Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Polis Buru Tiga Suspek Lagi dalam Kes Rempuh Orang Awam di Jalan Klang Lama
Auto Terkini

Polis Buru Tiga Suspek Lagi dalam Kes Rempuh Orang Awam di Jalan Klang Lama

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju31/01/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TIGA lagi suspek diburu Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan kes dua buah kenderaan merempuh sekumpulan lelaki dalam kejadian pada Selasa lalu di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Insiden itu membabitkan kenderaan jenis trak pikap Toyota Hilux dan sebuah sedan Toyota Vios yang dilihat memandu keluar dari parkir sebuah bangunan sebelum memandu secara melulu dan merempuh kumpulan lelaki berkenaan.

Seramai dua individu dilaporkan cedera, dibawa ke hospital dengan menaiki ambulans. Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 7 pagi dan siasatan awal mendapati puncanya berkait perselisihan faham.

Setakat ini, polis sudah menahan lima daripada lapan suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut dan penahanan dibuat di sekitar kawasan Banting, Selangor. Kenyataan polis menyatakan ada suspek memiliki rekod jenayah lampau.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, lima daripada lapan suspek yang terlibat dalam kejadian itu berjaya ditangkap di sekitar Banting, Selangor dan mempunyai rekod jenayah lampau.

Azry Akmar meminta ketiga-tiga suspek yang masih dicari polis supaya menyerah diri. Beliau berkata:

Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan. Kesemua suspek akan ditahan reman dan kes masih dalam siasatan.”

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan menyifatkan kejadian itu sebagai bermotifkan jenayah dan bukan kes kemalangan biasa.

Jelasnya:

“Insiden ini adalah serius. Kita lihat dalam video (yang tular), itu bukan kemalangan biasa. Nampak macam dia (suspek) ramp (tekan minyak) untuk tujuan bunuh.

Biar polis lakukan siasatan…saya turut difahamkan tangkapan sudah dibuat. Polis juga akan buka kertas siasatan segera. Mereka sudah kenal pasti nombor plat kereta (suspek) dan sebagainya.”

autoterkini Datuk Azry Akmar Ayob Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail Jalan Klang Lama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Toyota Hilux Toyota Vios Viral
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    18/06/2026
    Auto Terkini

    Audi A6 allroad 2027, Wagon Versi Lasak Untuk Pelbagai Permukaan Jalan

    17/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    15/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026 Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Facelift Sah Tiba Di Malaysia Suku Keempat 2026

    By Shazwan Hisam12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.