Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Porsche 911 GT3 Cup Pasukan Sime Darby Racing Guna Liveri Batik
Auto Terkini

Porsche 911 GT3 Cup Pasukan Sime Darby Racing Guna Liveri Batik

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/04/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PORSCHE Malaysia dengan Sime Darby Auto Performance (SDAP) akan menyertai saingan Porsche Carrera Cup Asia (PCCA) 2023 menerusi Pasukan Sime Darby Racing.

Tim itu mendapat bantuan rakan teknikal Porsche, Earl Bamber Motorsport (EBM). Pelumba muda Malaysia, Nazim Azman pula akan memandu jentera pasukan tersebut.

LIVERI BATIK

Pasukan Malaysia akan beraksi menggunakan kereta 911 GT3 Cup yang dihiasi liveri corak batik dan bersaing dalam kategori PCCA PRO.

Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Auto Performance, Christopher Hunter menyatakan pemilihan liveri batik itu dibuat menerusi satu pertandingan. 

MALAYSIA DAPAT PENGHARGAAN

Malaysia diberi penghormatan membuka tirai musim perlumbaan PCVA ke-20 edisi 2023 diikuti Korea, Jepun, Thailand, Singapura sebelum berakhir di Porsche Motorsport Asia Pasifik di Shanghai, China.

Siri one-make itu menetapkan standard teknikal yang sama untuk setiap pasukan, dan jentera GT3 Cup generasi ketujuh itu dibina berasaskan model 992 (generation 911). EBM akan memberi sokongan teknikal kepada Pasukan Sime Darby Racing sepanjang musim PCCA 2023.

Christopher Hunter berkata:

Penyertaan kami dalam Porsche Carrera Cup Asia tahun ini menggariskan komitmen kami terhadap DNA sukan pemotoran Porsche sejak sekian lama.

“Porsche Malaysia sentiasa berada di barisan hadapan program pemanduan trek pelanggan, dan kami mempunyai sejarah yang panjang dengan Earl Bamber di atas trek.”

“Kami yakin dengan prestasi kami untuk musim yang akan datang ini terutama sekali dengan adanya kerjasama
mantap daripada Earl Bamber Motorsport dan Nazim.”

“Kami berbesar hati dapat terus menyokong bakat teknikal muda tempatan dengan pemindahan ilmu menerusi kerjasama Porsche Motorsport Asia Pacific bagi meningkatkan lagi kepakaran teknikal mereka dalam sukan pemotoran.”

Pengarah Urusan Porsche Motorsport Asia Pasifik, Alexandre Gibot berkata:

Kami gembira kerana dapat membawa pelumba Porsche yang bersemangat dari segenap rantau untuk bersama-sama dalam Porsche Carrera Cup Asian musim baharu ini.

“Kami juga sangat teruja kerana dapat melihat pasukan lumba Malaysia yang diwakili oleh Porsche Malaysia turut serta dalam perlumbaan musim ini.

“Kami berbesar hati kerana Nazim Azman menjadi sebahagian daripada program pembangunan PCCA Talent Pool, dan kami tidak sabar untuk melihat beliau berlatih bersama-sama juara perlumbaan Porsche.”

Nazim Azman berkata:

Saya berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Porsche Malaysia dan Earl Bamber Motorsport untuk mewakili Pasukan Sime Darby Racing di Porsche Carrera Cup Asia 2023.

“Memandangkan ini adalah kali pertama saya berlumba menggunakan kereta GT semusim penuh, saya percaya bahawa peluang ini akan meluaskan lagi pengalaman dan pengetahuan saya dalam perlumbaan GT.”

JADUAL AKSI

Perlumbaan musim ini akan bermula di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) membabitkan Pusingan 1 dan 2 pada 28 hingga 30 April 2023.

Siri PCCA akan menjelajah ke rantau Asia sebelum kembali ke Malaysia untuk Pusingan 9 dan 10 (25 hingga 27 Ogos 2023) serta Pusingan 3 Siri Kejohanan Malaysia di SIC.

Earl Bamber Motorsport (EBM) Nazim Azman Porsche Carrera Cup Asia (PCCA) 2023 Porsche Malaysia
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Tukar Minyak Enjin Pun Boleh Dapat Perlindungan? Ini Yang Ditawarkan Automaster Care

    19/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026 Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Facelift Sah Tiba Di Malaysia Suku Keempat 2026

    By Shazwan Hisam12/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.