Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Polis Britain Naik Taraf Kamera Perangkap Halaju Baharu, Kini Ada Mod Malam
Aksesori

Polis Britain Naik Taraf Kamera Perangkap Halaju Baharu, Kini Ada Mod Malam

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju15/12/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


POLIS Britain menaik taraf kelengkapan kamera perangkap halaju pasukan beruniform itu dengan peranti terbaharu, Laser Tech TruCAM II Speed Enforcement Laser (TruCAM II).

Peranti TruCam II dibeli pada harga kira-kira AS$13,200 (RM53,625) yang menyamai nikai kompaun maksimum RM300 daripada 180 kesalahan lalu lintas negara kita. Peranti itu kini sedang diuji pihak polis trafik Britain dengan merakamkan nombor pendaftaran mana-mana kenderaan yang dipandu melebihi halaju ditetapkan.

TruCam II sebenarnya mampu merekodkan kesalahan melanggar had kelajuan jalan raya dari jarak sejauh 1.5km. Bagaimanapun, rakaman kesalahan dibuat dari jarak 750 meter sahaja selepas mengambil kira pertimbangan dan kadar toleransi dibenarkan.

Peranti kemudian akan memuat naik rakaman berserta nombor pendaftaran kereta ke pangkalan data, manakala notis kompaun akan dikirim terus kepada pemilik.

Apa yang menarik mengenai TruCam II, peranti ini agak canggih kerana mampu mengesan dan mengesahkan jarak melibatkan dua kenderaan seperti mengekori terlalu rapat, memandu agresif, menghalang laluan kenderaan lain, menyalahgunakan lorong memandu atau penumpang tidak pakai tali keledar.

Juga berita buruk kepada mereka yang gemar berlumba malam. Ini kerana TruCam II kini dilengkapi ciri mod malam yang mampu merakamkan kelajuan kenderaan walaupun dalam suasana malap dan gelap.

BACA >>> Ducati Bakal Perkenal ARAS, Ciri Keselamatan Baharu Guna Radar Laser

MOD MALAM

Mod Malam ini ialah ciri terbaharu dimiliki TruCam II berbanding model pertama peranti itu yang dilancarkan kira-kira enam tahun lalu.  Selain Mod Malam dan Mod Halaju (untuk merakamkan kelajuan kenderaan), peranti ini juga memiliki beberapa mod lain seperti Mod Dwi-Halaju yang menawarkan dua set fungsi rakaman, iaitu kelajuan kenderaan komersial dan kenderaan penumpang.

Mod Auto (Auto Mode) pula boleh merakam imej dari satu kedudukan statik seperti di zon sekolah. Ada juga Mod Plat Belakang (Rear Plate Mode) untuk rakaman kelajuan kenderaan seperti motosikal, termasuk mengekor rakaman hingga ternampak nombor pendaftaran belakang untuk menangkap foto.

TruCam II dilengkapi skrin LCD transreflektif (3.7 inci) 9.4sm berwarna dengan paparan jelas walaupun di bawah terik matahari. Juga tiada masalah ketika mahu menukar butang mod atau mengubah tetapan pada skrin jika memakai sarung tangan.

Berapakah kelajuan maksimum mampu dirakamkan? Hingga 320kmj! Jika mampu memandu atau menunggang lebih laju, anda mungkin selamat daripada dikesan peranti ini. 😑

BACA >>> #Videotomotif: Aksi Katak Sesat Terkam Muka Pemandu Ini dapat 12.8 Juta Tontonan
BACA >>> Mio MiVue 792 – Kamera Pemuka Kenderaan Premium dengan Ciri Bantuan Pemandu

SUMBER: LaserTech | Macclesfield South Police | TheDrive

aksesori Kamera Halaju Kamera Perangkap Halaju Laser Tech TruCAM II Speed Enforcement Laser peranti Speed Trap Camera TruCAM II
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    08/07/2026
    Nippon Paint Perkenal AI-PPS
    Aksesori

    Nippon Paint Perkenal AI-PPS, Pelindung Cat Jenis Semburan ‘Self-Healing’ Pertama di Malaysia

    07/07/2026
    Kilang tayar Continental di Rayong, Thailand
    Aksesori

    General Tire Perkukuh Kedudukan di Malaysia, Disokong Peluasan Kilang Continental Thailand

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.