Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Polis Serbu Bengkel Upah Pekerja Asing Bawah Umur di Puchong
Auto Terkini

Polis Serbu Bengkel Upah Pekerja Asing Bawah Umur di Puchong

SyafieBy Syafie14/06/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


POLIS Bahagian D3 (Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran Aripsom), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, menyerbu sebuah bengkel membaiki kenderaan mewah yang menggunakan buruh asing bawah umur di Taman Perindustrian Puchong Utama, Selangor.

Hasil serbuan itu, polis menyelamatkan lima remaja lelaki berumur seawal 13 tahun yang dipercayai dipaksa bekerja sembilan jam sehari dan selama enam hari seminggu.

Mangsa juga dipaksa melakukan pelbagai tugas seperti menjadi pembantu untuk membaik pulih kenderaan mewah buatan Itali, Jerman, Jepun, dan beberapa negara lain dengan bayaran gaji RM45 sehari.

Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Soffian Santong berkata;

Hasil pemeriksaan mendapati premis itu beroperasi sejak hampir 20 tahun lalu.

“Semasa serbuan dibuat, semua pekerja dan mangsa sedang melakukan kerja-kerja membaik pulih dan memasang alat ganti kenderaan.

“Fokus utama operasi adalah pengenalpastian mangsa pemerdagangan orang berpandukan Garis Panduan Nasional Mengenai Indikator Pemerdagangan Orang (NGHTI 2.0).”

Polis turut menahan 22 pekerja lelaki warga Myanmar berusia lingkungan 20 hingga 51 tahun ditahan, manakala tiga lagi warga tempatan berusia 41 hingga 46 tahun, terdiri daripada pengurus, pemilik premis, dan akauntan juga ditangkap untuk membantu siasatan.

Kes disiasat bawah Seksyen 14 Akta Atipsom 2007 dan Seksyen 6(1)(c) serta Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1956/63.

SUMBER: HarianMetro

Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran Aripsom Auto Terkini Guna buruh asing bawah umur Polis Bahagian D3 Taman Perindustrian Puchong Utama
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    18/06/2026
    Auto Terkini

    Audi A6 allroad 2027, Wagon Versi Lasak Untuk Pelbagai Permukaan Jalan

    17/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    15/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026 Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Facelift Sah Tiba Di Malaysia Suku Keempat 2026

    By Shazwan Hisam12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.