan Ducati (Itali).

BACA >>> Harley-Davidson Dedah Butiran Lengkap Model Elektrik, LiveWire

SUMBER: USAToday | Forbes | Harley-Davidson

Auto Terkini CEO CEO Harley-Davidson Harley-Davidson Jochen Zeitz Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Matthew Levatich Presiden
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    04/07/2026
    Roda2

    Harley-Davidson Perkenal Koleksi Eksklusif Liberty Edition 2026 Di Kuala Lumpur

    03/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    03/07/2026
    Roda2

    BMW S 1000 RR, M 1000 RR Terima Kemaskini Tahun 2027

    03/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    By Han Othman28/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.