Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Porsche 911 GT3 ‘Touring Package’ Lebih Minimalis, Transmisi Manual Sahaja
Roda4

Porsche 911 GT3 ‘Touring Package’ Lebih Minimalis, Transmisi Manual Sahaja

Han OthmanBy Han Othman19/04/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PORSCHE terus membuktikan bahawa pengeluar supercar itu sentiasa berada dalam kelas tersendiri apabila memperkenalkan satu lagi edisi baharu 911 berasaskan GT3 – Touring Package (TP). Nama tersebut semestinya diilhamkan daripada varian sedia ada seperti 911 Carrera RS  pada 1973.

Lebih istimewa, model ini ditawarkan secara eksklusif dalam versi transmisi manual 6-kelajuan sahaja. Namun, tidak seperti 911 R yang dihadkan pengeluaran cuma 991 unit, sebaliknya 911 GT3 TP akan dikeluarkan sebagai model tetap.

ENJIN NA, KURANG EKSTREM

Masih mengekalkan enjin aspirasi natural (NA) 4.0L flat six berkuasa 493hp dan tork 460Nm seperti mana 911 GT3 asal, versi TP ini mampu memecut 0-100kmj sepantas 3.9 saat bersama kelajuan maksimum 316kmj, yakni 3.21kmj kurang pantas berbanding kereta standard. Ini bermakna TP sedikit kurang ekstrem berbanding abangnya itu.

Melihat rupa luaran, spoiler bersaiz jumbo GT3 dihilangkan. Ciri unik lain termasuk strip tingkap sisi perak, paip ekzos sport dan penutup pencuci lampu utama, serta logo Porsche di belakang.  Namun, bagi opsyen ‘Black Exterior Touring Package’, elemen tersebut dihitamkan seperti 911 GT3. Akhir sekali, lampu depan dan belakang digelapkan.  

Kemasan dalaman mendapat beberapa kemas kini menerusi penggunaan material kulit halus pada roda stereng, tombol gear, panel pintu dan konsol tengah bawah. Tengah kerusi kini dibuat menggunakan fabrik hitam, manakala penyandar kepala tersemat lambang Porsche berkilat yang disulam rapi. Satu lagi sentuhan istimewa lain ialah trim aluminium hitam.  

Lebih istimewa, GT3 TP berharga sama seperti GT3 standard, iaitu €152,416 (RM764,642) di pasaran negara asal kereta sport itu, Jerman. Sementara itu, 911 GT3 TP akan tampil kepada umum sepanjang Pameran Motor Frankfurt (IAA) 2017.

SUMBER: Car Scoops

Porsche Porsche 911 Porsche 911 GT3 Porsche 911 GT3 Touring Package Porsche 911 GT3 TP Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Elektrifikasi

Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

25/06/2026
Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
Elektrifikasi

Protected: 4WD Hanya untuk Off-Road? GWM Hi4 Buktikan Ciri Itu Lebih Penting untuk Pemanduan Harian

25/06/2026
Elektrifikasi

Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

25/06/2026
Auto Terkini

Škoda Peaq, SUV EV 7 Tempat Duduk, Jarak Lebih 640 km!

24/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

By Shazwan Hisam21/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

By Abang Hirata18/06/2026
Honda N-BOX 2027
Roda4

Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

By Abang Hirata22/06/2026
Roda2

#KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

By Shazwan Hisam18/06/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

By Syafie23/06/2026
Roda2

Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

By Abang Hirata20/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.