Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»PKPB: Kedai Gunting Rambut Boleh Buka 10 Jun Ini dengan Tambahan 3 SOP Ketat
Auto Terkini

PKPB: Kedai Gunting Rambut Boleh Buka 10 Jun Ini dengan Tambahan 3 SOP Ketat

Han OthmanBy Han Othman06/06/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEDAI gunting rambut, termasuk perkhidmatan dandanan rambut dan kecantikan kini dibenarkan beroperasi semula bermula 10 Jun ini dengan syarat perlu mematuhi prosedur standard operasi (SOP) ketat, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Ismail dalam sidang media khas mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), sebentar tadi.

Keputusan itu dibuat selepas mengadakan sesi pendengaran dengan Kementerian Perdaganan Dalam Negeri (KPDN) dan mengambil kira nasib 74,000 pekerja yang terbabit dalam sektor gunting rambut dan berkaitan.

BACA >>> Covid-19: Thailand Pun Longgar Sekatan Pergerakan, Kedai Gunting Rambut Boleh Buka

Ismail Sabri berkata, sektor gunting rambut dan yang berkaitan menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM13.5 bilion setahun.

Antara aktiviti berkaitan gunting rambut yang dibenarkan adalah gunting rambut, cuci rambut, cukur jambang dan misai, solekan dan rawatan rambut, rias dan rawatan kuku,  termasuk cuci dan rawatan muka.

Sementara itu, bagi golongan berisiko tinggi, iaitu yang berusia 60 tahun ke atas, proses menggunting rambut perlu dibuat secara janji temu tanpa kehadiran pelanggan lain, ataupun ditetapkan jangka waktu tertentu, contohnya jam 10-11 pagi. Begitu juga kanak-kanak di bawah 12 tahun yang perlu memakai pelitup muka dan apron pakai buang.

ADA 3 SOP TAMBAHAN

Pengusaha atau pekerja kedai gunting rambut dan sektor berkaitan pula perlu mematuhi tiga peraturan SOP tambahan berhubung etika pemakaian ditetapkan, iaitu:

  • Memakai pelindung muka (face shield)
  • Memakai apron (perlu ditukar untuk setiap pelanggan baharu)
  • Memakai sarung tangan (perlu ditukar untuk setiap pelanggan baharu)

Apron pelanggan pula perlu dibuang dan tidak boleh digunakan semula, tetapi dibenarkan dibawa pulang pelanggan tersebut yang mungkin boleh digunakan semula nanti.

Selain SOP disebutkan, pengusaha kedai gunting rambut juga perlu mematuhi SOP sedia ada PKPB iaitu menyediakan sanitasi tangan dan memeriksa suhu, termasuk mengambil butiran pelanggan.

BACA >>> #TahukahAnda: 5 SOP ASAS yang Majikan, Pekerja Kena Buat Sepanjang PKPB

Auto Terkini Covid-19 Datuk Seri Ismail Sabri Ismail Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) PKPB SOP Buka Kedai Gunting Rambut PKPB Syarat Buka Kedai Gunting Rambut PKPB
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda2

Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

04/07/2026
Auto Terkini

Jelajah YANGWANG U9 China-Malaysia Tiba Di Malaysia, Disambut BYD Alor Setar

03/07/2026
Auto Terkini

Sistem Navigasi Bawa Lima Warga China ‘Teroka’ Gaung Sedalam Tujuh Meter

03/07/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

KPDN Batal Kawalan Jualan Diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan Mulai Hari Ini

01/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
Auto Terkini

Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

By Shazwan Hisam30/06/2026
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Vespa Edizione Ottantesimo 2026
Roda2

Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

By Abang Hirata02/07/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

By Abang Hirata04/07/2026
Autotainment

Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

By Han Othman28/06/2026
Roda2

Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

By Abang Hirata04/07/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

By Shazwan Hisam26/06/2026
Mazda Roadster Special Edition PS 2026 Jepun.01
Roda4

Mazda Roadster (MX-6) 2027 untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

By Abang Hirata29/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.