Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#RetroAuto: Peugeot 404 Pernah Jadi Teksi KL, Siri Kartun ‘Din Teksi’ Imbau Nostalgia
Autotainment

#RetroAuto: Peugeot 404 Pernah Jadi Teksi KL, Siri Kartun ‘Din Teksi’ Imbau Nostalgia

Han OthmanBy Han Othman15/12/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DIN Teksi adalah kartun karya kartunis Zainal Osman atau lebih dikenali dengan nama pena, Nan. Selain Din Teksi, Nan juga popular dengan siri kartun pendek, Barbers Corner yang kedua-duanya disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia.

Nan juga menghasilkan siri kartun panjang seperti Ayop Anak Tulakang yang disiarkan dalam majalah Gila-Gila dan Tuan Kechik (Batu Api).

Namun, apa yang menarik hati kami ialah model teksi yang dipandu Din Teksi. Sebagai makluman, teksi kuning ialah warna teksi yang popular di Kuala Lumpur (juga seluruh dunia) sekitar 1970 hingga 1980-an sebelum bertukar kepada merah.

BACA >>> #RetroAuto: ‘Belalang Tempur’ – Legenda Motosikal Adiwira Sepanjang Zaman

din-teksi-nan
Bagi peminat kereta, agak mudah mengecam jenama pengeluar kereta Din Teksi berdasarkan lambang gril kereta. Walaupun dilukis seperti objek manusia sedang berlari (sepatutnya singa), tetapi ia mudah dicam sebagai Peugeot kerana sememangnya tiada model kereta lain yang menampilkan lambang pada gril kereta seperti dalam kartun tersebut.

Tetapi Peugeot apa? Anda mungkin sukar menekanya melainkan anda sendiri peminat Peugeot.

TENTANG PEUGEOT 404

peugeot-404-1
Peugeot 404 ialah kereta famili besar atau saiz pertengahan. Hari ini, 404 termasuk dalam kategori Segmen-D seperti Proton Perdana, Honda Accord dan Toyota Camry. 404 dipasarkan sepanjang tahun pengeluaran 1960 hingga 1975 dan Malaysia termasuk antara negara yang menjemput masuk model ini. Selain sedan, 404 turut ditawarkan dalam bentuk pikap dan station wagon, termasuk versi konvertibel dan coupe.

404 dikuasakan enjin petrol 1.6L daripada jenis karburetor Solex atau suntikan bahan api Kugelfischer, serta enjin diesel 1.9L sebagai opsyen. Jenis transmisi ialah manual 4-kelajuan dan automatik 3-kelajuan ZF. Sebenarnya, 404 memang popular sebagai kereta teksi di seluruh dunia atas faktor nilai dan ketahanannya. Menurut Peugeot, lebih 2.8 juta unit 404 sudah dihasilkan seluruh dunia sehingga model itu ditamatkan pengeluaran.

BACA >>> Senarai 10 Negara Pemandu Teksi Paling Teruk Di Dunia

TEKSI 404 DI KUALA LUMPUR

Daripada carian Internet, tidak banyak maklumat bergambar yang kami peroleh tentang teksi 404 di Kuala Lumpur sekitar 1970 dan 1980-an. Namun, ada satu gambar yang menunjukkan rupa belakang 404 dan dapat disahkan menerusi perbandingan dengan model sebenar.

Gambar jauh Peugeot 404 di KL. (Sumber: vintage-kl.tumblr.com)
Gambar Peugeot 404 selepas zum secara dekat.
Pandangan sisi dan belakang Peugeot 404 Sedan.

Lampu tegak tirus dan rel besi krom sepanjang bampar serta kemasan nama PEUGEOT berkrom pada but ialah ciri khas 404 yang mudah dikenali. Imej 404 dikuatkan lagi dengan lampu reflektor bulat kecil warna oren (atau merah) pada tepi lampu belakang. Mengujakan bukan dapat melihat kereta-kereta retro yang pernah berada atas jalan negara ini?

Anda mungkin juga ada menyimpan gambar-gambar kereta lama sekitar era 1950 hingga 1990-an. Apa kata kongsi saja dengan kami sebagai tatapan buat peminat automotif Malaysia! Kata orang, kenangan mesti dikongsi dan diabadikan kan? 😘

BACA >>> Inilah Sebab Kenapa Abang Teksi Ini Berhijrah Kepada GrabCar…

SUMBER: HilangDitelanZaman

Ayop Anak Tulakang Din Teksi kartunis Nan Peugeot Peugeot 404 Roda4 Teksi teksi Kuala Lumpur teksi kuning teksi Peugeot 404 Zainal Osman
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Autotainment

#TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

27/07/2026
OMODA C7 PHEV
PHEV

OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

27/07/2026
Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
Roda4

Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

24/07/2026
Denza Z9GT
Kenderaan Elektrik (EV)

Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

23/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.