Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»PLUS Jelas Kekeliruan, Mana Ada 15 Januari 2022 Tak Ada Lagi TnG, SmartTAG!
Auto Terkini

PLUS Jelas Kekeliruan, Mana Ada 15 Januari 2022 Tak Ada Lagi TnG, SmartTAG!

Han OthmanBy Han Othman18/12/202125 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JANGAN risau, kenyataan media PLUS Malaysia Berhad (PLUS) hari ini memaklumkan pembayaran tol menggunakan kad Touch ‘n Go dan SmartTAG masih ditawarkan walaupun transaksi tol menggunakan teknologi RFID diperkenalkan di laluan Juru-Skudai di Lebuhraya Utara-Selatan bermula 15 Januari 2022.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata, transaksi tol menggunakan RFID ketika ini adalah pilihan tambahan kepada platform kad Touch ‘n Go dan SmartTAG sedia ada. Transaksi menggunakan RFID juga langkah awal kepada pelaksanaan pembayaran tol tanpa kehadiran plaza tol (Sistem Laluan Terus Pelbagai Lorong – MLFF) pada masa depan.

Pengumuman terbaharu itu dibuat berikutan kebimbangan orang ramai yang keliru dengan rancangan membuka lorong RFID di laluan Juru-Skudai di Lebuhraya Utara-Selatan, pada 16 Disember lalu.

Azman berkata;

Kami mendengar dan faham kebimbangan yang disuarakan sesetengah pengguna lebuh raya tentang penutupan torong Touch ‘n Go dan SmartTAG dan ingin menjelaskan bahawa kedua-duanya akan tetap beroperasi dan hanya satu lorong RFID akan disediakan di plaza-plaza tol di laluan Juru-Skudai kelak.

“Dengan pembukaan lorong RFID bermula 15 Januari 2022 nanti, pengguna akan mempunyai lebih banyak pilihan platform pembayaran tol bagi melengkapkan transaksi tol mereka.”

Bagaimanapun, PLUS mengajak lebih ramai pengguna lebuhraya supaya beralih kepada sistem transaksi tol RFID kerana lebih pantas yang akan memudahkan perjalanan di plaza tol. Dengan RFID, pengguna juga tidak perlu lagi mengunjungi kaunter tambah nilai kerana semua urusan tambah nilai dan memeriksa baki dilakukan secara atas talian dengan pantas bila-bila masa.

Tag pelekat RFID boleh diperoleh di 39 pusat pemasangan di seluruh Semenanjung Malaysia. Pengguna juga boleh mendapatkan tag Touch ‘n Go RFID secara atas talian menerusi Touch ‘n Go eWallet atau portal Touch ‘n Go untuk memasangnya sendiri.

Transaksi tol menggunakan RFID di lebuh raya sistem tertutup seperti PLUS sudah diuji terlebih dahualu di laluan Hutan Kampung-Sungai Dua di Kedah dan Pulau Pinang sejak Julai tahun lalu dan kadar penerimaan semakin meningkat sejak mula diperkenalkan.

Azman berkata, bagi merealisasikan MLFF (pembayaran tol tanpa plaza tol) seperti dilaksanakan negara lain, pengguna lebuh raya terlebih dahulu perlu beralih kepada RFID.

Peralihan ke RFID juga perlu dilakukan berperingkat dalam jangka masa tertentu bagi memberi peluang kepada pengguna menyesuaikan diri dengan kaedah pembayaran tol alaf baharu. Maklumat lanjut lokasi pemasangan RFID Touch ‘n Go, boleh layari portal Touch ‘n Go dan memuat turun e-book RFID di laman web rasmi PLUS.

Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Lebuhraya WCE
Auto Terkini

160,000 Kenderaan Dijangka Penuhi WCE Hujung Minggu Ini

21/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

21/02/2026
KTM Komuter
Auto Terkini

KTMB Beri Potongan 30 Peratus untuk Balik Kampung Tanpa Jem

20/02/2026
Auto Terkini

Toyota RAV4 PHEV 2026 Lancar di Jepun, Jarak Pemanduan Elektrik 150 km!

19/02/2026

25 Comments

  1. ABDUL HALIM BIN SHAREFF on 19/12/2021 08:57

    Boleh buat 2in1
    Satu lorong ada RFID dan Smart Tag TnG

    Reply
  2. Mat Saman Basar on 19/12/2021 11:00

    Kenapa tidak guna lorong palbagai Yang boleh semua sistem guna dengan satu lorong (sistem Detek di toll)

    Reply
  3. Jordy on 19/12/2021 14:38

    Korang la yang buat keliru tu sampai PLUS nak kena buat statement. Pecat je la siapa yang buat artikel tu

    Reply
    • AO on 22/12/2021 20:11

      Sembang apa braderrr. Bukan satu portal je, banyak portal lain pun lapor benda sama. Ni orang PLUS ke apa ni?

      Reply
  4. Rin on 19/12/2021 15:38

    Betul ke? Kat alor setar dh x de smart tag. Ada rfid ngan touch n go.

    Reply
  5. Teh Eng Lim on 20/12/2021 00:21

    Saya tak ada e wallet sebab telepon lama sudah ditamatkan dan tak bolih daftar baru.

    Reply
  6. Faddil on 20/12/2021 10:28

    Rfid..mudah di laluan tol..tetapi rumit untuk di daftar dan di tambah nilai..lagi pula perlu sticker untuk di tampal pada luar kereta..ia tidak mesra pengguna

    Reply
  7. Ismail Deraman on 24/12/2021 07:18

    Semuanya nak menjana Wang..kalau nak pakai RFID…TnG Dan Smartag jgn dihapuskan.. biar pengguna diberi pilihan…puak2 ni mmg Tak de kerja dah

    Reply
  8. Shamsul on 25/12/2021 23:27

    Bagaimana warga emas yg tk tahu guna e wallet? Camne nk urusan penggunaan rfid utk mereka.

    Reply
  9. Boi on 26/12/2021 04:34

    Upgrade sahaja sistem tch n go boleh topup fizikal kad scara online tanpa perlu nak topup di kios/dkt mana2 stesen mnyak/lain2 tempat. Sebab tak semua tol boleh bayar guna e-wallet stakat in still kene topup scara fizikal. Improvekan yg sedia ada dulu daripada wujudkan yg baru. Dah ok yg lama bru jalan yg baru huhu.

    Reply
  10. Izhab on 26/12/2021 06:58

    Terbaik RFID, begitu TERBAIK juga Smartag, kesesakan di Plaza Tol dan Lebuhraya PLUS adalah disebabkan kenderaan yg banyak dalam sesuatu masa kesesakannya …. Saudara ! fikir fikir kan lah…

    Reply
  11. Asrul Husni Hussain on 26/12/2021 07:29

    Kampung di Kepala Batas. Tol Bertam sudah tamatkan lorong Smart Tag. Hanya lorong TnGo kekal. Masalah setiap kali pulang dan lalu lihat banyak kereta sangkut guna RFID maka masalah timbul dengan kesesakan di plaza tol.
    .
    Guna Smart Tag selama ini tiada masalah, dan lihat banyak kelemahan RFID masih perlu dibaiki lagi. Tapi di Malaysia seperti biasa everything impose to rakyat, kenapa tidak kurangkan harga Smart Tag sahaja agar lebih ramai mampu beli gunakan.
    .
    Seperti biasa rakyat has no say, everything push and impose.

    Reply
  12. Lai yew beng on 26/12/2021 11:55

    Bagilah penguna rfid toll discount 100 peratus potongan pada bulan jan dan kemudian 90 peratus pada feb dan kemudian 80 Petraeus pada mac dan seterusnya sampai dec kena bayar penuh. Semua pemandu akan cepat cepat tukar ke grid.

    Reply
  13. Zamri on 26/12/2021 12:03

    Ini lah masaalah bila bisness di monopoli oleh satu syarikat. Plus monopoly north south highway boleh buat sesuka hati. Apa salahnya ada TnG, smarttag & RFID tiga2. Ini lebih memudahkan penghuna lebuh raya.

    Reply
  14. Donking on 26/12/2021 16:59

    Klu ade 3 kereta..semua kene pasang la gamaknya..

    Reply
  15. Hery on 26/12/2021 18:36

    Maaf nak tanya contoh kalau org pinjam kereta kita RFid tu nak tolak dalam akaun kita kan atau akan org lain… sebab itu akan menyusah tuan punya kereta. Tak kan nak bukak dia punya stiker cip. Setiap kali nak bagi org pinjam kenderaan.. lama² rosak lah cip. Dan lagi 1 kalau kereta dicuri penjenayah akan pakai kereta itu dan RFid kerata individu itu .. dah ada ke kajian yg menyeluruh tentang penggunaan RFid…? Kena bagi pencerahan yang jelas kepada pengguna, jgn lah bagi beban kepada golongan yg susah ..

    Reply
  16. Romieosman on 26/12/2021 20:46

    Boleh kah pembeli kad touch n go dan smart tag mendapat pulangan apabila kedua-dua kemudahan ini ditutu kelak?

    Reply
  17. Amlys on 26/12/2021 21:16

    Mengapa RFID Tag pasang sendiri terlalu mahal. Kos sebenar hanya tak sampai RM10, tiada kos sewa kedai, bil utility, peralatan untuk verify pemasangan Dan sebagainya. Apakah fungsi LLM dalam hal ini?

    Reply
  18. hamba allah on 03/01/2022 18:24

    macam mna bg rakyat yg jrg masuk tol bila perlu saja ,tak perlu la mansuhkn touch n go kekalkn semuanya dah kata nk kutip byk duit kdg2 kesian kt org kampung yg lama skli nk guna tol

    Reply
  19. Apai on 05/01/2022 06:03

    Kalau kita dah pakai Rfid, tetapi kendian beli keta baharu, adakah kita kena beli lg Rfid?

    Apakata bila tiba waktunya, PLUS buat offer beli balik mesin smartag dr pengguna.

    Kekalkan penggunaan kad tng krn ia bole digunakan dibnyk tmpt sprt lrt, mrt

    Reply
    • AO on 05/01/2022 19:43

      Ya kena beli lagi. Satu tag RFID khas untuk satu kereta saja

      Reply
  20. Zul on 17/01/2022 23:35

    Smart tag dan touch n go perlu di kekalkan sebagai pilihan kepada rakyat.

    Reply
  21. Dr Kamar Shah on 22/01/2022 14:11

    Tingkatkan penggunaan lorong auto detect smartag sensor. Fungsi sama. Boleh diguna disemua kereta dan dikongsi ahli keluarga /flexible jika dikehendaki.
    RFID static dan kurang mesra keluarga.

    Reply
  22. Azri on 05/05/2022 13:14

    Maaf tanya. Kalau xada kad tng. Boleh lalu mcm dulu kan ambil kad tng dkat lorong tunai paling kiri?

    Reply
    • Abang GYL on 18/05/2022 20:10

      Tidak boleh. Boleh gunakan ic sebagai touch n go

      Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.